Ahad, 11 November 2012

Sedapnya caramel cheese puding...

  Salam bertemu kembali...apa khabar semua?pi jalan2 mana2 ke @ balik ke kampung halaman?...maklumlah cuti sekolah dah pun bermula...bagi negeri kelantan plak berderat lah cuti sempena dengan keputeraan Sultan kelantan iaitu Sultan Muhammad V...tapi hari ni cheq da bukan nak mengulas panjang pasal cuti ni..cuma nak berkongsi resepi caramel cheese puding yang telah dibuat...nak tahu apa rasanya???rasanya sungguhlah WAALAA...best sangat..ni rasanya boleh gemuk balik kalau tak control makan...puding lagi sedap kalu di makan sejuk2..tp cheq da pantang lagi...makan cam 2 jea la...buat mengisi masa lapang kat rumah ni memandangkan tak de buat apa...tambah2 plak ma dan anak buah nak makan 2 yang buat...resepi p cheq da rasa cheq da dapatkan dari my resepi...tp lupa plak dari siapa cuma sempat ambik resepinya sahaja...k layan...

Caramel cheese pudding
Dari:My resepi
Bahan2 (4 orang)
Caramel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Pudding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara
1. Sediakan caramel: panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam Loyang yang sesuai.
2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati(tak perlu kembang)
3. Panaskan susu sehingga hamper mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi.kacau sebati.
4.Tuangkan adunan pudding ke dalam Loyang yang ada caramel tadi.
5.Alaskan Loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit
6. sejukkan sebelum dihidang.

Sabtu, 3 November 2012

Dekorasi Yang lalu...

 
Alang2 dah mengadap blog ni,elok masukkan n3 yang terlepas pandang kan...he3..anak pun duk tido sambil2 cheq da masukkan prestasi murid dalam SPPBS, elok rasanya cheq da berblog2 kan...kali ni plak cheq da nak masukkan gambar kek yang dah lepas cheq da buat tapi lupa plak nak post kan n3 nya kat cni...bila tgk balik gambar2 lama ada lagi saki baki gambar tersebut...kek ni ditempah oleh kawan2 sedikit masa dahulu sedikit sebanyak meninggalkan kenangan buat cheq da dalam mendecorasi kek walaupun tak cantik cam orang lain...kita belajar dari kesilapan dan perbaiki mana yang ada..InsyaAllah peningkatannya akan menampakkan hasilnya...kt zoom yea...
 

cotton cheesecake order dari k.ha untuk adik lelakinya di kelantan

ni plak strawberi cheesecake


yang ni plak order daripada cikgu amutha sempena birthday suaminya yang ke-39
 
Semuanya menjadi kenangan yang terindah buat cheq da dan minat ni akan diteruskan dengan menambahkan skill dalam membuat pelbagai jenis kek lagi...InsyaAllah...

Jumaat, 2 November 2012

Tahniah Buat Su Yik

 
Bersua kembali kita dalam dunia alam maya ni..hari ni tak ada resepi yang cheq da nak kongsikan cuma cheq da ingin mengucapkan tahniah kepada satu2nya adik lelaki cheq da iaitu Mohd Faridz kerana telah berjaya dalam  Sarjananya setelah 3 tahun duk study2 sampai pening2 kepala...hari konvonya pun telah selamat diterimanya pada 22haribulan oktober yang lalu...namun sedikit kkecewa kerana cheq da satu family tidak dapat bersama-samanya di hari konvo tersebut kerana masalah kesibukkan yang tidak dielakkan..cheq da plak tidak habis pantang lagi iaitu 35 hari semasa tarikh konvonya...walaupun apa pun kami sekeluarga mengucapkan tahniah dan InsyaAllah akan memberikan dorongan dan semangat untuk su yik terus berjaya dalam PHD nya nanti....
semoga su yik berjaya dalam hidupnya ...bahagia di hari konvonya walaupun family tidak dapat menemainya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...