Isnin, 30 Jun 2014

Order 2014: Kek Rezeki...

Assalamualikum dan salam sejahtera
Kenapa dinamakan kek rezeki kerana sebenarnya kek ini hendak diberikan kepada orang lain tp dijual plak kepada orang lain.
Sebenarnya adik ipar mengorder satu kek untuk sambutan hari ibu dan kek ini pula akan dibawa oleh suami yang akan ke sana. Bila dah buat kek dan touch up cuma nama jea belum tulis..tiba2 tak jadi plak nk ke sana so kek ini hendak dibelah jea la nti.


Bila pergi ke sekolah..cerita la yang suami tak jadi nk kuala lumpur so kek ini menanti dibelah jea la. Kebetulan kak rini..member cheq da nk sambut birthday anaknya dan anaknya hanya meminta dia buatkan kek coklat sahaja. Disebabkan kesibukkan dia minta jualkan kek ini untuknya. Segan la plak cheq da sebab buat untuk orang lain jual plak untuk orang lain.



Selepas bila pk blk jual la jea ke kak rini. Ambi pun harga modal sebab malu la plak dengan dia. Apa2 pun terima kasih kepada kak rini yg jd penyelamat.


Ini lah umar dan hawa..gambar ini ihsan daripada kak rini. Terima kasih juga jadi penyelamat.

Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan 2014: 1 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah dah selamat sehari kita menyambut bulan ramadhan. Hari ni menu berbuka ala kadar sahaja. Bkn apa nk buat lebih2..bukan ramai nk makan.
Oklah untuk hari pertama ni untuk berbuka cheq da sediakan patin masak tempoyak,kerabu kacang botol,paceri nenas dan ayam goreng.



Untuk kali ini..cheq da copy kan resepi dari rakan2 blogger jea..malas la plop nk mencopynya..
Hidangan pertama di hari pertama..

Sabtu, 28 Jun 2014

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramadhan datang lagi. Jadi di kesempatan ini, cheq da ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga tahun ini kita sentiasa diberikan keimanan yang lebih untuk melaksanakan ibadat yang hanya setahun sekali ini.


Mexico Bun @ Roti Boy

Assalamualikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama mengidam nk bikin mexico bun ni. Masa rajin tempoh hari duk asyik meroti jea. Dari satu adunan dapat sebanyak ini memang lah tersangat puas hati. Roti ini plak besar dan jenuh nk perabis seorang2..maka jamu lah untuk jiran2 sekali.
Resepinya dari cik manggis. Tapi colour topping cheq da agak muda sebab cheq da gunakan nescafe sbb stok kopi memang tak ada kat rumah ini. Jom layan jea gambar dan kepada sesiapa yang ingin mencuba boleh lah mencubanya.






Mexican Bun 
Sumber asal : Pn.Isma Maisarah (Kelab Roti)

Sumber rujukan: cik manggis blogspot
Bahan-bahannya:

Inti

200 gm butter.
1/2 tsp esen vanila.
70 gm gula perang.

Pukul butter dengan speed seederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanila dan gula perang.Pukul lagi sehingga bahan-bahannya sebati.Simpan di tempat sejuk.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap sementara menyiapkan bahaan-bahan untuk roti dan topping.Jangan  simpan lama nanti keras pulak ya)



Topping Kulit.

200 gm butter.
160 gm gula ising.
3 biji telur grade A.
200 gm tepung gandum.
1 tsp perisa kopi atau mocca atau pun koko.(Saya guna 2 tsp serbuk kopi segera)

Putar butter dengan speed sederhana selama 5 minit.Perlahankan dan masukkan telur,gula ising dan serbuk kopi segera.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit .Putar sehingga halus.Masukkan dalam piping beg.Ketepikan.(Saya simpan dalam peti sejuk sekejap)


Doh Roti.

Bahan-bahannya:

500 gm tepung roti.
11 gm yis.
1/2 cawan gula halus.
Secubit garam.
2 tbsp tepung susu.
1/2 tsp baking powder.
1 tsp bread improver.
2 tbsp water roux.
1 biji telur.
220 ml air dari peti sejuk.
2 tbsp butter atau shortening.
1 tsp kopi emulco ( saya letak 1 1/2 tsp serbuk kopi segera)

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali butter atau shortening dalam mangkuk pengadun.Uli sehingga sebati.Kemudian masukkan butter atau shortening.Uli sehingga licin dan elastik.Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.

Timbang doh 60 gm setiap satu.Bulat-bulatkan.Rehatkan doh 7-8 minit sebelum di isikan dengan intinya.Isikan inti dan tutup dengan kemas.Bulat-bulatkan.Biarkan doh naik double dari saiz asal.Paipkan topping di permukaan atas doh dengan cara melingkar.Bakar sehingga masak.

Jumaat, 27 Jun 2014

Akhirnya Nasi Lamb Kabsa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama mengidam dan nak cuba masak nasi ini. Awal tahun pernah mkn nasi ini yg dibawa oleh cheq sue. Nampak nasi cheq da ni colour merah cikit. Cheq da campurkan dengan sedikit sos tomato.
Sedap jgk nasi ini dan cheq da jadikan lebihan air rebusan buat sup. Nk makan kering susah jgk kan..sebab suami suka berkuah.





