Sabtu, 19 Januari 2013

Apa dah jadi?????

Assalamualaikum dan selamat pg untuk semua...sihat hari ni???Kalau hari minggu,rutin harian, cheq da mcm biasa la kemas rumah,basuh baju,lipat baju dan memasak. Namun hari ni aktiviti memasak hanya la untuk waktu pagi sahaja kerana rakan sekolah menjemput ke rumahnya untuk jamuan aqiqah 2 orang anaknya...pas 2 plak terus balik ke kampung sekejap sebelum naik kembali ke ch esoknya.

Untuk menu pagi ni,cheq da teringat la nk buat pancake coz bila tgk di blog cheq sue(cerita tentang segalanya) nmpk sedap jea pancakenya...tambahan pula cheq sue cakap resepi ni sangat sedap. Ambik resepi pun dari tel nyo sahaja..pg ni bangun awal dan mula la membancuh resepi yg diberi oleh cheq sue...bila dah mula memge"pan" 2 terus diri tertanya2 kenapa pancake sy mcm lempeng biasa,colour pun tak cantik cam dia buat,,last2 bila dh masak, baru teringat cheq sue kata kena letak baking powder... hai camana boleh lupa ni???.Tak pe la,lain boleh buat lagi,guna resepi yang asal dan tambah BP jea...hukhuk...

2kar nama jd lempeng...hehe..nk kasi nama lain x jadi...sedap resepinya..



OLD FASHION PANCAKE
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)memang lupa nk letak
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar 
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup


Yang kat bawah ni plak,kek karemel..semua orang dah tahu kan. Kek ni akan cheq da bawa ke tempat aqiqah nanti untuk di berikan kepada Puan Hasnah dan En. Amar...sbb cheq da tak tahu bawa nk apa ke sana. Jadi kek ni cheq da buat semlm dan simpan dalam ais box untuk sedapkan lg kek ni. Resepi masih yang sama,gunakan resepi kak ita masam manis yang semakin popular sekrg ni...tahniah dari cheq da...




Selasa, 15 Januari 2013

Hokaido cupcakes versi II

 Salam dan selamat petang menuju ke selamat malam...apa khabar???Hari ini cheq da nak tayang hokaido cupcakes yang cheq da buat untuk makan2 rakan di sekolah...kira jamuan la yea. Dulu pernah dah cheq da buat kek ni tapi resepi lain. Untuk kali ni cheq da gunakan resepi dari blog rahel coz nampak kek sangat sedap dan gebu walaupun dalam gambar di blognya. Tetapi ternyata keknya memang sedap dan sedap...kawan2 pun puji kata sedap tambah masih sejuk ketika menikmatinya


Untuk memastikan semua guru dapat bahagian masing2,cheq da buat dalam 3 adunan. Maka untuk cup yang sederhana cheq da dapat dkt2 100 biji. 50 biji cheq da angkut ke sekolah, 30 biji ke sekolah suami dan selebihnya kami makan di rumah,,nyaman sangat rasanya..


Selepas siap untukkek 2,petang baru cheq da siapkan  custardnya...percayalah memang sedap custard ni..rasa lemak manis dan lain,sama plak kek yang cheq da beli di sebuah kedai kek yang popular di Kelantan coz kalau kat kg ni,kek ni sangat popular...pas 2 letak plak buah peach dan strawberi kerana lebihan stok ada..dan strawberi ni plak beli untuk makan2...kek ni plak nampak basah2 coz hampir seharian cheq da simpan dalam ais box...pe2 tq kongsi resepi yang sedap ni..


Hokkaido Chiffon Cake
Sumber:Rahel

Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
100g gula kastor

Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila

Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi
   sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).
4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.
   Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati
   dengan perlahan.
5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg
   adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).
6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit. 
   (tergantung kepanasan oven masing-masing)
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
   dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''

Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu

Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
   bentuk star.

Ahad, 13 Januari 2013

SG. MANIK MTB Funride 2013

Salam berbahagia di hari Ahad ini...hari yang cuti yang mana jadual utk persiapan rumah berderet2 menunggu2. Namun hari  ini cheq da tak de bz sangat coz separuh kerja telah diselesaikan semalam..Kalu tak balik ke kampung memang sempat rasanya nak menyiapkan rumah dan menggosok baju untuk stok seminggu bekerja...bukan baju cheq da jea malah baju suami dan anak buah cheq da si Afik..

Ok lah berbalik kita pada n3 hari ni, cheq da nak memuatkan cerita mengenai suami yang menyertai Sg. Manik MTB funride 2013 di langkap,Perak minggu lepas. Ini adalah merupakan penyertaan suami cheq da yang pertama pada tahun ini dan merupakan penyertaan yang kedua sepanjang penglibatannya dalam berbasikal. Suami cheq da memang seorang yang amat gemarkan aktiviti lasak dan gemar juga berkawan2 dengan semua masyarakat...kalu orang tak cari,dia yang pi cari so kalu ke mana2 2 ada juga kawan2nya..

Berbalik kepada kejohanan ni,menurut suami kayuhan basikal yang sejauh 45 kilometer ni tak de sepenat mengayuh di Cameron coz jalan di bawah lurus dan tidak berbukit. Cuma masuk jalan felda jea katanya,,,kebun kelapa sawit...

