Rabu, 23 Mei 2012

Puding Berkuah versi bonda...


 
 
Waduh..waduh..udah lama rasanya tak update blog ni...masa kurang mengizinkan cheq da..sibuk menanda kertas peperiksaan bdk2 n tempahan minggu ni adalah dalam 2-3 order...pe2 pun rasa lega bila semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna...hari tak ada benda apa nak tayang cuma nak berkongsi puding berkuah yang cheq da buat masa potluck kat sekolah masa hari guru hari 2...resepinya cam biasa daripada bonda tercinta...biasala kalu nak buat apa2 kena call tok guru dulu..coz kalu kat kampung..tgk jea ma buat n tolong cikit2 jea..bila nak buat sendiri baru nak tanya betul2...Alhamdulillah ma cheq da seorang yang berbakat dalam bidang masakan...yang dulu2 la coz dulu2 katanya selalu ikut kaum wanita buat kelas masakan..tenaga pengajarnya plak bukan calang2 katanya,terdiri datin2 semuanya...he3..itu cerita dulu la...kla sekarang kita tgk gambar2 ni k..macam biasa la resepi yang cheq da kongsi ni hanya mengikut rasa2 cheq da jea...
 
guna acuan arnab untuk hiasan semata2...bekas acuan milik bonda
kuah puding yang diperbuat dengan campuran buah2 koktail

Resepi Puding Berkuah
Oleh: Puan Jasmah (bondaku)
 
Bahan agar2
1 tahil agar2 (cheq da guna yang bertali)
air dalam 6 gelas-bergantung pada jenis agar2
gula ikut kemanisan
sedikit garam
2 ketul gula batu
3 biji telur putih

caranya:
1. masak agar2 hingga mendidih
2. campurkan gula,garam dan gula batu-masak sampai mendidih lagi
3. pukul putih telur sehingga kembang
4. masukkan dalam agar2 dan kacau sampai agar2 tadi bercampur dengan putih telur
5. masukkan dalam acuan yang diingini dan biarkan sejuk

Bahan kuah kastard
1 tin buah2 koktail
1 tin susu cair
1 tin air-guna tin susu cair
3 sudu kastard
3 biji telur kuning

caranya:
1. masukan susu cair,air dan buah2 koktail bersama2 dengan airnya ke dalam periuk
2. bancuhkan kastard n telur kuning dalam bekas yang berlainan-tapis dan baru masuk dalam periuk td
3. masak sampai mendidih dengan api yang pelahan dan hendaklah sentiasa kacau..
4. siap bolehlah dihidangkan bersama2 puding tadi...

Selamat mencuba...kalau teringin nk mencubanya...





Ahad, 20 Mei 2012

Cendol OH cendol...

 

Best betul rasanya dapat berehat panjang di hujung minggu (walaupun kerja berlambak tak siap)...pasal2 kerja tak payah pk,esok sek baru pk balik...he3..sebelum terlambat cheq da nak ucapkan tahniah kepada pasukan RED WARRIORS yang menang dalam piala FA semalam...tak sia-sia duk tgk bola semalam(suami plak ke stadium bukit jalil menyokong di sana)..kla sebenarnya hari cheq da nak berkongsi air cendol yang dah dibuat n dah habis makan...yang ni gara2 tgk blog manismanis, cam sedap jea air cendolnya...lalu bila suami balik kg suruh dia beli...dah lama tak makan...rasa sedap jea tekak selepas menikmatinya...Alhamdulillah..resepi cheq da gunakan kefahaman cheq da juga...tak de sukat2 main hentam saja....


AIR CENDOL BERSANTAN
oleh: cheq da
bahan:
cendol
gula melaka-dipanaskan dengan sedikit air
santan-kalu nak simpan lama elok dipanaskan sekejap

cara:
letakkan cendol dalam satu bekas...masukkan gula melaka dan santan...satukan
campurkan dengan sedikit ais
Bolehlah dinikmati di waktu petang...


Sabtu, 19 Mei 2012

STRAwberi Oh strawBeri...

Duk cameron Highlands memang mudah nak dapat bekalan strawberi....
saja cheq da tayang buah strawberi yang cik da beli 
untuk buat kek hari 2...
yang ni plak lebihannya...
nampak sedap...
Rasa????????

MASAM MASAM MANIS...




Jumaat, 18 Mei 2012

Kurma Ayam...

Apa khabar semua???nampaknya di hari Jumaat ni boleh la berehat panjang..esok plak hujung minggu..jadi sekarang dah boleh pk la apa nak masak untuk family esok kan....Hari ni cheq da nak berkongsi resepi kurma ayam yang memang jarang2 cheq da,bukan apa family cheq da kurang makan makanan yang bersantan2 ni...tapi tiba2 terasa nak makan,terus kena buat la...nanti cian plak anak dalam perut...mengidam..he3..kla mungkin dah selalu masukkan n3 kek, ubah selera cikit hari ni...he3..pe2 layan...