SAUDI BEEF KABSA / SAUDI LAMB KABSA
Resepi : Kak Azie
Rujukan: sue..cheqsuechekgu
  
5 cawan beras basmathi - basuh & rendam 15 minit

1 kg daging – potong kecil (batang pinang)
1 chicken bouillon cube

3 sb olive oil
2 tomato – potong dadu
2 bawang besar - potong dadu
1 sk halia - tumbuk
5 ulas bawang putih - cincang

1 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk black pepper 

4 ounce tomato sauce 
2 bay leaves
1 sk garam
8 kuntum bunga cengkih
8 buah pelaga
2 batang kayu manis
2 black limes (tak letak)

Saffron (tak letak)
pine nuts and raisins (optional)

Cara cara:
Menggunakan api yang besar, masukkan daging, air dan chicken cube ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging empuk.
Menggunakan api sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan. 
Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Ditumis sehingga wangi.  
Masukkan tomato sauce, bay leave, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk black pepper dan garam. Kacau rata dalam 1 minit.
Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah.
Masukkan daging dan kacau lagi.  Masukkan air rebusan daging ½ inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. Buat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak dalam 30 – 40 minit. Jangan buka penutup periuk sebelum waktunya. 


SOS
Resepi : Kak Nor

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Khamis, 26 Jun 2014

Order 2014: Tempahan dari pelajar

Assalamualikum dan salam sejahtera
Tempahan daripada pelajar untuk sambutan hari lahirnya.
Kek span coklat dengan blueberry filing.




Terima kasih kerana sudi order.

Rabu, 25 Jun 2014

Order 2014: Carrot kek wif cream cheese frosting

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan kek carrot with cream cheese frosting.
Deco biasa2 sahaja...harap empunya badan suka.




Terima kasih kerana sudi order..

Selasa, 24 Jun 2014

Order 2014: Tempahan untuk si suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Repeat order dari customer yang pernah menempah dengan cheq da. Ini kiranya kek yang kedua ditempah olehnya. Kek ni gabungan dua biji kek. Yang base di bawahnya ialah cotton cheesecake dan kek yg di atasnya pula ialah kek span strawberi dgn filing strawberi. Hadiah dari isteri buat suami tercinta yang ke 34. Dengan tema kek padang bola.





Terima kasih kerana sudi menempah.

Ahad, 22 Jun 2014

Order 2014: Tempahan Hokaido cup untuk Karnival B.Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima dari Puan Reavathy sempena dengan Karnival Bahasa Inggeris peringkat Cameron Highlands. Sebanyak 30 biji kek yg diorder iaitu hokaido cupcakes.




Cupcakes ini diletakkan dalam dome satu persatu.
Terima kasih kerana sudi order.

Trip to Vietnam...hari ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menyambung n3 berikutnya ke Vietnam. Selepas shopping dan jalan2 di hari kedua. Hari ketiga pula berjalan mengikut perancangan. Mulanya kami akan ke Cu ci Tunnel iaitu sebuah pangkalan tentera vietnam suatu ketika dahulu. Selepas ke China Town sekali lagi untuk membeli kain. Selepas lunch kami ke Masjid Abdul Rahman dan seterusnya jalan2 dan cuci mata di Ben Than Market.

Ok lah cheq da uploadkan gambar di Cu ci Tunnel ini..keadaan yang panas menyebabkan budak 2 orang dah terasa penat nk melalui setiap check point di pengkalan tentera ini. Banyak demostrasi ditunjukkan kepada para pelancong. Untuk membaca dengan lebih terperinci link ke SINI yea. Cheq da sememangnya malas nak menaip panjang-panjang..kering idea..


Pintu masuk ke bahagian dalam...ramai sungguh pelancong iaitu dari Malaysia...mai kat sini boleh jumpa pulak rakan se universiti..hihihi


Bergambar kenangan dengan group...muka penat sebab pah ni nk pi sambung shopping. Dah cakap siap2 kat Nam tu tak mau lama2 di sini.

Antara jualan yang boleh dibeli di sini tapi Cheq da tak beli pe2 pun..

 Antara askar2 yang membuat pertunjukan untuk setiap bahagian.


Anak2 ummi dah penat dah...kakak la yang paling kuat meragam..adik ok lagi..huhuhu


Bergambar kenangan...


Semua yang dipamer boleh dibeli tau...

 selipar daripada tayar...

khusyuk tul si adik melihat orang buat selipar ni...

Selepas balik dari Cu ci Tunnel, kami singgah plak ke Masjid Abdul Rahman untuk melihat kawasan persekitaran masyarakat Islam di sana. Ternyata tok iman nya ramah orang..bergambar kenangan lagi..
Finish untuk hari ketiga. Selepas Nam bawa ke shooping complex dan makan2..terus balik ke hotel tapi malam tu merayap lagi...

Oklah nanti perkongsian sedikit di hari terakhir di sana.






Khamis, 19 Jun 2014

Order 2014: Tempahan Kelab Nissan Grand Lavina Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampaknya blog ni bersarang2 dah sebab tak dan nk masukkan n3..busy sepanjang minggu. Cerita Vietnam pun belum habis cerita.
Oklah citer pasal kek dulu yg dah ada dlm draf.
Terima tempahan sebelum cuti
2 biji kek dari kelab nissan grand livina dari Kelantan sempena konvoi mereka di CH. Layan jea terima kasih kepada cikgu saipul yg mengorder sebulan awal.








Terima kasih kerana sudi order...

Isnin, 9 Jun 2014

Order 2014: Tempahan Rainbow Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan 2014 lagi dan diterima oleh guru sk brinchang. Tempahan agak last minute jgk..hari Ahad order hari Isnin mau. Nasib baik sempat buat. Mula2 cheq da ingat nk tempah kek yang birthday biasa. Pas tu bila tanya boleh buat rainbow kek tak..cheq da setuju jea. Nasib keknya dapat disiapkan lewat mlm tu jgk sbb keesokannya suami dpt call dari adiknya  yang bapa mentua accident. Blk sekolah terus turun..kebetulan esoknya cuti hari wesak. So ingatkan nama lily 2 nk deco dengan fondant tp xsempat akhirnya guna jea filing.




Harap tuan puas hati dengan kek ini. Terima kasih kerana sudi order.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...