Apa yang menggembira cheq da yang ingin cheq da kongsikan ialah suami telah mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan ni daripada 851 orang yang bertanding. Seronok suami tak terkira sehinggakan dia kata semasa namanya diumumkan dia rasa nak melompat gembira...hahaha...Hadiahnya adalah sebuah basikal jugak..yeala basikal ni kalau nak beli biasa kena kumpul duit dulu kan sebab harganya pun mencecah ribuan ringggit...walauapapun tahniah buat suami dan katanya nanti cheq da la plak kena kayuh basikal 2 nanti...hehe,boleh jgk kuruskan badan...gambar2 yang diambil tak la banyak tapi adalah sekeping 2 untukdikongsikan dalam blog ini....layaaaaaaaaaaannnnnn...


Aksi sebelum perlumbaan yang gelap sikit 2 suami cheq da...0588 angka yang bertuah

Selepas kayuhan..masng2 kepenatan...bersama2 dengan Cameron riders yang seramai 30 orang menyertainya


Gambar ni bila dah menang la 2 dengan rakan yang turut sama memangi tempat ke5...6 pemenang petama telah memenangi basikal...ni nak tayang basikal baru la yea...

Sabtu, 12 Januari 2013

Rezeki tempahan...Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam berbahagia kepada semua...Apa khabar?. Hujung minggu di sini hari ini berjalan seperti biasa...tugas2 yang biasa dilaksanakan untuk hujung minggu berjalan dengan lancar...baju yang sudah dibasuh,rumah yang sudah dikemas dan memasak makan pagi pun sudah...so lepas ni perlu plak ke dapur untuk masak makan tengah hari dan menggosok baju untuk stok seminggu bekerja...


Hari ni sebenarnya cheq da hanya nak berkongsi tempahan kek yang cheq da terima daripada Puan Noli,pengusaha kantin sekolah...dia ni memang customer tetap la kiranya...kali ni katanya nak minta cheq da buatkan doll cake yang ada 2 princess ala g2 la. Ni kerana cheq da pun hanya ada stok anak patung yang kecik jea,jd mudah la untuk merealisasikan impiannya.



Rupa2nya dalam mendeco ni kena byk sabar..tambah2 kalu buat kek cam ni....tp memandangkan benda ni cheq da minat,maka cheq da teruskannya sehingga terhasil la kek ini. Rasa gembira pun ada kerana cheq da rasa molek la jgk di mata cheq da...k la kita layan yea...harap kak noli puas hati la yea..



batrisyia pun tidak ketinggalan mahu ambik gambar...




Jumaat, 11 Januari 2013

Cheesecake ....tempahan again

Assalamualaikum dan salam berbahagia di hari Jumaat ni.Hari ni rasanya dapat berehat panjang sedikit selepas balik dari sekolah tengah hari tadi...paling puas hati jika dapat pun melenakan bersama2 dengan si manja cheq da,jadi makin lama la membuta di petang hari...Bangun2 jea terkejut sakan sebab dah melewati waktu asar...nasib baik tak terlepas waktu...he3, jadi malam ni rasanya adalah cam tidue lambat...Oklah hari ni cheq da nak masukkan n3 kek yang telah ditempah oleh cikgu prasekolah untuk makan2 katanya..



cotton cheesecake + manggo filling + fresh cream

Rabu, 9 Januari 2013

Durian crepe yang menggoda jiwa...

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua...malam ni cheq da nak postkan n3 durian crepe...sebenarnya sejak duk dalam pantang lagi cheq da duk mengintai rakan2 blogger duk menayang durian crepe ni...tapi niat di hati tak dok la teringin nak membuatnya....minggu lepas,rakan cheq da,,cheq sue  buat durian crepe dan dia berikan plak kepada cheq da...bila makan 2...wow rasanya memang sedap dan sedap..mcm aiskrim...lalu cheq da singgah plak di  blog zila 4ever dan copylah resepinya coz yang dia buat menggunakan 5 jenis tepung manakala yang cheq sue buat plak hanya menggunakan 1 jenis sahaja...walauapapun rasanya memang sedap dan memang patut la sekarang fenomena durian crepe melanda masyarakat yang gemarkan durian terutamanya...kla yang cheq da buat tak jadi cantik lepas diletakkan dalam peti sejuk n dikeluarkan baru ambik gambarnya...apa2 pun sangat seronok membuatnya...



RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian
-cheq da tak letak pun coz tak de

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat  tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa  mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental

(boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian)
-isi durian

-letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


Selasa, 8 Januari 2013

Tempahan Kek di tahun baru...

Salam semua dan selamat malam...ingat di hati malas rasa nak online tetepi memandangkan laptop on malam ni untuk siapkam RPT,jadi teringat la plak nak update n3 yang dah lama tak update...samping 2 jugak boleh jgk jenguk blog kekawang yang semakin meriah dengan agenda masing2...malam ni tak de apa just cheq da nak kongsikan tempahan cheesecake yang cheq da terima hari isnin yang lalu..tuannya minta 2 biji kek ni sempena dengan hari lahir anaknya yang ke4...deco biasa2 jea keran mood tahun baru katakan...tambah2 semua nak kena buat cepat takut baby nangis tapi alhamdulillah sepanjang membaking dan mendeco dia baik jea...tidur memanjang...k la kt kongsi bersama2 yea. kek di tahun 2013...semoga rezeki cheq da tahun ni lebih murah seperti tahun2 lepas...




Diharapkan tuan order puas hati dan order lagi...he3...

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum...kepada semua rakan2 blogger...selamat menyambut 2013...semoga tahun ni diberikan banyak rezeki oleh Allah yang Maha Esa dan semoga kita juga tidak lalai dalam mengingatinya....HAPPY NEW YEAR...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...