Isnin, 29 September 2014

segmen : saya sayang blog saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Join plak segmen saya sayang blog saya dari Ayuinsyirah..klik jea banner ni utk maklumat lanjut dari Ayu.



Semoga dapat sesuatu daripada Ayu yea..

Jumaat, 26 September 2014

Talapia Berlada..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ikan talapia goreng berlada. Lagi sedap bila ikan yg digoreng dengan sedikit garing..copy paste jea resepinya..



Ikan Tilapia Goreng Belado (berlada)


Oleh:Periuk Tanah

Bahan-bahan:

2 ekor ikan tilapia saiz sederhana (hitam atau merah...dua-dua boleh)- siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
**4 biji cili merah saiz XL
**4 biji cili hijau saiz XL
**3- 5 biji cili padi akar -ikut citarasa pedasnya
Bertnda** biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong

1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
1/2 sudu teh belacan siap dibakar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang
sedikit minyak dan air
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. mati kan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan... sedia
dihidang..

Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nk join plak segmen blogwalking bersama Bazlia Amoza. Untuk join klik banner utk syarat2nya.

                    

Khamis, 25 September 2014

GIVEAWAY FLORAL SKIRT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom beramai2 join giveaway ini...hadiah pun istimewa. Untuk join sila klik banner di bawah dan ikut lah syarat2nya.


                   

                   'SENYUMLAH, HIDUP INI INDAH'

Rabu, 24 September 2014

Sayur Goreng campur

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sayur goreng campak2...menu simple. Kalau tak de sayur tak meriah nk mkn nasi.



Sayur goreng campur
By:cheq da

Bahan
1. Sayur...apa2 pun boleh campur
cheq da guna carrot dan sawi
2. Minyak utk menumis
3. Bawang putih
4. Telur 1 biji
5. Fish ball bergantung nk byk ke sikit
6. Sos tiram
7. Kicap manis
8. Garam dan gula

Cara
1. Tumiskan bawang putih dalam minyak yg sudah dipanaskan
2. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap
3. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan telur..pecahkan dan kacau
5. Masukkan sayur dan goreng sampai masak
6. Boleh lah dihidangkan.

Selasa, 23 September 2014

Adik Haziq 2 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu ni agak memenatkan sebab banyak tugasan di sekolah perlu diberes. Minggu ni juga tempoh nk membina instrumen bagi PT3...semalam balik dari sekolah bergegas plak ke PPD untuk latihan pemasangan item ni...sampai kat rumah dalam pukul 5.30 pm.
Oklah kerja-kerja juga nk buat camana itu adalah pintu rezeki dariNYA. Hari ini nk berkongsi cerita mengenai adik Haziq yg dah pun masuk 2 tahun pada 14hb yang lepas.
Minggu lepas cuti di kampung...cheq da buat mkn2 sikit2 bersama2 dengan ahli keluarga.


Inilah si Haziq yang tak sabar nk potong keknya. Kek ini adalah kek keduanya sebab kek pertama dulu telah cheq da buat dan hantar ke rumah pengasuh. Kek coklat kali ni simple jea sebab kekurangan bahan di kg. Nk pergi membelinya plak malas.



Dgn kakaknya dan sepupu2nya.


Ini lah rupanya kek Haziq. Tampek jea gmbar upin dan ipin yg dh ditempah awal2.


Cheq da juga sediakan mee hun goreng,ayam kfc dan juga kuah tomyam utk simple steamboat atas permintaan cik leen iaitu kakak cheq da yg antara yg seponsor pada mlm tu.


Oklah ini sahaja cerita pada mlm ni. Rasa lega sedikit sebab instrumen utk pemasangan item pt3 td berjalan dengan lancar.



Khamis, 18 September 2014

Gulai Kuning Rebung dan Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu rebung lagi untuk kongsikan bersama. Cheq da ni memang peminat rebung kalau nk tahu. Buat la apa versi pun cheq da mesti mkn. Tp kalau baru bersalin dan anak masih kecik jgn cuba2 makan tau nti angin satu badan. Oklah gulai kuning rebung bersama udang menu resepi raya lepas. Jom kongsikan resepinya.




Gulai kuning rebung dan udang
By: cheq da

Bahan
1. Rebung dihiris nipis
2. Bawang merah 7 ulas
3. Bawang putih 1 ulas
4. Sedikit lengkuas
5. Sedikit kunyit hidup
6. 250ml santan
7. Udang segar mengikut citarasa
8. 1 biji cili api
9. Garam dan gula
10. Sedikit secukup rasa
11. Sedikit cili giling
12. Sedikit air

Cara
1. Rebung direbus sekejap supaya lembut dan toskan
2. Blendkan bahan2 kisar iaitu bawang merah, putih,lengkuas serta cili api dan kunyit dgn sedikit air.
3. Masukkan santan ke dlm periuk dan bahan kisar serta cili giling dan jerang di atas dapur.
4. Masukkan rebung tadi bersama udang. Kacau sehingga menggelegak.
5. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa untuk menyedapkan hidangan ini. Biarkan sehingga masak.
6. Angkat dan boleh lah dihidangkan.

