Selasa, 31 Disember 2013

Entry terakhir 2013 dan selamat tahun baru 2014...

Salam bersua kembali dengan n3 kedua pd hari ni. Maklumlah esok kan dah masuk tahun baru kena la wish untuk semua pengunjung blog MKSnya kan. Alhamdulillah aktiviti berblog tahun ni lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Banyak kongsi serba sedikit minat cheq da dan cheq da uploadkan untuk tatapan masa akan datang.

  
Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Alhamdulillah dengan anugerahNYA..Cheq Da masih lg boleh bernafas di bumi Milik Ilahi ni. Tahun 2013 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan hidup. Cuma kita sebagai manusia sentiasa perbaiki kan hidup kita akan kita lebih sabar mengharungi dunia yg semakin mencabar ni. Cabaran fizikal dan mental semestinya.

Untuk hari terakhir ni juga..tahniah cheq da ucapkan kepada adik ipar cheq da yg telah pun selamat sampai di bumi United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat PHD. Diharapkan tabah menghadapi kehidupan di sana setelah banyak masalah yg dihadapu sebelum dapat ke sana. Adik cheq da pula melanjutkan di UKM..jd terpaksa la berjauhan dengan isterinya selama 3 tahun ni. Tak pe la..muga2 ke2nya berjaya dlm hidup mereka. Ptg tadi sempat lg berwhatsap dengannya setelah baru sampai di sana..


Ini lah gambar yg diwhatsap tadi..tanya jgk su yik mana hilangnya janggutnya..katanya kena buang..kalu tak kena caj..he3..mcm2 bila dh berada di lain tempat yea. 

Oklah sekian lah n3 untuk tahun ni...semoga dapat bertemu kembali di tahun hadapan
IN SYA ALLAH

mini popia homemade...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kejap ada,kejap xde n3 terbaru. Bukan apa sibuk dengan urusan rumahtangga ni menyebabkan masa untuk membuat n3 baru sentiasa tertangguh. Hari ni merupakan hari terakhir 2013. Tahun 2014 menanti dengan pelbagai cabaran yg bakal dilalui.Semoga tahun 2013 memberikan kebahagiaan kepada kita semua dan tahun 2014 memberikan semuanya terbaik untuk kita..termasuklah suruhan Allah yang Maha Pencipta.

Oklah berkongsi pula untuk hidangan ni adalah mini popia yg dibuat semalam. Sampai naik kematu rasa buntut2 cheq da kerana seorg diri membuatnya. Suami plak mesyuarat kali pertama di sekolah dan balik kira2 jam 6 baru sampai di rumah.

Sebenarnya terlintas untuk membuat mini popia ni sebab nak hbskan sambal ikan yg dibeli pd bulan puasa yg lalu. Daripada duk membazir elok dibuat snack cam ni sebab confirm yg tukang perabisnya ramai nanti..he3.

Ini la rupanya mini popia yg sudah digoreng. Alhamdulillah dspat dlm satu bekas..nanti boleh dibuat lg sebab masih ada lg baki sambal ikan yg diberikan oleh kakak Cheq da.

Mini popia
By:Cheq da

Bhn
1. Satu paket kulit popia
2. Sambal ikan secukupnya
3. Tepung gandum dan air untuk dibuat gam popia
4. Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Potong kulit popia kepada 9 bahagian. Setiap satunys empat segi.
2. Buat satu persatu letakksn inti sambal dan gulung seperti gambar di atas. Sapukan dgn sedikit gam tepung untuk melekat.
3. Masukkan dlm bekas kedap udara dsn simpan semlman di dlm ais box.
4. Esoknya boleh digoreng dan sejuk boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Khamis, 26 Disember 2013

Mesyuarat pertama 2014..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kembali bersua buat semua pengunjung blog memoriku selamanya Cheq Da. Lama tul rasa tak update blog. Bkn tiada cerita terbaru tapi kekangan waktu di samping sedikit kesakitan ujian Allah menyebabkan Cheq Da terasa malah nk mengupdatekan blog ini. 

