Khamis, 30 April 2015

Order 2015: Aneka tempahan minggu ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni terasa sangat gembira sebab dapat cuti lama. Bermula dengan 1 mei hingga ke 5 mei sempena cuti prk kecil Rompin. Rabu buka sekolah 1 hari dan hari Khamis 7 Mei cuti lagi dengan Hari Hol Pahang. Tapi yang tak suka..buka jea sekolah terus plak ada exam pertengahan tahun..

Oklah hari ni nk share tempahan sepanjang minggu ini. Adui semput rasanya nk siapkan order yang diterima. Terpaksa tolak untuk yang lain sebab bagitau last minit. Tapi ada juga yang bersetuju untuk order minggu hadapan. Alhamdulillah rezeki semakin murah dan dapat la topup gaji yang ada sekarang. Ok lah kan dari minat jadi sumber pendapatan sampingan.



Pecan heaven cake tempahan daripada kak siti..untuk perpisahan pembantu pranya.



Cupcakes dari Farah 20 biji dan juga Risa 30 biji. Perisa coklat.


Blueberry cheesecake dari Gee rakan sekolah suami. Tempah 2 biji untuk rakan2 sekolah dan ke kampung. Satu 2 kilo dan 1 lg 700g.



Coklat moist dari Risa


Kek plain dari autie2 clearner sekolah iaitu kek minyak pelangi..kek coklat moist..dan juga kek carrot.
Selain tempah kek hokaido untuk dibawa blk ke kampung. Gambar tak sempat nk snap.
Tulah order sepanjang minggu ini.

Rabu, 29 April 2015

WW...Kadet Remaja Sekolah 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sesi penggambaran Ajk tertinggi krs 2015..



P/s: Uniform lengkap tak muat nk dipakai...maklun la last buat uniform 2009..anak pun belum ada...baju tu jadi kenangan la gamaknya..

Isnin, 27 April 2015

Ladang Anggur CH 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nk kongsikan cerita semalam. Kebetulan semalam ke Kuala Lipis untuk melawat ibu kawan suami yang dah 3 bulan terlantar di Hospital Kuala Lipis.
Sedang elok lalu jalan Menson Sungai Koyan...tertanya kat suami..anggur tak ada musim ker?.Suami pun tak pasti..lalu jea ada signboard Sweet Grapes For Sales..maka terus suami pusing balik. Niat di hati nk beli anggur sedikit dan nk bergambar lebih..


Suka sangat tengok buah anggur yang terjurai ni...


Ladangnya sememangnta bersih dan sesuai utk bergambar..



 Tauke menimbang anggur yang kami beli..baik sangat tauke nya. Rm18 sekilo..kami beli 2 kilo jea.


Ni plak gambar selfi Cheq Da di ladang anggur untuk tahun 2015. Kalau panjang umur tahun depan boleh datang lagi.
Kalau nk tgk ladang anggur tahun lepas. Boleh Klik Di Sini yea.

Sabtu, 25 April 2015

Sambal goreng ikan tongkol

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu ni sebenarnya cheq da buat sebab nk habiskan ikan tongkol yang cheq da beli dan cheq rebuskan.
Beli dua ekor so terbanyak la plak. Dah gulai sekali dan yang selebihnya duk fikir nk dibuat apa.
Cheq da google2 sampai terjumpa satu menu dari seberang..baca dan olah sendiri ikut citarasa kita.
Tu yang bagi nama sesuka hatiku.


SAMBAL GORENG IKAN TONGKOL
BY:CHEQ DA

Bahan
1. Ikan tongkol yg telah direbus dan dibuang tulang serta diracik2.
2. 5 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 sudu besar cili pes...nk pedas boleh lebih
5. Sedikit cili api yang dihiris
6. Sedikit garam dan gula
7. Sedikit kicap
8. Sedikit minyak

Caranya
1. Bawang merah dan putih dipotong dadu dan ditumis dengan sedikit minyak sampai naik bau.
2. Masukkan cili pes dan kacau.
3. Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan isi ikan tongkol dan kacau sebati.
5. Masukkan cili api yang dihiris dan goreng sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

****kalau ada resdung..boleh kurang makannya sebaba suami cheq da lepas mkn gatal la plak matanya..sebab mkn sampai tak ingat dunia.

