Sabtu, 19 Mac 2016

Pulut Mangga

Assalamualaikum w.b.t

Pulut mangga...alahai sedapnya tekak bila merasa..rm6 per pek. Beli jea bila teringin nk makan.



P/s: Cuti sekolah dah hbs...esok dah nk blk CH...

Rabu, 16 Mac 2016

Sesi bermalas-malasan

Assalamualaikum w.b.t
Cuti sekolah dan sesi bermalas-malasan. Tambahan cuaca di kampung sangat panas. Badan plak lesu dan mual2 semakin menjadi-jadi. Duk di kampung hanya makan,tidur n bangun semata-mata.
Tampek makanan yg dibuat kerana mengidam..tp bila mengidam dan masak sendiri tekak rasa kurang sesuatu...harap cepat2 berakhir keloyaan ini.


Lamb chop...


My laksa pinang...


Nasi air bangkok..resepi warisan ibunda tercinta..



Teringin nk mkn..sempat gentel2 siput ni..


Set of lamb chop...

Selasa, 8 Mac 2016

Scones

Assalamualaikum w.b.t
Bila tahun lepas makan scones di ladang Teh...rasa xcukup plak sbb beli 2 scones kongsi2. Harganya kalau tak silap rm8 lebih. Blk rumah terus google nk buat sendiri. Walaupun rupa tak cantik...rasanya lebih kurang sama. Cheq da malah nk tengkup acuan main gental2 n tempek2 jea.

Resepi dari blog Nennie Khuzaifah..tq dan cheq da copy paste di sini yea.




BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
25 grm gula
70 gm butter tanpa garam - sejuk
1 biji telur - dipukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
100 ml cream - dalam kotak
1 biji telur dipukul sikit utk disapu atas scones

CARA MEMASAK :

-Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna )
Ayak tepung dengan baking powder , gula serta garam . Kemudian masukkan semua butter sejuk yang sudah dipotong menjadi kiub kecil dan terus ramas-ramas butter dengan tepung sehingga menjadi macam serbuk roti yang berderai-derai . Buat semua ni dengan cepat supaya butter kekal sejuk .
- Dalam bekas yang sesuai satukan telur , esen vanilla dan cream . Kacau semua bahan sehingga sebati .

-Buat seperti lubang di tengah-tengah adunan tepung tadi dan masukkan  adunan telur tadi kemudian gaul rata  adunan ni dengan senduk , biar semua bahan-bahan cukup sebati  . Jangan uli terlalu lama jika adunan melekik letak sikit tepung ditangan/jari-jari . Bila doh dah jadi padat macam sebiji bola masukkan sekejap dalam peti sejuk selama 20 minit 

-Keluarkan doh dari peti sejuk dan terus ratakan doh guna pengelek anggaran 1 1/2 inci tebal dan boleh la guna acuan bulat atau gelas untuk terap doh ni , saya hanya tekan-tekan doh dengan jari dan terus terap guna gelas . Susun adunan tadi atas tray pembakar yang sudah disapu sedikit butter atau minyak sayur . Sapu telur atau susu pada pemukaan adunan scones ni .

-Bakar scones ni selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga scones masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti scones boleh jadi berderai/kering . Bila masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas relai/tray besi . 

Isnin, 7 Mac 2016

Ayam masak Korea

Assalamualaikum w.b.t
Sekali sekala test makanan korea pun best jgk...tp bila buat anak2 tak makan pun...umi nya jgk yang kena habiskan. Terima kasih untuk resepi dari bonda.




Resepi Bonda

Resepi Ayam Goreng Pedas Korea
Bahan-Bahan:
ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak
minyak untuk deep fry
cuka (jika ada)
madu/gula
garam
Cara Membuat:
1. campur tepung gandum, tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan.
2. Pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur. Golekkan ayam pada campuran tepung tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Kemudian, buat sosnya pula, tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan pula sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata. Jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair.
5. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak. Gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada dan tabur bijan.

Ahad, 6 Mac 2016

Order 2016: Kek Birthday Priya

Assalamualaikum w.b,t
Tempahan lalu dari mak cik cleanner sekolah. Kek span coklat untuk birthday girl.




Terima kasih sebab selalu order

Sabtu, 5 Mac 2016

Order 2016: Kek Birthday Yazid

Assalamualaikum w.b.t
Order seterusnya...yang ini masih di bulan Januari. Terima tempahan dari kak Asmat dari Ringlet sempena birthday anak lelakinya yg ke-4.
Saban tahun kak Asmat mengorder dengan Cheq da. Kek pilihan ialah kek carrot dgn cream cheese frosting.





Terima kasih sebab sudi mengorder.

Jumaat, 4 Mac 2016

Result Spm 2015

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semalam dah diumumkan keputusan SPM. Alhamdulillah Semekar mencatatkan kenaikan peratus dan GPS sebanyak 4.84.
Pelajar Sejarah Cheq Da..dari kelas yg terakhir..Alhamdulillah 6 org lulus dan 8 gagal. Terasa puas hati walaupun tak mampu luluskan 100%.