  

 KURMA AYAM

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1/2 ekor ayam-potong kecil&bersihkan
  • 5 sudu/b serbuk kurma-bancuh dgn air
  • *2 ulas bawang putih&2 ulas bawang kecil-racik
  • *Kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih&buah pelaga
  • Santan 1/2 biji
  • 2 biji kentang-potong 4
  • 1 biji tomato-potong 4(cheq da tak letak)
  • 2 biji bawang besar-potong 4
  • 2 biji lada merah-buang biji(tak letak)
  • Sedikit Air&garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 betanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma yg telah dibancuh dgn air.
  3. Masukkan kentang agar cepat empuk.Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan santan dan juga air kalau kuah agak pekat.Masukkan sedikit garam.Biar mendidih,masukkan kesemua ayam.
  5. Setelah ayam masak,masukkan tomato,bawang besar&lada merah.
  6. Hiaskan dgn daun sup sesudah disenduk ke dalam mangkuk.

Khamis, 17 Mei 2012

KeK Hari Guru 2012


Malam ni cheq da nak share plak kek hari guru 2012 yang disambut semalam
untuk kek hari guru ni,cheq da sponsor satu kek utk jamuan potluck kat sekolah semlm..
meriah bebenar rasanya potluck semalam...tambahan plak dapat makan waktu rehat
jadi masing2 kelaparan menunggu menu yang disiapkan oleh para guru..kali ni p best coz cikgu lelaki pun turut sama membawanya...

Satu lagi kek black forest cheq da terima tempahan daripada pembantu makmal sekolah 
untuk jamuan prasekolah isterinya...
Harap dia puas hati la yea..
Tq kepada khairul dan Anis...


untuk kek jamuan ni cheq da buat kek span dengan layer strawberi dan fc


Black forest 1.2 kg


Akhirnya kek 2 tingkat....


Hari minggu dapat tempahan daripada kawan suami yang nak kan kek cheese dalam 3 kilo...pk punya pk nak buat cotton la coz member dah selalu buat dan dah serasi dengan cheq da..tp bila ingat balik cheesecake kalau nak bakar kena double boiler..alamak bekas nak alas 2 tak ada yang besar...suruh suami cari kat bawah plak tak de (sebenarnya dia tak reti) katanya...kalu kat ch ni memang la tak ada dan susah nak dapat...so cara yang paling baik ialah buat 2 tingkat...peralatan untuk tingkat p dah ada coz memang beli buat stok tapi tak pernah la buat lagi...cuma dulu pernah gak buat kaedah lain tak guna tiang...bila dah siap deco...
alhamdulillah hasilnya cukup puaskan hati cheq da...
harap cikgu2 sk convent puas hati dan terima kasih atas order...


tingkat bwh..

tingkat atas

tiang bg yang punya order letak sendiri





Rabu, 16 Mei 2012

kEK OH Kek...penat tapi puas hati...

Hari ni nampak gayanya cheq da masukkan n3 kek saja la yea...sebenarnya kek2 ni diorder minggu lepas oleh beberapa customer yang dh biasa order dari cheq da, walaupun cheq da penat tapi dalam waktu yang sama rasa mendeco kek ni rasa seronok juga coz kt boleh mencetuskan idea kt walaupun hasil yang cheq da perolehi biasa sahaja...kla kt tgk gambar2 ni k...


kek coklat moist ni ditempah oleh ustazah sekolah suami untuk anaknya..

diorder oleh fatimah...tempahan membernya sempena hari ibu

cotton cheesecake ni plak untuk kawan kepada fatimah juga untuk hari lahir

TERIMA KASIH KEPADA YANG ORDER..

Layan foto kek hari ibu...


Baru ada masa cheq da nak uploadkan gambar tempahan yang diorder oleh customer...paling istimewa
customer adalah student cheq da yang ingin memberikan kek ni kepada ibu masing-masing..
Bila dah siap terpaksa la plak ke kampung raja untuk delivery kek ni kepada customer...
Terima kasih kepada Syakira,Amira Dan Azliza kerana order dengan cikgu 
apa yang terlebih dan terkurang 
minta dihalalkan....

kek coklat moist 800gm

cotton cheesecake 700gm

cotton cheescake 700gm

untuk 3 sahabat



SElamAT Hari Guru Utk Semua..



Bertemu lagi kita dalam ruangan kita pada kali ni...he3 lama tak masukkan n3 baru..sibukkk katakan..he3
pe2 pun hari ni merupakan hari guru (teringat masa mula ambik kursus ni kat u depa nyanyi lalu Guru Malaysia-meremang bulu roma)...Kini dah nak masuk tahun ke7,cheq da berkhidmat sebagai pendidik...banyak rasa pengalaman walaupun masih setahun jagung dalam bidang ni...perubahan dalam sistem pendidikan juga menjadikan Cheq da lebih matang...semoga cheq da lebih sukses dalam kerjaya cheq da..tidak lupa juga kepada semua warga pendidik di seluluh Malaysia..terutama kepada hubby,abang ipar,mak saudara,bapa saudara,kawan2 yang menjadi pendidik dalam generasi kami..cheq da ucapkan...


"SELAMAT HARI GURU"

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu......



