Tentang Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Memoriku Selamanya.
Alhamdulillah dengan limpahan dan rahmatnya dapat lagi kita meneruskan kehidupan kita.
Namun di sebalik kesenangan dan kemewahan yang telah dianugerahkan, jangan kita lupa kepadaNYA.

Oklah Tuan punya blog...dipanggil Cheq Da oleh kawan-kawan seperjuangan di sekolah. Cik Ani panggilan untuk anak-anak buah di kampung. Ummi panggilan dari anak-anak tersayang dan Nie pula panggilan suami tersayang. Mula aktif berblog selepas diberi tunjuk ajar oleh rakan sekerja iaitu Cik Suhaila. Selepas aktif berblog, terus akaun fb ditutup. Kalau tanya Cheq Da ada fb tak,sudah semestinya tak de dan nak buka fb pun dah tak reti sekarang ni.
Anak ke7 daripada 8 orang adik beradik yg semuanya dah selamat berumahtangga.

Sokongan daripada suami dan anak2 menyedarkan Cheq Da bahawa kita haruslah sentiasa pandang ke depan dan jangan sesekali toleh ke belakang.



Mula berkhidmat di SEMEKAR atau SMK Kampung Raja pada tahun 2007 selepas berpindah dari Miri, Sarawak. Terlalu banyak kenangan yang hendak Cheq Da kongsikan di dalam blog ini. Minat dalam bidang masakan dan juga jahitan manik2 yang simple, Cheq Da juga telah mula berjinak-jinak dengan aktiviti baking dan sekarang ianya merupakan kerja sampingan yang Cheq Da buat dengan mengambil tempahan secara kecil-kecilan. Cheq Da tidak mempromosinya melalui blog kerana tempahan hanya di sekitar Cameron sahaja.


Apa yang diharapkan agar blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua pengunjung yang singgah di sini dan yang sentiasa membalas komen2, Cheq Da ucapkan ribuan terima kasih.
Salam persahabatan dan ukhwah dari Cheq Da.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...