Selasa, 24 Julai 2012

Aku sekadar mencuba nasib wahai suhaila...


 
http://chequesuechekgu.blogspot.com/
 
Dah pun nak masuk wahai temanku cheq sue ni...kudoakan agar cheq sue tercapai cita-citanya dalam mengejar impiannya nanti...InsyaAllah..

Sambutan Birthday Julai...

 Sempena dengan birthday cheq da dan kekawang di SEMEKAR di bulan Julai..cheq da telah menyediakan sebiji kek untuk menyambutnya...kebetulan plak hari 2 diadakan sambutan hari guru...jadi cheq da berpakat dengan cheq sue untuk membuat kek bagi kami dan kawan2 yang menyambut pada bulan Julai...
Yang turut menyambut pada bulan Julai ni ialah Puan Pengetua,Cheq da,Cheq Sue,Pn.Raevathy,Cikgu Usop dan Cikgu Baharun...tapi deconya agak simple coz cheq da menghabiskan sisa-sisa fresh cream yang ada sahaja...nak bukak yang baru plak..tak tau bila adanya order dari customer...
pe2 p kita layan k walaupun n3 ni agak terlewat...





cotton cheesecake...buat atas permintaan member2 yang mahukan cheesecake...

Isnin, 23 Julai 2012


 

Salam semua..hari ni nampaknya baru cheq da berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua...sambutan awal ramadhan,Cheq da sekeluarga pulang ke kampung untuk bersahur dan membuka bersama2 family...cuti plak 2 hari sempat la berbuka dan bersahur di rumah mentua dan rumah cheq da sendiri...tambahan plak adik-beradik semua balik jadi kemeriahan 2 lebih terasa...menu berbuka hari ni plak belum difikirkan lagi..jom tgk blog2 kawan2..ambik idea..duk kat kampung semuanya orang yang masak,Cheq da hanya membantu mana yang patut...
 

K la tak mau ngomol panjang2...perut pun dah rasa berkeroncong..he3..maklumlah puasa kali ni berkongsi untuk 2 orang...harapan cheq da agar dapat menyempurnakan ibadat berpuasa ni dengan jayanya...InsyaAllah


Selasa, 17 Julai 2012

Kek Blueberry Utk Mak Ameerul...

Setiap kali menerima tempahan,pasti pengorder2 mahukan kek yang berlainan...atas permintaan yang berbeza ni sedikit sebanyak menambahkan pengalaman cheq da dalam aktiviti membaking...untuk kek kali ni,merupakan kek yang ditempah oleh cikgu sekolah suami yang mahukan kek blueberry untuk anak yang menyambut ulangtahun yang ketiga...tapi kek ni bukan untuk anaknya tp untuk jamuan cikgu2 di sekolah suami cheq da...pe2 pun cheq da cuba buat yang terbaik...resepi yang menjadi rujukan untuk kek ni cheq da dapatkan dari blog Rahel..oklah keknya sangat menjadi walaupun kali pertama buat...tq to rahel sebab sudi berkongsi ilmu dan resepi...
 




Kelihatan comot jea deco bahagian atas...saja cheq da nak close upkan cikit supaya nampak blueberry yang comot 2...kek ni seberat 2 kilo lebih jadi kena la buat 2 adunan..
Pe2 pun terima kasih kepada mak Ameerul kerana sudi menempah dengan cheq da...

Isnin, 16 Julai 2012

Order dari Sk Menson

K kongsi plak tempahan dari Sk Menson sempena meraikan birthday guru2 dan staf mereka...
Kek yang ditempah adalah cotton cheesecake dan chocolate moist..







Kadang-kala bab tulisan out jgk..he3..pe2 pun harap puas hati dan tq kerana sudi menempah...

Khamis, 12 Julai 2012

Selamat Hari Lahir untuk Saya...

Selamat hari lahir untuk saya...hari ni genap umur cheq da 31 tahun...dah pun masuk era kedewasaan..he3
pe2 pun harapan cheq da agar cheq da dapat melaksanakan perintah Allah dan sentiasa taat kepada suami dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah...Amin..

Sambutan Hari Guru 2012...