Hari ni merupakan hari ibu...jadi di sini Cheq da mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari ibu Kepada Semua ibu dan bakal ibu di seluruh Malaysia...Tidak lupa jgk kepada ibu Cheq da iaitu Puan Jasmah dan tidak lupa jgk kepada kakak2 cheq da..Cik rus,Cik sha,Cik la,Cik leen dan kakak ipar Kak ma dan Kak ita...Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita menjadi orang yang beriman dan soleh di sisi Allah...
Kepada anak-anak pula, jangan lupa jasa ibu kita...Sebanyak mana kita mengasihi ibu kita..sebanyak itulah anak kita akan mengasihi kita..........

SELAMAT HARI IBU....

Gambar kenangan sewaktu family day 2011...


Sabtu, 12 Mei 2012

Hampir setahun berlalu......





Ramadhan tahun ni akan menjelma tak lama lg...namun kenangan ramadhan tahun lalu banyak meninggalkan kenangan manis..di samping ibadat yang datang juga harus diambil direbut...
Gambar kt atas yang cheq da masukkan untuk n3 hari ni ialah gerai suami yang dibuka di pasar ramadhan di brinchang.
Mengingatkan kembali pd bulan puasa terasa penat p ada,gembira p ada sbb gerai suami ada jgk customer yang tetap..
Apa yang kami niagakan ialah mini roti john,air jambu tp permintaan kurang cikit sbb kt cni sejuk,selain itu ada jgk kuih-muih yang cheq da buat bg banyakkan koleksi barangan yang dijual. Kami juga turut menjual rojak buah-buahan.
Tapi yang pi berniaga suami dan kawannya,cheq da tak pernah menolong suami sbb nak sediakan pula juadah berbuka puasa untuk berbuka nanti...apa2 pun ni merupakan antara kenangan terindah cheq da bersama-sama kami,mungkin disebabkan kami mempunyai minat yang sama..tp cheq da tukang buat boleh...kalu bab mempromosi dan berniaga suami lebih pro dari cheq da...Semoga bulan puasa tahun ni niat nak membuka gerai ni masih ada bagi suami, cheq da tgh sarat dah masa 2,mungkin tak berapa nak larat nak membantu...tp InsyaAllah kalu untuk mendapat rezeki yang halal Allah akan turut membantu kita...InsyaAllah dan Alhamdulillah Allah atas rezeki yang Kau kurniakan kepada kami....













Jumaat, 11 Mei 2012

KOlekSi#1

Share antara koleksi kesayangan...



ni buku yang dibeli masa mula2 belajar mendeco


ni adalah buku yang cheq da kumpulkan pelbagai resepi dari my resepi dan blogger


Nampak lain..tq cheq sue


Apa khabar semua???nampak lain ke x blog ni???he3...berseri-serikan..almaklumlah sebelum ni blog ni nampak biasa jea disebabkan cheq da kurang pandai nak adjust2 blog ni..blog ni p terbina sebab kawan baik cheq da..cheq sue yang ajar..terima kasih sekali lagi padanya coz sudi mengindahkan lagi blog ni...sesiapa yang belum kenal cheq sue boleh pi ke blog ni...cheq sue

Khamis, 10 Mei 2012

Apam Jepun....lembut bangat...

Assalamualaikum buat warga blogger...
Tgh buat apa???macam aktiviti boleh dilakukan selain daripada kita melihat dan mencuba resepi kawan2..memandangkan badan pun penat...tempahan kek pun menunggu untuk dihias,cheq da melayari blog member2 untuk cari ilham...he3...n hari ni cheq da nak share kuih apam jepun yang cheq da buat selepas melihat dari blog hasue n my kuali...sememangnya sangat best dan lembut kuihnya ditambah pula dengan inti kacang...memang jadi kuih yang kita beli kat kedai...cam tak caya plak dapat buat...kla ngomol2 banyak2 pun no idea...kita layan k........


tak sabar..nampak tangan afiq nak merasa kuih ni...




KUIH APAM JEPUN...detail dan gambar lain bo pi blog hasue dan my kuali

BAHAN-BAHAN

500gm tepung gandum (cheq da buat separuh je....)
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang
3 biji telur - untuk separuh adunan hasue guna 2 biji telur saiz C- cheq da ikut hasue
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)(guna yg substitute)
160gm gula halus
1/2 sdt garam & sedikit pewarna kuning ( cheq da tak letak jgk sama mcm kak rose) sedikit esen vanilla (klau suka)

Cara-cara:
  1. Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
  2. Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  3. Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
  4. Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
  5. Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam
  6. Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...
  7. Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
  8. Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
  9. Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe
  10. Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)

Selasa, 8 Mei 2012

HOKAIDO CUPCAKES...betul2 sedap

Assalamualaikum.........
 Memandangkan dah lama tak update blog,maka banyak la n3 yang tertangguh,hari ni jgk cheq da nak share hokaido cupcakes yang cheq da 2 minggu lepas...bila tgk blog kawan2 yg buat cupcakes naka tergerak la hati nk mencubanya...ttp memang tak menghampakan sbb cupcakes ni betul2 lembut dan sedap...


HOKAIDO CUPCAKES
sumber:blog kawan2

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam bekas cupcakes
Hentakkan sedikit bekas utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur 
 1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...