Rabu, 29 Januari 2014

Order 2014: Tempahan pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Hari ni dah mula mood bercuti bagi Cheq da. Seronoknya kerana dapat bercuti selama seminggu. Boleh balik ke kampung halaman. Kenduri kendara pun tak kurang banyak juga sebab bila dah mula sekolah, semuanya mula nak mengadakan majlis.

Masih lagi di bumi Cameron Highlands. In sha Allah esok pagi2 akan pulang ke kampung.
Hari ni nak kongsikan order pertama yang diterima bagi tahun 2014. kek ni ditempah oleh Kak Siti dan merupakan regular pelanggan dan juga sahabat baik Cheq da. Selepas memberinya merasa kek black n white russian cake tempoh hari, terus juga minta order untuk anak lelaki sulungnya iaitu Si Along. memang lah si Along ni hantu coklat. Tempahan ni diterima pada 4 Januari 2014 dan baru berkempatan menguploadnya. Layan yea..



Semoga Syafiq suka dengan kek ni walaupun tak sempat nak deco kereta. Nampak jea kechik tapi kek ni seberat 1.7 kg. Terima kasih kepada kak ct kerana sudi mengorder.

Isnin, 27 Januari 2014

Terima Kasih 3 ikhlas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Melalui n3 pd kali ni,Cheq da ingin mengucapkan terima kasih kpd kesemua pelajar 3 ikhlas tahun 2013 kerana telah lulus dalam peperiksaan PMR 2013. Ini kerana dari dari 30 orang pelajar yg berdaftar,5 orang pelajar tidak hadir dan 1 seorg sahaja yg gagal.

Sejujurnya,bila dah diberitahu kena mengajar kelas terakhir terasa sedikit sedih kerana tau2 bila mengajar kelas last2 ni...mcm perangai ada. Almaklum la di ch ni kebanyakkan kelas hujung ramai pelajar asli dan pelajar chinese yg kurang fasih berbahasa melayu. Sememangnya agak sukar untuk diorang lulus. TOV untuk akhir tahun tingkatan 2 pun hanya dua orang yg lulus. Sehingga percubaan pun hanya mampu meluluskan 3 orang sahaja. Namun disebabkan semangat pelajar yg selalu bertanya dan rajin di saat-saat akhir. Mereka juga mampu lulus.

Seorang pelajar yg gagal merupakan pelajar aslu yg tidak pernah mendapat pendidikan dr tingkatan 1 dan 2 sahaja. Datang sek masa di tingkatan 3 pun dah lambat bulan 5. Kalu pelajar tersebut lulus..konpom pmr yg terakhir ni mesti dpt 100%. Namun dengan 99.17% ni telah memecahkan rekod keputusan pmr yg sebelum ni dan juga ETR sekolah. Tahniah juga kepada guru lain yg turut bg komitmen.

Sebagai ganjaran kenalah plak buat kek untuk mereka. Kali ni buat yg dlm cup kechik dan bahagikan satu seorg supaya senang. Mereka p kebykkannya dah bertukar kelas. Terima kasih 3 ikhlas kerana membantu cikgu menjayakan misi ini.



Kek coklat moist...untuk mereka..tq

Ahad, 26 Januari 2014

Puding Peach

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom jamu mata dengan puding peach ni. Asal boleh membuatnya disebabkan ada lebihan buah peach ni. Drpd membazir biking la puding ni. Resepinya dr blog citarasawan. Link di sini yea. Terima kasih kepada kak wan. Bawa puding masa jg exam spm tahun lepas so boleh seorang satu untuk kawan2.


Sememang sedap bila dimakan sejuk. Lepas boleh disimpan dalam peti ais dan nikmati la selepas itu.


Rabu, 22 Januari 2014

Masjid Lojing...hentian terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni cuma nk share mengenai Masjid Loging yg dah beroperasi akhir tahun lepas.




Sekarang ni..cheq da kalu dalam perjalanan blk ke kampungan..Masjid Loging merupakan hentian terkini untuk bersolat sebelum bergerak ke kampung.
Masjid ini sangat selesa dengan perkhidmatannya

Masjid ini terletak sempadan antara cameron highlands dengan loging daerah gua musang. Dulu cheq da selalu singgah di masjid kg.raja. tapi bila dah ada masjid ni lebih selesa singgah di sini.