Masih terasa kesakitan mata yg dialami oleh Cheq da satu family dan juga adik beradik yg lain. Kira cukup family yg besar kami dijangkiti dengan ujian Allah ni. Sepatutnya Cheq da naik bertugas untuk menyiapkan analisis PMR pd 19hb yg lalu tapi disebabkan mata bengkak dan berair menyebabkab cheq da tidak dapat bersama2 dgn rakan su yg lain menyiapkan analisis ni.


Hari ni pula merupakan mesyuarat kami pertama bg sesi 2014. Maeyuarat yg dimulakan kira2 jam 9.00 pagi ni tamat pd jam 2.00 ptg. Banyak maklumat baru disampaikan oleh pentadbir sekolah dan ucapan tahniah kepada semua guru kerana krputusan PMR pada tahun ini meningkat dengan 6 orang mendapat semua A. Peratusan jatuh sedikit berbanding tahun lepas tapi dari segi GPS meningkat. Bagi Cheq da berasa berpuas hati kerana daripada jumlah pelajar kelas hujung hanya seorg pelajar jea gagal menjadikan peratusan untuk subjek B.Melayu tidak mendapat 100%.Alhamdulillah.


Berdasarkan buku perancangan tahun 2014 ni..tugas Cheq Da sebagai setiausaha peperiksaan Pmr dikekalkan cuma status untuk jawatan ni ditukar kepada su pbs maklumlah ura2 Pmr telah dimansurkan. Dan juga buat pertama kalinya jawatan sebagai penyelaras sukan dan permainan telah diberikan kepada Cheq Da di samping dengan tugas2 sedia ada sebelum ini. 

Namun diharapkan prestasi tahun ni lebih lg bersemangat daripada tahun lepas..Semekar Selamanya..

Rabu, 11 Disember 2013

Cik Mek Molek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila duk di kampung ni..rajin plak ke dapur. Maklumlah anak2 buah ramai dan asyik nk makan jea. Petang semalam,Cheq da buatkan kuih cik mek molek..sejenis kuih yg popular di Kelantan. Malukan la kalau orang Kelantan tak tahu masak kuih ni kan. Bahan asas untuk membuatnya adalah ubi keledek. Tambahan plak..masa blk dr CH hari 2,Cheq da beli agak banyak juga ubi keledek madu ni. Apa lg kita layan yea. Resepi ni adalah resepi sendiri Cheq da.


Cik Mek Molek
By:Cheq Da

Bahan2
1. 10 biji ubi keledek
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. Sedikit gula untuk dibuat inti
4. Minya

Caranya:
1. Rebus keledek sehingga empuk
2. Tumbuk keledek hingga lumut
3. Gaulkan bahan keledek dengan tepung gandum
4. Jadikan doh 
5. Ambik sedikit bulatkan dan letakkan gula ditengah2 doh dan tutup dan bulatkan memanjang.
6. Goreng dengan api pelahan sehingga masak
7. Siap utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Selasa, 10 Disember 2013

Conney Dog..yummmy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lg boleh bersua pd petang ini.
Hujan di langit sejak semalam masih belum berhenti..agak2nya petanda untuk banjir gelombang kedua. Jadi bila dah hujan tak dapat ke mana2, banyak menu yg perlu dicuba. Untuk petang semalam Cheq da buatkan conney dog sebab dah lama nk membuat. Alhamdulillah sedap juga digandingkan dengan hot dog. Cuma Cheq Da gantikan daging kisar ini dengan ayam kisar sebab ibu Cheq Da tidak boleh makan daging. Untuk resepinya pula..cheq da copykan dari blog kak yatie sinar kehidupanku..sedap dan boleh cuba lagi untuk masa akan datang.
Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan letakkan sos td diatasnya.
Bolehlah dihidangkan.

Ahad, 8 Disember 2013

Kuih Koci Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Apa khabar pagi ni?.Cuaca di kampung hari ni nampaknya masih redup tanda2 hujan nk turun. Nasib la semalam membasuh baju dan sempat plak baju kering. Ok lah hari ni nk cerita tentang kuih koci labu yg dibuat semalam. Buat di kampung bersama2 dengan ibu Cheq da. 