P/s: ramuan ini boleh disesuaikan mengikut jumlah hidangan anda. Selamat mencuba.

Rabu, 17 September 2014

Pizza Kak ina

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni buat pizza dengan resepi kak ina plak. Bkn apa malas nk guna breadmaker...guna tangan lagi mudah. Lagipun tak perlu nk tunggu step demi step. Uli jea..dah bercampur semua dan perap semua beres.




Doh pizza...by zalinzalina blogspot

Tepung Roti / High Protein    500 gram
Garam Halus      1 sudu kecik
Gula pasir    1 sudu kecik
Air suam        300ml
Yis kering       1 peket  (11 gram)

Air suam bancuh dengan gula dulu baru masukkan yis... biarkan sekejap bagi yis aktif....  pastu baru tuangkan ke dalam bekas tepung...

Minyak zaitun        2 sudu besar

* Kalau takde minyak zaitun, nak guna minyak jagung ke minyak masak lain pun boleh aje...

Uli sehingga tidak melekat...5 minit jea kata kak ina..hihihi

Utk topping boleh la letak apa sahaja
Cheq da letak sos speggeti kimball
Taburkan hirisan hotdog dan hirisan cendawan butang
Taburkan mozarella

Kalau nk tgk yang kak ina buat boleh klik di SINI

P/s:memang puas hati kalau buat sendiri..sampai boleh bagi kat jiran la plop...anak2 memang mkn sikit jea..lebihnya umi nya jgk yg kena mkn..terima kasih kepada kak ina yg sudi tunjuk step by step

Isnin, 15 September 2014

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuti-cuti sekolah ni tak menyempat nk kongsi resepi yg canggih manggih...hari ni berkongsi resepi sotong goreng kunyit. Menu makanan lauk ni jarang ada di ais box kat rumah...kalau terasa nk mkn baru la dibeli..tu pun kalau teringin sangat nk mkn dotong celup tepung. Ok layan



Sotong goreng kunyit
By: cheq da
Utk 2-3 orang mkn

Bahan
1. Sotong sederhana besar dlm 6 ekor dihiris
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Sedikit gula
5. Serbuk perasa
6. bawang besar 1 labu
7. 2 biji cili api dihiris
8. Sedikit minyak
9. Dua ulas bawang putih dicincang

Cara:
1. Gaulkan sotong dengan garam,gula dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih setelah minyak dipanaskan
3. Masukkan sotong dan goreng sampai masak dan jgn terlalu lama nti sotong keras dan liat
4. Masukkan bawang dan lada
5. Angkat dan boleh lah dihidangkan

Jumaat, 12 September 2014

Strawberi Milk Shake

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ada lebihan strawberi so buat la strawberi milk shake ni..utk resepinya sila klik DI SINI

Khamis, 11 September 2014

Congo Bars Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam ni jamu mata dengan congo basr yang dah lama dibuat. Pada cheq da congo bars ini sangat sedap,cuma kalu nak buat lepas ni kena kurangkan sedikit gula. Terima kasih kepada kak ina yang sudi kan tunjukkan step by step cara nak membuat congo bars ni.




CONGO BARS SIMPLE DAN SEDAP 

by: Zalinzalina blogspot

BAHAN
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik  Baking Powder
250  Butter    ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram   Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik  Esen Vanilla
 
CARA
 1. Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.
2. Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap 
3. Masukkan Esen Vanilla.
4. Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.
5. Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.
6.  guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.
7.Ratakan kesemua bahagian.
8. Taburkan coklat cip.
9. Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak camni, bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib 
10.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.
11. Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang dan bolehlah dipotong

p/s: kalu nak tgk step by step boleh lah link ke SINI...blog kak ina yang comel ni...
 

Isnin, 8 September 2014

Biskut Cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buat biskut ni hari Sabtu..cuti kan. Suami plak satu hari cibukkk pasal kejohanan basikal Cameron Highlands 2014. Ramai juga pesertanya dlm 2000 orang. Saya plak duk mengemas rumah dan layan anak2...kemas pun kemas dekat satu hari jgk.

Member plak datang ke cni sebab sekolahnya mengadakan ladap di sini. Teringat katanya nk mkn kek yg cheq da buat. Nk buat yg bakar ni malas la plak. Akhirnya teringat la biskut creaker yg cheq da beli berbulan2 yg lepas dan sememang terniat nk buat kek ni. Bahan semua dah ada cuma perlu godek resepi jea...akhirnya tertgk di blog Cik Apple...dah kaji maka prosesnya pun berlangsung la...memang cepat dan mudah jea.