Biasanya pelancong dari Kelantan dan Terengganu akan singgah di sini sementara ke cameron. Pe2 masjid ni memudahkan masyarakat sekitar. Terima Kasih kerena menyediakan masjid ni.

Sabtu, 18 Januari 2014

Gulai telur itik..warisan turun menurun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu ni sebenarnya menu awal tahun tempoh hari. Telur itik yg dibawa dari Kelantan ni dibeli oleh kakak cheq da semasa nk menghantar afiq ke ch. Menu ni juga menu kegemaran si afiq. Selalunya bila buat gulai kuning telur itik ni,cheq da lebih suka guna menu sendiri. Resepinya seperti
berikut.



Gulai kuning telur itik
By:cheq da

Bahan2
1. Telur itik dalam 5 biji
2. Santan-ikut sesuai
3. Bawang merah 6 ulas
4. Bawang putih 2 ulas
5. Lengkuas dalam 3 inci
6. Sedikit halia
7. Sedikit kunyit hidup
8. Sedikit lada kering
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Sediakan periuk. Masukkan santan.
2. Bawang merah,putih,lengkuas,halia dan kunyit hidup diblender dengan sedikit air. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk tadi.
3. Letakkan sedikit lada kering nk kasi warna merah2 sedikit.
4. Panaskan di atas api dan masuk garam dan gula.
5. Biarkan mendidih dan selepas 2 pelahankan api.
6. Pecahkan telur itik satu persatu..jgn dikacau dan dibiarkan sekejap di atas api yg kecil.
7. Biarkan ianya mengelegak dan berketul2.
8. Kacau sekali sekala. Bila dah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba

Khamis, 16 Januari 2014

Sambal Tumis Kerang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mai merasa plak sambal tumis kerang. Kebetulan ke pasar beli plak kerang yg dah buang kulit,lagi la suka tak perlu nk kopek. Memang puas hati la dapat mkn kerang tumis ni. Kepada penyumbang resepi terima kasih dan mohon share di sini yea.


Sambal tumis kerang
0leh: farihalfaizal (my resepi)

Bahan-bahan ( 1 family )

  • Isi kerang-kuantiti ikut suka
  • 3-4 sudu besar lada kisar
  • 1 labu bawang besar-hiris
  • 2 ulas bwng kecil,2 ulas bwng putih&sikit halia-tumbuk
  • 1 batang serai-titik
  • Air asam jawa
  • Minyak
  • Garam,Gula&Air.

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 yg itumbuk.Masukkan lada kisar.Kacau sehingga masak lada.
  2. Masukkan air asam jawa,serai,garam&gula.
  3. Akhir sekali,masukkan semua isi kerang.Gaul sekejap,boleh tutup api.Siap.


Selasa, 14 Januari 2014

Florentine cookies a.k.a almond cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog MKSnya. Oleh sebab cuti boleh lah update blog ni. Almond cookies ni memang sedap la tambah2 bila dah mkn 2 susah rasa nk berhenti. Tgk dalam blog masa hari raya tahun lepas,ramai yg mencuba membuat sendiri. Mana taknya cookies dijual dengan harga yg sangat mahal. 50 pcs ni regonya dalam rm23. Bila Cheq da ke kedai bakery tahun lepas..saja2 la beli tepung florentine dan juga bahan nk membakingnya. Maka bila dah ada gap jaga exam spm boleh membuat. Bila dah buat plak..byk plak dapatnya..memang untung la kalu buat sendiri. Untuk penggemar biskut kekacang ni boleh lah mencubanya. Walaupun budjet mahal tp puas hati la dengan dapatannya.





FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 13 Januari 2014

Alkisah si Luqman Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama rasanya tak berblogging. Pada n3 yg lepas Cheq Da ada menyatakan bahawa anak lelaki cheq da sakit sebab bengkak kaki. Rupa-rupanya belum cukup 24 jam n3 terakhir dipublish. Anak pula dikehendaki masuk wad kerana jangkitan kuman disebabkan kakinya yg terus membengkak. Deman plak tak turun2..jap jap panas badannya.