Sambutan Hari Guru di SMK Kampung Raja sememangnya selalu kelewatan disebabkan oleh sebab2 yang tidak dapat dielakkan...ni kerana tiap tahun masa Hari Guru sebenar,pelajar2 sibuk menghadapi peperiksaan setengah tahun...namun walaupun kelewatan,ianya tetap disambut dengan meriah oleh warga SEMEKAR ni...macam tahun sebelumnya,sambutan ni akan diiuruskan oleh badan pengawas yang akan membuat kejutan setiap kali sambutan dibuat...tiap ni la cikgu-cikgi nak beria sakan...sememang hari guru tiap tahun akan ditunggu2 oleh kami semua...bagi SEMEKAR sambutan tahun ni diadakan pada hari Jumaat yang lepas..kita layan gambar2 nya k...


senaman aerobik memulakan aktiviti...





Antara check point yang perlukan guru melepasinya

kumpulan cheq da




selepas habis...muka p habis comot...


Bacaan ikrar...cikgu p boleh lupa



Selepas pertukaran hadiah antara semua guru...

Isnin, 9 Julai 2012

Kek coklat Moist---order dr tauke kedai...

Selamat malam kepada semua rakan2...camana hari ni...rutin cheq da berjalan seperti biasa..keadaan bertambah sibuk plak bila suami berkursus selama 1 minggu...kepenatan berganda la dengan kerenah si batrisyia yang nak itu dan ini...sampai nak solat pun tak boleh...nasib la malam ni dia tido awal la plak...
so malam ni cheq da nak share kek coklat moist yang ditempah oleh kak nah...pemilik restoran Pak nik Ikan bakar yang famous kat Cameron ni..sebut kedai dia ramai yang tau..
Kisahnya dia tempah kek ni untuk pekerja yang menyambut birthday yang ke-33...punya la nak buat surprise..terawal satu hari...suami plak tengah2 malam pi hantar la kek ni kepada tuannya...disebabkan nak buat surprise... last2 tak jadi plak sambut coz awalnya satu hari...kek ni plak disimpan dan disambut kemudian harinya...begitu la citenya...k kita layan k
 




 
Kek seberat 2.3 kilo ni diharapkan dapat puaskan hati kak nah dan pekerjanya...so lain kali jangan segan untuk order lagi..Terima Kasih kerana sudi menempah dengan cheq da..

Sabtu, 7 Julai 2012

Chocolate Indulgence---tambahan koleksi tempahan

Tempahan daripada Prasekolah Sk Convent yang mahukan chocolate indulgence cake...jadi memandangkan dah 2-3 cheq da buat kek ni,tak la ada masalah sangat...cuma memerlukan masa la cikit..dulu pun belajar kek ni pun ikut kelas masa 2 sedang elok cuti,jadi boleh la join kelas2 masakan ni...
Diharapkan warga prasekolah Sk Convent sukakannya...
Terima Kasih juga kerana selalu order dengan Cheq da...



 Nampak jea ganache meleleh kat tepi...sebenarnya cheq da nak buat deco tapi ganache cair sangat walaupun dah letak dalam peti sejuk...Kelemahan yang harus diperbaiki...




Kak noli...doll cake lagi...

Salam semua...apa cite???cheq da cam biasa la bukan rajin sangat sekarang ni nak on laptop dan postkan n3...rasa malas melanda tambah2 kerja sekolah pun banyak tahun nie..cheq da plak kena kejar due date kalu tak mati la kalu kerja tak siap...siap2 lepas bersalin tak boleh nak berehat langsung...Sebenarnya rancang untuk tahun ni nak balik kampung halaman...memandangkan cheq sue pun balik...tambah2 sepupu suami bertunang hari ni...tapi last minute kena batalkan niat 2 coz suami terpaksa berkursus ke kedah la plak...jadi duk la kat CH ni...intai2 jgk kereta ramai dan berderet2 dah...nak keluar confirm jem...masing2 nak kejar sebelum puasa...dah 2 minggu jem kat cni..Pagi tadi plak dan malam ni plak ada ceramah Ustaz Azhar Idus di CH ni...tp malas nak keluar takut jem jgk...he3

Kla sebenarnya nak berkongsi tempahan kek kak noli yang dia tempah untuk anak gadisnya...kalu sebelum ni selalu jgk dia duk menempah bukan untuk family tapi diberi oleh orang lain...entah la pe yang dia suka sangat dengan doll cake...he3..minat masing2 kan...
kali ni cheq da bubuhkan color pink untuk dollnya...idea pun kering jadi mendeko pun kurang la cikit tambah2 plak kesihatan kurang memuaskan...jadi harap dia puas hati jea la dengan apa yang cheq da telah buat...Terima kasih kepada kak noli untuk tempahan kali ni...



 Kek sifon coklat +blueberry Filing+fc


Kali ni tak letak barang kemas...sbb emas sekarang mahal sangat...he3..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...