Bahannya adalah 250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
Susu segar utk celupkan biskut
1 bungkus biskut deluxe crackers
Sedikit nestum

Caranya putar creamcheese hingga lembut dan campurkan susu pekat. Putar sampai semuanya sebati.


Biskut yg tadi direndam sekejap dalam susu


susu mcm kat gambar kat atas ni..


Sapukan creamcheese dan ratakan dan susun sehingga hbs.


Taburkan nestum...kalu suka byk letak byk2.


Ni lah rupanya. Simpan di dlm peti ais


Ni plak rupa kek yg dipotong dan sedap di mkn di waktu sejuk..

Jumaat, 5 September 2014

Popia Vietnam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah tak kekawang mkn popia vietnam ni...cara membuatnya sangat la mudah..cuma yang kita perlukan adalah kulit popia vietnam yg dibuat daripada beras. Sewaktu melancong ke Vietnam lepas..Cheq da melihat sendiri proses pembuatannya. Tepung beras yg dibancuh dikukus dan dikeringkan.


Nilah rupanya kulit popia vietnam. Boleh dapat di mana2 pasar raya.
Cara nk guna ialah rendamkan dalam air dan guna seperti biasa.


Ini plak inti popia yg biasa cheq da buat campuran taugeh,tauhu goreng,sengkuang,carrot dan juga sedikit hirisan lada.



Ini yg dah dibalut..cara nk balutnya cam kita balut popia biasa. Cuma letakkan daun salad dan letakkan inti dan balut cam biasa.


Inilah hasilnya...popia vietnam..



Friday Photo...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Photo di hari Jumaat...just kongsi masakan lama2..layan jea yea..buat just untuk makan2 sahaja. Bila dah tetiba rajin..


Pulut mangga


Keretuk ayam kampung


Almond crispy


Roti gebu manis



Homemade pizza..buat semasa di kampung


Apam nasi..takut mambazir

Khamis, 4 September 2014

Maggi Ketam dan udang menyengat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah agak lama nk makan maggi ketam. Kalau di Besut di sebuah kedai yang cukup popular dengan maggi ini harganya cukup lumayan. Kalau nk makan seorg atau berdua..masih ok tapi kalau nk makan berfamily mau beratus2 reganya. Semangguk maggi dengan seekor ketam mencecah rm20 ke atas bergantung kepada saiz ketam.

Balik ke kampung minggu lepas...kakak yang turut sama mengidam nk makan maggi ketam ni telah membeli ketam nipah. Kebetulan minggu sebelumnya telah dengan membuat lawatan ke pulau so harganya boleh tahan la. Sekilo ketam mencecah rm50 dengan bilangan ketamnya hanyalah 5 ekor. Manakala untuk harga udang plak dalam 13 ekor harganya rm40. Tu nasib tauke bagi diskaun.


Oleh kerana nk jimat kami belah la ketam ni..supaya dapat banyak cikit..hihihi



Maggi ketam dan udang
By: cheq da

Bahan untuk 7-8 orang
1. 4 bungkus maggi perisa kari
2. 5 biji telur
3. 5 ekor ketam nipah
4. 13 ekor udang galah saiz besar
5. Bawang putih dan sedikit halia ditumbuk
6. Air mengikut sukatan yg dikehendaki
7. Minyak utk menumis
8. Sedikit sos cili,sos tomato dan kicap
9. Garam..gula secukup rasa
10. Sawi dan lobak merah dipotong

Cara
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang putih dan halia tumis sehingga wangi
3. Masukkan air dan perencah maggi biarkan menggeleggak
4. Masukkan ketam dan udang dan biarkan seketika
5. Angkat ketam dan udang dan asingkan
6. Pecahkan telur sebiji2 ke dlm periuk tadi dan biarkan.
7. Masukkan sawi dan lobak merah
8. Masukkan mee maggi dan biarkan seketika
9. Masukkan udang dan ketam tadi.
10. Angkat dan boleh la dihidangkan

P/s:jgn masak mee terlalu lama dan bila dah kembang jd tidak sedap. Seelokknya dimkn terus.


Selasa, 2 September 2014

Shopping...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
N3 di malam hari sebelum masuk tidur. Tak ada apa yang nk dikongsikan. Cuma nk tunjuk sikit shawl yg dibeli minggu lepas dari Zawara.com. Bila tgk terus berkenan. Rembat plak colour ungu. Walaupun dah ada byk colour tp berbeza2 ikut ton. Bila sampai agak besar shawl dan sesuai plak dengan toturial yg dibuat oleh adik ipar tentang pemakaian tudung. Namun belum dirasmikan lagi. Kena bangun awal cikit kalau nk belit2 tudung ni..hihihi..k layan..


P/s: sekarang ni semuanya mudah..online jea nk beli apa...hihihi
Sampai cik hubby risau dengan maybank 2u nya dirembat oleh isteri..hihihi
K god nite

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...