Sebelum ni menang tak pernah makan lagi kuih koci labu ni. Masa jiran ke tempat kenduri di daerah Banting,Selangor..dia la yg menyatakan bahawa sedap kuih koci jika dibuat begini. Jadi kebetulan ada lg sebiji labu..ibu Cheq da cuba la buat semalam. Ternyata memang sedap la dan warna labunya pun memang cantik.


Resepinya plak tak de la sesukar mana..cuma perlukan beberapa asas untuk dibuat kuih koci sahaja. Kami juga meletakkan inti kacang hitam yg telah dibuat terlebih dahulu oleh ibu Cheq da. Di sini cheq share resepi mengikut kesesuaian sahaja. Jika nk sedikit boleh dibuat sedikit dan jika nk banyak perlulah ditambahkan adunannya.

Kuih Koci Labu
By: bonda cheq da

Bahan
1. Setengah biji labu
2. 500 gm tepung beras pulut
3. Inti kacang hitam yg telah dibulat2kan sbg inti
4. Air
5. Daun pisang untuk membalut kuih koci

Cara
1. Labu dihiris nipis2 kemudian diblender supaya halus.
2. Campur bhn blender tdi dgn tepung dan uli sampai menjd doh koci.
3. Selepas itu ambilkan doh td masukkan inti kacang ditengah2 dan balut dgn daun pisang.
4. Kukus la selama 15 minit.
5. Siap untuk disediakan.

Selamat mencuba


Sabtu, 7 Disember 2013

Nasi kerabu bonda..pilihan sarapan pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seronok betul bila dah berada di kampung. Bila bangun pagi,sarapan dh tersedia ada disediakan. Biasa ibu Cheq Da tidak suka membeli makanan pagi sebaliknya dia lebih suka memasak untuk anak cucunya. Jadi menu hari ni ada nasi kerabu. Ni ada lah menu pagi yg favorite selain daripada nasi lemak. So apa lg poskan gsmbar jea la yea..menu resepi lain kali yea..layan set sepinggan lengkap nasi kerabu ibu Cheq Da.


Khamis, 5 Disember 2013

Tempahan yang lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan-tempahan lama yg terlepas pandang diuploadkan dlm blog ni. Layan yea..


2 biji kek 700g cotton cheesecake dengan topping blueberry dan juga mini chocolate indulgence. Terima kasih kerana sudi menempah.

Rabu, 4 Disember 2013

Banjir oh banjir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah semalam selesai sudah mengawasi peperiksaan spm 2013 dengan paper B.cina dan B.Tamil paper terakhir bg semua pelajar Smk Ringlet..Cameron Highlands.

Syukur jgk sebab hari ni pun kami sekeluarga telah berada di kampung. Bertolak semalam dari Ch,hujan dan kabus tebal menyukarkan suami memandu kereta.

Balik ke kampung plak,hujan lebat tak berhenti2. Memang la kalu dah musim kan. Kebanyakan di kebykan tempat telah dinaiki air. Bila dh musim ni nk basuh bj p jd malas..tkt tak kering..tambah2 kalu berada di kg ahli keluarga plak ramai..berebut plak nk memcuci baju dan berjemurkan. Sesi persekolahan akan bermula penghujung bln 12 nti jd boleh duk di kg lams sedikit tp kena bergilir2 la plak dengan rumah mentua. Nk bercuti hujan2 ni jd malas la plak. 

Ok la sebelum mengomel lebih2 dlm n3 tanpa sebrg resepi ni..rasanya lmbt cikit la n3 pasal mknan ni. Cheq da selitkan dengan gmbar semlm di YNZ Agrofarm yg terletak di Taman Sedia CH. Niat di hati nk pergi menjamu makanan tengah hari tapi bila smpai dh lewat..semua lauk dh hbs..kena bergerak cari kedai lain la plak. Layannn...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...