Sebenarnya tak tahu kakinya yg bengkak terkena apa
Hari isnin baru perasaan kakiNya dah ada kesab warna merah. Masa 2 cheq da tak ambik pusing la takut yg tak serius. Tapi malam2 asyik deman jea sampai nk tido pun tak boleh. Selepas  tak tahan tgk dia cheq da whatappskan gambar ubat sebab hari selasa 2 suami bawa anak ke klinik swasta. Doktor sana plak just kata alegik dan bg ubat gatal jea. Selepas tgk gmbar ubat tersebut lah kakak yg nurse 2 minta terus jumpa doktor supaya doktor boleh bg antibiotik katanya. Apa lg lèwat puk 4 baru la dapat ke hospital.Gambar kat atas 2 plak selepas kena admit ke hospital..cheq da dibawa ke kecemasan untuk dicheck sekali lg. Selepas tengok kakinya dah dipasang jarum untuk dimasukkan antibiotik tp kaki yg berbalut 2 tak sakit yg sebelahnya yg sakit. Selepas doktor minta plak untuk xray kakinya takut kakinya ada patah atau tidak.


Inilah rupa kakinya selepas 2 jam ke wad. Masa ni tempat bengkak 2 merah sangat dan terasa sangat panas dan hila ditekan keras seperti papan. Agaknya sebab ni lah adik tak boleh nk tido dan deman tak kebah2. Tempat ditanda 2 nk diukur bengkaknta berapa cm.Kesian tengok anak bila cam ni dan tak habis2 cheq da berdoa dan mengharapkan haziw tak apa2. Bila dah dimasuk antibiotik dia bertambah ok dan dah boleh tidur pada malam pertama kami bermalam di hospital. Ternyata nurse2 di hospital ch ni baik2 belaka dan banyak membantu cheq da untuk uruskan si haziq ni.


Ni bila dah kena deman terpaksa la lap2 kan badannya dengan air supaya hilang panasnya. Keadaannya tak tentu kejap deman kejap tak. Biasanya tengah malam start la deman sampai ke pagi. Nurse plak xberhenti masukkan antibiotik dalam 3 jam sekali. 3 hari ubat antibiotik ini dimasukkan secara berterusan supaya keadaan menjadi semakin elok.


Masa ni kira dah ok sedikit sebab dah terasa kot ubat antibiotik 2. Rasanya sebab sebenar mungkin disebabkan gigitan serangga yg agak berbisa. Kalu tak tak jadi begini. Gambar di atas 2 adalah hari kedua berada di hospital. Masa ni dah boleh main2. Tgk anak dah ok sedikit rasa gembira sedikit hati cheq da.


Masa ni plak baru lepas mandi. Hari ke2.. Tengok kaki pun dah semakin surut. Tp ubat antibiotik masih diteruskan. Nampak ceria bila dah mandi sebab adik suka sangat mandi dan kasi wangi2 la sebab nti doktor nk datang melawat.


Yang plak bila dah boring pi la plak ke Taman yg ada dalam wad tersebut supaya kanak2 tak boring dan boleh bermain2. Biasanya yang suka datang di sini si kakak. Bila datang jea terus nk main di sini.


Gambar yang kat atas ni dah masuk hari ke3 dah. Ternyata selepas diberikan antibiotik.kakinya dah semakin surut dan bertambah ok. Tapi masih lg deman jd nurse2 pun selalu bagikan ubat demam sebab bila dah demam tak leh nk blk ke rumah plak.


Masih lagi hari ke3. Si kakak selalu melawat adik di sini. Terima kasih juga cheq da ucapkan kepada yg sudi datang melawat anak kami 4 hari berada di wad kanak2  di hospital ch ni.


Gambar ni plak selepas bangun tidur hari yang ke4. Dah terasa sihat. Malam 2 plak tak demam langsung dan jarum pun dah dibuka tp ubat masih diteruskan.
Memang tak sedap la kot ubatnya sebab tgk adik selalu nk mkn ubat kena pegang sampai 2.3 orang.
Hari ni juga mandikan adik awal dalam pukul 8 sebab doktor janji nk bg blk hari ni. Terlepas rass seksa duk di hospital ni..he3.


