Sabtu, 29 Ogos 2015

Pajeri Nenas Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pajeri nenas...resepi yang mudah untuk disediakan untuk dimakan dengan nasi minyak mahupun nasi.
biasa..cheq da buat bila tekak rasa nk makan jea. Resepi amat mudah.




Untuk resepi pajeri yang simple Cheq da warisi dari bonda tercinta. Cheq Da share di sini yea.

Pajeri Nenas
By: Cheq Da

Bahan
1. Nenas setgh biji...saiz sedang
2. Gula 5 sudu besar
3. 5 kuntum bunga cengkih
4. Air secukupnya
5. Secubit garam
6. Sedikit pewarna kuning

Cara
1. Hiris nenas dan potong serong seperti dalam gambar.
2. Rebuskan terlebih dahulu nenas untuk buang air masam buah dan toskan.
3. Panaskan kuali dan letakkan gula bersama air.
4. Masukkan bunga cengkih dan secubit garam.
5. Masukkan sedikit pewarna kuning.
6. Masukkan nenas dan kacau sekejap.
7. Kecilkan api dan biasa air kering dan meresap ke dalam nenas.
8. Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.

P/s: kalau nk kurang manis kurang gula..ikut sedang2 jea..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...