Jumaat, 24 April 2015

Order 2015: Tempahan minggu lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kongsi tempahan minggu lalu..


Tempahan kek daripada Dinesh..


Tempahan hokaido...kek yang terlajak laris sekarang ni..


Kek yang diorder oleh customer baru..berwhatassp dengan suami mengenai kek yg diorder.



Tempahan cheesetart dari Puan Zuraini..



30 biji cupcakes dari Dineswari...



Kek coklat moist untuk jualan karnival..

Khamis, 23 April 2015

Projek meroti hujung minggu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu lepas tak ke mana-mana,terperuk jea di rumah. 2 hari duk di rumah, sememangnya kerja rumah dibereskan terlebih dahulu.
Projek lain ialah meroti la plak..seronok plak rasanya dapat buat bun mini pizza dalam cup comel cam ni..





Dalam 500gm tepung..cheq da dapat dalam 21 biji semuanya. Kebetulan hari tu ada member dapat ambil kek yg diorder...bagi padanya untuk dibawa pulang.
Si kakak plak tak makan yang pizza bun ni..buat la yg letak filing strawberi tp tak makan2 juga..last2 mak mentua datang bagi bawa blk 4 biji..yang tinggal hanya boleh bersarapan esoknya. Resepi roti cheq da masih gunakan resepi sama yg sedia ada dlm label roti ni..boleh intai sendiri yea..

Rabu, 22 April 2015

WW cekodok pisang a.k.a jemput pisang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cekodok pisang menu yang ada sekiranya ada lebihan pisang.





Ahad, 19 April 2015

Apam snow white..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Disebabkan adanya lebihan nasi...maka projek apam inilah yang menjadi pilihan. Kalau tak buat membazir sahaja. Kalau dibuat boleh juga menjamu kawan2. Kali ini taruk perisa pandan cikit..tu yang apam kali ini hijau jea..




Apam snow white 
Sumber ; MYR @ qnq0910 
Oleh; Dapurmamasya 
Bahan-bahan ( 5 orang makan )- dpt dlm 52 biji.. 
3 cawan tepung beras 
1 cawan tepung gandum 
2 cawan gula pasir - letak 1 1/2 cwn 
1 packet mauripan@ibu roti 
2 cawan nasi 
3 cawan air 

Cara-cara 
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 
gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 
kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 
campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 
biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 
selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit 
Note:1. sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 
2. lepas sejam tu mmg adunan akan jadi berlobang2, kena kacau adunan yg dah kembang tu dgn senduk/sudu sampai lobang dah takde baru kukus/masukkan dlm acuan 
3. bila masak permukaan dia akan jadi sama ada licin or merekah - kalau kukus guna apa besar-pilihan 


Sabtu, 18 April 2015

Roti sarang lebah lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buat sambil2 mengisi masa lapang..dapat 2 loyang..1 loyang bawa pergi sekolah untuk makan2 dan satu lagi tinggalkan di rumah untuk makan-makan juga...resepi masih sama..boleh godek sendiri yea..kali ini biarlah gambar yang berbicara..



Tanpa sos butterscoth..


Bila dah ditaruk sosnya...yummy..yummy..

Jumaat, 17 April 2015

Ayam panggang rosemarry

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seronok rasanya dapat memanggang ayam dengan herba rosemarry yang asli..Sebelum ini pernah ambil beberapa kali daun rosemarry di belakang rumah member..ambik2 beri jea kat saudara. Selepas Kak Yati dari Cahaya hidupku tayang kat blognya...terus ingin mencuba ayam panggang stail ini.


Buat ayam panggang ini masa kat kampung. Kebetulan ma Cheq da nk makan ayam panggang yang fresh begini. Tambahan plak saudara yang cakap kalau panggang dengan herba2 ini memang terasa lain rasanya.


Secara jujurnya..ayam panggang sebegini memang sedap dan terasa lain. Selepas buat di kampung...cheq da sambung plak buat di Ch...


Cheq da copy dari blog Kak Yati..mohon copy resepi yea..