Yang ni plak gambar sebelum nk blk. Tunggu nurse siapkan borang nk bw blk rumah. Alhamdulillah walaupun belum sihat sepenuhnya tapi ubat masih diteruskan di rumah. Hari ni plak adik dah bertambah ok dan kakinya pun dah semakin surut. Peringatan buat cheq da agak sentiasa mengawasi anak2 dan kalu dah tgk sesuatu yg pelik cepat2 la bawa anak jumpa doktor. Keadaan ni juga menyebabkan cheq da akan berhati2 memilih klinik swasta sekiranya anak2 ada masalah kesihatan.
Oklah ni sajalah untuk n3 pada hari ni.

Salam maulidur Rasul buat semua dan selamat bercuti.


Khamis, 9 Januari 2014

Pastry Pizza..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 di pagi hari. Sebenarnya sangat susah hati bila anak kita sakit. Pukul 4 am td cheq da dan suami bergegas ke hospital sebab Si Haziq ni demam tinggi sangat. Asal tengah malam jea demam sampai xboleh nk tidur..kesian tgk dia. Pi hospital nurse masukkan ubat ikut buntut nk kasi sejuk sebab demam tinggi sangat. Satu lg plak masalahnya,kakinya masih bengkak tak tahu pe punya..bila dh mkn antibiotik ma tadi xberani nk cmpur ubat..nk tunggu kasi habis br boleh tgk camana. Hai hari ni nampaknya bercuti la sebab nk jg anak ni...awal tahun dah pun hbs 1 cuti crk...
Ok lah masih jgk nk masukkan n3 resepi pizza pastry puff. Masa buat ni tak ingat rujuk blog mana.Hari ni tengok,esoknya terus buat sebab memandangkan pastry puff dah lama beli.buatnya pun tak la sesusah mana..ni juga merupakan bekal semasa jaga Spm tempoh hari..lain kali boleh buat lg sebab tersangat la mudah.



Pizza pastry puff
Rujukan:blog kekawang

Bahan
10 keping pastry puff jenama kawan
10 ketul sosej
Sayuran campuran
Sos cili
Mayonis 
Telur utk sapuan

Cara
Letakkan atau susunkan pastry puff dlm tray
Letakkan sosej di atas pastry puff
Taburkan dengan sayur campuran
Paipkan dengan sos dan mayonis
Sapukan tepi2 pastry dengan telur
Bakar dengan suhu 160'c
Siap utk dihidang
Bolehlah dinikmati pada waktu anda suka

Rabu, 8 Januari 2014

Cheesecake Meleleh leleh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cheesecake meleleh yg meleleh leleh...sedap tau..kalu tak percaya boleh cuba. Masa tgk Rahel buat kek ni terus terliur nk merasanya. Buat kek ni masa nk blk ke kampung utk gap exam. Buat plk 2 biji untuk rumah mentua dan ke rumah ibu Cheq da. Pe2 terima kasih kepada penyumbang resepi..
Memang meleleh la...




Cheese Cake Meleleh
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Isnin, 6 Januari 2014

Nasi Ayam sedap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekali sekala suka jamu keluarga dengan nasi ayam. Selalunya kalu menu nasi ayam memang tak kan ada lebihan. Apa yg cheq da suka dengan resepi ini,ianya amat mudah utk disediakan dan tidak memerlukan masa yg lama. Apa lg jom layan nasi ayam yg dicopykan dr blog resepi yg byk mengumpul koleksi resepi yg best..apa namanya pun cheq da dh lupa.



 Oleh :
Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


Sabtu, 4 Januari 2014

KEK LUMUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kek lumut..satu fenomena kek kukus yang didatangkan khas dari Sarawak. Dulu masa duk tengok rakan2 blogger tayang kek ni,terdetik juga di hati nak mencubanya. Yang paling syok 2 kena kukus sampai 3-4 jam. Hai nampaknya kalu nak buat kek ni kena pastikan lah tong gas berada dalam keadaan mencukupi..hehe


Masa jaga exam SPM tahun lepas,banyak juga gap hari yang tiada peperiksaan so bila dah terperak kat rumah 2 mula godek2 resepi untuk dibuat. Terlintas pula nak buat kek lumut ni. Tgk resepi cam senang jea sebab yang perlu ditambah cuba stok hoklicks dan kaya jea. Sehari sebelum nak membuat dah suruh suami dapatkan siap2 barangan ini. Alhamdulillah akhirya kek dapat juga dirasa kenikmatannya.  Bila dah buat makan sikit dan beri kan plak ke jiran. maklumlah suami kureng cikit dengan kek-kek. Tak berapa minat tapi tetap akan merasa kek tersebut. Apa lagi air tangan isterikan kalu tak dirasa..tak berasap la dapur 2 nanti..hehe.. 


