Assalamualaikum w.b.t
Alahai amat terasa malas nk mengupdate blog ni. Tuntutan kerja dan aktiviti sampai ke petang terasa lagi penat. Mata pukul 10 malam dah mula kuyu. Tambahan pula seawal pukul 5 pg dah kena bangun untuk persiapan anak2 ke sekolah. Kalau ada order plak kena korbanlah cikit masa rehat. Apa apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.
Tak tahu nk tempek gambar apa..tempek jea cabutan bertuah suami sempena dengan kayuhan di Ch..lupa plak namanya. Pe2 pun rezeki di Bulan Januari ini dah pun dapat 2 hamper cabutan bertuah..lucky sungguh suami di tahun baru ni..Alhamdulillah..rezeki
Rabu, 20 Januari 2016
Sabtu, 9 Januari 2016
Majlis Persaraan Puan Hoo Weang See
Assalamualaikum w.b.t
Minggu ni agak sibuk dengan sesi persekolahan di minggu yang pertama. Adik dan kakak pun berjaya mengharungi sesi persekolahan di minggu pertama ini dengan baik.
Tiada apa yang nk dikongsikan dalam blog ini. Cuma hari Jumaat lepas telah diadakan majlis persaraan Ketua Bidang Kemanusiaan iaitu Puan Hoo Weang See. Beliau memilih untuk bersara awal adalah disebabkan masalah kesihatan. Tahun lepas dia mengambil cuti tanpa gaji selama setahun dan tahun ini proses persaraan awal beliau telah diluluskan pada 2 Januari lalu. Terlalu banyak kenangan Cheq da bersama Puan Hoo ini. Orangnya yang cantik dan nampak sentiasa muda. Akhirnya beliau memilih untuk bersara awal 12 tahun.
Perkataan yang tidak pernah lengkang di bibir Puan Hoo ialah sentiasa berterima kasih. Paling menarik tentang Puan Hoo ini..beliau bersekolah di Smk Kg Raja sehingga tingkatan 3...mula posting juga di sini dan juga bersara di sini. Tak dapat gambarkan kesedihan bila beliau berucap dan menyatakan beliau tidak dapat menyempurnakan amanah yang diberi kepada beliau kerana pencen seawal 12 tahun. Cheq da percaya kalau Puan Hoo sihat beliau masih meneruskan bidang kerjaya ini.
Antara rombongan yang menghantar Puan Hoo ke rumah. Rumahnya seberang jalan sekolah saja.
Sempat kami berselfi dgn Puan Hoo...sudah tak de guru perempuan yg selalu memenangi larian 100m untuk acara guru perempuan.
Petangnya pula diadakan jamuan makan di Hotel pula. Bersama meraikan jamuan awal tahun dan majlis perpisahan untuk Puan Hoo dan Cik Roshima.
Harap mereka berdua sentiasa gembira.

Isnin, 4 Januari 2016
Kami nk pi sekolah...
Assalamualaikum W.B.T
Hari ni merupakan hari pertama dua beradik ni ke sekolah. Si kakak nmpknya tak sabar nk jumpa kawan2. Dah tahun ke 3 di tadika yang sama. Tahun ni turut hantar adik ke sekolah. Hari pertama byk la songeh nya tp Alhamdulillah tak serik nk ke sekolah nmpknya.
Kat Ch ni sejuk...so pagi2 mmg kena pakai baju sejuk.
Pagi tadi seawal pukul 6 dah bangun dan bersiap2.

Ahad, 3 Januari 2016
Entry pertama di Kopitiam Kita
Assalamualaikum W.B.T
Entry pertama di tahun baru. Kebetulan cuti awal tahun blk ke Kampung. Semlm ronda2 bandar Kb untuk cari kedai barangan mesin. Terlalu plak di kawasan Seri Cemerlang dan terpandang Kopitiam Kita yang cukup terkenal dgn roti titab. So bagitau suami nk cuba roti titab tu...maka lunch tengah hari kami dengan roti titab jea la. Masuk ke kawasan keadaan tak berapa sibuk. Selalunya kopitiam ni penuh dengan pelanggan. Rezeki kami kot sebab kami pun terkejar2 nk mencari kedai tersebut.
Tgk keadaan sekeliling..kedai dipenuhi dengan gambar bersama2 mereka yang singgah di sini. Pelakon dan penyanyi terkenal pun ada.
Order kami 2 biji roti titab dan juga segelas kopi ais dan ais lemon tea.
Harganya untuk 2 orang ni ialah rm14.50. Sepinggan roti titab tu berharga rm5.00. Bila dah rasa cukup lah sekali jea. At least bila ada yang menanya...kita dah sampai di sini...

Langgan:
Catatan (Atom)