Ayam Panggang Rosemary - dari Nor Aida H S
Ayam Panggang Madu - Kayu Manis, Rosemary & Ketumbar. Spicy Honey Grilled/Roasted Chicken with Cinnamon, Rosemary & Coriander Spices.
Bahan2nya
1 ekor Ayam Segar - dibersihkan dan gosokan dengan garam sedikit
30gm madu
Serbuk Kayu Manis
Serbuk Ketumbar
Rempah Duan 'Rosemary'
Minyak Zaitun/Canola/Sayuran untuk sapu pada ayam
Bahan untuk rebusan
1 batang kayu manis
1 biji rempah bunga lawang
Sayur campuran - lobak merah & sayur seleri
Cara2nya
Rebuskan sekor ayam di dalam periok yang sederhana, letakan rempah ratus
kayu manis and bunga lawan dan sayur2an campuran. Rebuskan ayam 3/4 masak dan dikeluarkan. Biarkan is sejuk dan sapukan dengan rempah serbuk
kayu manis, ketumbar, madu & dedaun Rosemary. Masukan ayam didalam oven dan panggang selama 20mins. Air rebusan boleh dijadikan sup ayam.
Letakan ayam atas dulang pembakar setiap 10mins di pusing supaya rata dipanggang. Suhu oven 140C 'Grilled setting. Sajikan bersama cili kisar, jus limau & bawang putih ditumbuk.

Selasa, 14 April 2015

Laksam Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya Cheq da bukan penggemar sangat laksam kelantan..tp disebabkan suami penggemarnya..maka Cheq da belajar juga membuatnya..nk kata tak makan tu tak la tp sentuh juga kalau ada.



Resepinya tanyakan kepada kawan2 jea...
Caranya ialah:

1. 1 cawan tepung beras
2. 4 cawan air suam
3. 1 sudu tepung gandum

Tepung beras dan gandum dibancuh dengan 4 cawan air lagi sehingga menjadi cecair.
Panaskan kukusan dan kukus laksam dengan menggunakan tudung periuk (Versi cheq da)
Bila masak wap akan keluar dari kukusan dan gulung. Gunting dan boleh dihidangkan.


Kuahnya laksam kelantan seperti kuah laksam lemak jea. Boleh google sendiri yea..Cheq da main agak2 dan campak2 jea..


Ulam-ulaman yang dihiris nipis.


Sambal lada...

Set lengkap..menu makan malam..

Isnin, 13 April 2015

Spaggeti Cabonara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entah mengapa bulan lepas rasa tak nak makan nasi. Teringat sangat nk makan spaggeti caborana ini. Belum pernah buat lagi srbelum ini. Selalu buat spaggeti bolognese sahaja. So nk beralih arah..Cheq Da google caranya. Siap ke kedai lagi nk dapatkan barang yang tak cukup untuk nk membikinnya..kata orang biarlah terus lengkap dan sedap kan.




Resepi ini cheq da copy dari Chef Izyan...mohon copy di sini yea.

Bahan-bahan

1/2 bungkus spaghetti (boleh di gantikan dengan pasta lain)
Sedikit isi ayam atau daging ( guna yang kisar punya)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
lada sulah.6


Cara-cara

macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak .
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

(kuah dia kalau xnak buat boleh guna 1 tin sos carbonara Prego) CHICKEN MUSHROOM SOUP


Bahan-bahan

 1/2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
750ml air atau lebih.
1/2 mangkuk isi ayam potong dadu secukupnye
1-2 ketul kiub pati ayam
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
2 sudu besar butter
1-2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada itam
1 sudu teh daun parsley kering
sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
garam sedikit
perisa
parmesan cheese atau sliced cheese-optional


Cara-cara

Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi ayam. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama garlic bread,pasta atau lain2 pilihan.

Ahad, 12 April 2015

Order 2015: Plain Buttercake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Permintaan daripada autie cleaner di sekolah...
Tunaikan sahaja walaupun Cheq Da agak sibuk dan order hari ini..esok mahu..
Plain saja Cikgu tak mau ising katanya...kesian plak sebab dia selalu tanya pasal kek. So tunaikan sahaja..plain buttercake 800g.


Terima kasih autie sebab sudi juga nk order...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...