Untuk resepi ni cheq da banyak refer kat blog izahdaut..minta copy resepi yea..


KEK LUMUT
sumber: kak yatie dan izah daut
resepi: kak dayang dj


Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

Jumaat, 3 Januari 2014

Anniversary ke-7 dan Black n white Russian Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post n3 pertama malam ni sebab esok cuti so bolehlah relaks memanjang. Relaks..mana boleh relaks tugasan harian mesti juga dilaksanakan. Hai penat tul rasa awal2 tahun ni..tambahan plak si kakak dah bersekolah. Seawal pukul 5.00 dah kena bangun setiap hari untuk menyediakan apa2 yang patut. Alhamdulillah nampaknya si kakak dah mula menyesuaikan diri dengan dingin pagi di Ch ni. Mana tak nya kesian juga seawal 6.00 pagi dan kena mandi. Hari pertama di sekolah plak tidur akibat kepenatan. maklumlah baru jea 4 tahun dah ke sekolah. Harap semua ok nanti.

Oklah untuk hari ni..nak tayang kek black n white russian cake sempena aniversary cheq da dan suami yang ke7..hmmm dah 7 tahun rupanya dah kahwin. Pejam celik pejam celik anak pun dah 2(bercadang nak tambah lagi..hehe). Rasanya bila dah masuk 7 tahun banyak dah berubah..terutama saiz badan lerr..tgk gambar kahwin kurus jea..kalu pakai seluar saiz 25 pun longgar lagi tapi la ni senang hati la kot seluar saiz 31 pun ngam2 jea..he3..

Berbalik kepada cerita kek ni..sebenarnya kek ni dah kali ke3 cheq da buat cuma dulu guna resepi yang berlainan. Bila tgk dalam blog hanamemories dan kak yati sinar kehidupannku..masing;masing duk tayang kek yang betul2 sedap ni.. memang sangat puas hati dengan rasa keknya yang lembap sangat2. Kek ni dikukus..tapi bila buat dalam 1 adunan banyak pula yang dapat..Cheq da kukuskan dalam loyang 9". 2 belum lagi touch up cake bila dah masuk2 semua..ha kek ni jadi seberat 3 kilo..kalu beli agak2 dah beratus2 reganya kan.


Bila dah buat banyak ni dapat la dibahagikan kepada jiran yang paling rapat keluarga kak ct. Kebetulan anaknya yang sulung memang hantu coklat. Selalu jea minta cheq da buatkan kek coklat untuk nya. Bila diberi 2..dalam petang cikit dapat plak msg dari kak ct katanya kek ni sangat sedap dan nak order la plak..he3..ni la rezeki namanya.


 Teringat cheq da masih first time buat kek ni,cheq da rujuk blog juicy cafe tapi masa tahun lepas buat keknya buat dalam bentuk 4 segi dan bila potong tak jadi sangat line tapi kali ni snagat puas hati dengan penampilan kek ni. Kali kedua cheq da buat di kampung iaitu kek ni telah dijadikan hantaran untuk perkahwinan adik cheq da pada bulan 8 tahun lalu. masa ni tak tahu camana sebab kek diberikan kepada pengantin perempuan so tak tahu la hasilnya kan.


Bagi penggemar coklat kek ni sesuai la sangat..untuk dicuba. Baca dengan teliti tekniknya In sya Allah menjadi..Untuk hana, Cheq da kongsikan resepi di sini yea untuk rujukan akan datang..terima kasih atas perkongsian resepi yang best ni.

RESEPI KEK COKLAT
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 170g tepung superfine*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100g serbuk koko
  • 200g minyak jagung @ minyak masak
  • 250g susu pekat
  • 250g gula halus - hana letak 210 jer
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  • Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara
  • Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  • Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  • Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE
  • 500g creamcheese
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)-cheq da tak letak kasi rasa original

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...