2 orang pelajar telah diumumkan mendapat semua A iaitu Saudara Thanaruban dan Saudari Chong Yi En. Paling mengharukan bila Thanaruban bangun memeluk ibunya bila mendengar keputusannya itu dengan 10A+1A. Terasa nk mengalir air mata melihat kegembiraan mereka.

Thanaruban memang pelajar harapan dan pelajar yg tidak pernah membantah kata guru. Begitu jgk dgn Chong Yi En mandapat 7A+4A.
Selain itu terdapat 15 orang pelajar cemerlang 5A ke atas. Tahniah kepada mereka semua.

Order 2016: Tempahan daripada pelancong

Assalamualaikum w.b.t
N3 di hari ni...berkongsi plak tempahan kek dari pelancong yang datang melancong ke Ch ni.
Cheq da delivery kepadanya di tempat yg dijanjikan.
Kami berhubung dengan telefon jea.




Terima kasih kerana sudi order.

Khamis, 3 Mac 2016

Kek coklat tanpa telur

Assalamualaikum w.b.t
Baru mencuba kek coklat tanpa telur ni sebab kat rumah kehabisan telur. Malas nk simpan stok sebab dah nk blk kg dan cuti plak panjang. Disebabkan si Syafik teringin nk mkn kek coklat...so bikin jgk bagi dia rasa kek yg tiada telur. Ternyata sedap dan moist keknya. Tq kepada penyumbang resepi. Cheq da postkan di sini untuk rujukan nti.




Kek Coklat Tanpa Telur ( super moist)
Sumber resepi: Kak DayangJack Myresipi atau di Blog Dapurku Sayang

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang),
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang,
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco,
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung,

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.uangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

Rabu, 2 Mac 2016

Order 2016: Kek Birthday Hanna

Assalamualaikum w.b.t
Terima order dari Kak Zuhana sempena hari lahir anaknya. Red velvet dgn cream cheese frosting.




Tq sebab sudi order...

Ladang Teh Cameron Highlands...

Assalamualaikum w.b.t
Sekali sekala melancong di CH seronok jgk. Ini cerita tahun lepas. Kebetulan ada gap mengawas exam SPM..kakak pula ke mari so join lah sekali melancong.
Ke Ladang Boh yg terletak di Ringlet. Jalannya memang pusing2 dan cerun berbukit.
Ini kali kedua Cheq Da ke sini selama hmpir 10 tahun cari rezeki di Ch ini. First time melawat kilang pembuatan teh. Kali pertama dtg tak masuk plak kilang ini. Antara prosesnya Cheq da Snap tp nk hurai panjang lebar tak tahu la plak...layan jea la yea











Udara yang nyaman di Ch ini...sekali hirup plak tehnya mmg terangkat la. Jalan2 ke sini sambil minum teh dan mkn scones.

P/s: Sekarang dah masuk musim anggur di Bertam Valley..tak sabar nk g melawat lg ke sana.

Selasa, 1 Mac 2016

Pau Tepung Hong Kong

Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya dah lama mencuba pau tepung hong kong ni. Memang gebus dan meletop paunya. Kebetulan buat pau ni...adik ipar bertandang ke rumah..siap bagi bawa blk. Cuma minta panaskan saja nanti. Kalau ada ruang masih nk gunakan resepi ini.




PAU GEBU
oleh: Jurnal resepi bdaria


BAHAN-BAHANNYA (60 biji)
Bahan (A)
300gm air suam
220gm gula
18gm yis segera - mauripan
Bahan (B)
920gm tepung hongkong
80gm shortening
180gm air
1 sudu teh bread softener (kalau tak ada pun tak pe, gebu jugak. saya tak bubuh pun)
2 sudu teh baking powder/double action baking powder
2 sudu teh minyak masak

CARA-CARANYA
1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk. campur sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit
2. Ayak tepung bersama baking powder kemudian campurkan semua bahan B dan campur sebati dengan bahan A. Uli dengan tangan selama 30 minit atau masukkan dalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 20 minit.
4. Bahagikan doh kepada 30gm ke 50gm ikut besar yang anda suka dan rehatkan lagi 10 minit
5. Bulatkan doh dan masukkan inti ikut suka anda samaada kacang, kaya atau kentang dll. Tutup doh dan letakkan atas kertas yang disapu dengan sedikit shortening atau plastik. Rehatkan lagi selama 40-45 minit. Proses ini penting sb jika anda terkurang tempoh rehat, pau anda tidak akan jadi licin dan jika anda terlebih rehat, pau anda akan mengerutu.
6. Kukus selama 10-15 minit sahaja. jangan terlebih kukus.
7. Jika anda hendak jadikan ia frozen, kukus 10 minit dan bila telah sejuk masukkan dalam bekas serta simpanlah dalam peti sejuk. Kukus semula bila hendak makan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...