Khamis, 13 November 2014

Kerabu Maggi Siam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam Cheq Da dan hari ni plak anak plak yang tak sihat. Dua hari berturut2 pi klinik wong di Ch ni. Sekarang ni cuaca di CH ni tak menentu so bdk2 dan juga orang tua pun boleh kena deman. Kalau kita orang tua boleh lagi tapi kalau budak2 ni susah hati la sikit. Harap si Haziq dapat la sihat dlm sehari dua ni.
Oklah ngomol2 pasal2 anak2 ni...sebenarnya n3 mlm ni nk tunjuk kerabu maggi siam.


Kalau kome2 semua pernah pi Kelantan iaitu di RTC Tunjung...ada satu gerai jual maggi ni. Sebelum  harganya rm rm2.00 utk satu bekas polestrin yang kecik tu. Isinya tak de lah byk mana pun. Last Cheq Da masih selepas raya puasa hari tu disebabkan ramai tul manusia yg mengunjungi pasar Teman tu..terus barang yg dijual di situ naik harga. Manggi ni pulak jadi rm2.50...byk tul untung tp  orang tetap beli jugak sebab tak tau nk buat.


Kebetulan adik cheq da beli maggi siam perisa tom yam ni satu kotak maka Cheq da pun saja2 try buat..resepi ni sebenarnya diberi oleh isteri orang yang baiki rumah ibu Cheq Da. Dia ni orang sebelah sana lah..masa belum glamour dulu..maggi ni hanya boleh didapati dari sana dan dia siap beli untuk ibu Cheq da tp tak terbuat2 sampai expired.



Ini lah rupanya maggi siam utk buat kerabu maggi ni.
Yang paling sedap meenya kenyal dan xlembik. Masa adik beli di Rantau Panjang harga rm30 untuk 36 bungkus tp bila beli di pasar RTC di Tunjung dapat Rm28. Maka dibeli sampai 2 kotak. Satu kotak ditinggalkan di kampung.


Apa lagi..jom kita tgk resepinya.

KERABU MAGGI SIAM by Cheq da
utk mkn 5-6 orang

BAHAN
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5.1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm  bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Siap utk dihidangkan.

Selamat mencuba.


31 ulasan:

  1. Alamak cheq da..terliur la..nak juga..dah ambik resepi tp x buat lg..kalau guna Maggi tom yam biasa tu ok tak?phm2 la sni mna dpt Maggi siam..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau maggi biasa maggi tu cepat lembik dan tak kenyal..tp cuba bb try yg ruski perisa tom yam mgkn jd kot

      Padam
    2. Assalamualaikum, saya menjual maggi thai tomyam
      serda ! Jika berminat sila pm 01129312581

      Padam
    3. area mana jual?

      Padam
  2. klu kt jb x pernh nmpk plak mggi ni..tp kt tmpt akk ramai org siam bukk warung ..x perasan plk menu ne ada x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kt klate glamour mee siam ni kak

      Padam
    2. Asal sya beli maggie ni semua tarikh luput.. X pernah lagi beli yg belum tarikh luput

      Padam
  3. dh lama xmkn kerabu megi..dulu yana slalu beli kat rntau panjang..meme sedapp org siam yg bt..yana suka jgk megi tomyam siam nii..meme beli 1 kotak jgk..sedap sbb pedassss..kita suke ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee dia tu yg kenyal dan xlembik...tu sedap tu

      Padam
  4. lahai sedapnyer.... ooooo dia kene pakai megi siam tu ek, kalu megi biasa tak jd kerabu lah kot...

    BalasPadam
  5. wah!!!

    first time is dengaq n tengok...

    wah..... terkedu

    sedapppppnya tengok... alahai

    is folo truih kat sini di no.96 na (^____^)

    jemput singgah kat teratak is jugak (^___^)

    BalasPadam
  6. Tunjung tu dah dekat sgt dengan rumah sy... Huwaa, makin tak sabar nok kelik kelate... Buat masa ni letak kat wishing list dulu kerabu megi ni...

    BalasPadam
  7. salam cheq da..

    wana dah buat kerabu maggi..jemput baca ya:http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/kerabu-maggi-tomyam.html

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum cheq da . Boleh saya minta tolong untuk belikan maggi siam tu ? Dah lama teringin . Huhu . Maaf menyusahkan . Harap dapat membantu . Nice sharing cheq da 👍😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Maggi siam ni ada dijual kt kedai saya.

      Padam
    2. Mcm mn nk kontek cik...nak beli byk ni..hehehe

      Padam
  9. Dlusuka mkn kerabu maggi selalu beli skrg dh bleh buat sendri kat umh..
    Sedap canggini����

    BalasPadam
  10. akak. tarikh dekat maggie siam tu tarikh luput ke tarikh dibuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dik..dh luput la kot..n3 ni tahun 2014 lg

      Padam
    2. Dah lama buat baru post n3

      Padam
    3. Tarikh kat maggi siam tu tarikh dibuat maggi tersebut.

      Padam
  11. Tq cheq da atas perkonsian resipi ni...sy dh try n dh upgrade cikit tambah sotong,udang,hirisan halus daun limau..mmg terangkat kick dia...siap buat untuk juadah berbuka puasa...ni tngal 3 pek jew lg dlm kotak tu...

    BalasPadam
  12. Ramai plak yg pertikaikan tarikh pd maggi ni..untuk pengetahuan semua..cheq da bikin maggi ni sebelum tarikh luput lg..pah tu snap lamo2 dgn dslr..dah penuh baru tranfer ke laptop...
    Kalau rasa2 nk buat beli jea maggi yg tarikh luput lambat lg..pasti dpt buat kerabu maggi yg sedap..

    BalasPadam
  13. Kalau disnap gmbar magginya baru lah adik akak dpt tgk rupa magginya..

    BalasPadam
  14. Best maggi ni.........buat kerabu paling best...kalau masak biasa...best letak daging.....kalau sapa berminat dan duduk area bangi, serdang dan putrajaya boleh la COD

    BalasPadam
  15. Sedap mi megi siam ni. Kalo ke KL singgah kat restoran Suraya kat Kg Baru. Kerabu megi siamnya ....fuhhhh! Mcm rasa kat siam juga.

    BalasPadam
  16. Izin screen shot cheq da, terima kasih😍😋😋

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...