Selasa, 30 April 2013

Tempahan yang lalu...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Apa khabar? Untuk hari ni sekadar berkongsi tempahan yang ditempah oleh kawan-kawan. Yang dah berbulan pun  dah ada. Kek ni adalah 3 kek yang berbeza. yang di atas ni adalah kek blueberry yang ditempah oleh cikgu Ringlet.



 Kek yang ke2 pula adalah kek coklat moist yang ditempah oleh puan normalini untuk hari jadi anaknya yang ke2.


Isnin, 29 April 2013

Kek kahwin 3 tingkat

Assalamualiakum dan salam sejahtera kepada warga Malaysia. Sihat tak? ataupun ada yang demam nak pilihan raya pada 5 hb nanti. Apa apa pun cheq da mengharapkan agar semua rakyat membuat pilihan yang terbaik untuk negara kita.
Berbalik kepada n3 pada hari ni adalah sesi menayangkan kek yang ditempah oleh pekerja di sekolah suami untuk perkahwinan anaknya pada 20hb yang lepas. Apa yang special cheq da menerima tempahan ni daripada masyarakat asli...ha camana orang asli kahwin pun boleh tempah kek sampai 3 tingkat bersama2 dengan cupcakes lagi...boleh tahan juga masyarakat diorang ni yea.



 Pada mulanya, suami tanya cheq da kata boleh tak buatkan kek kahwin 3 tingkat??Cheq da kata boleh jea kalau cukup tiangnya. Yang tiangnya plak memang cheq da selalu simpan untuk stok,mana la tau kan takut ada yang nak menempah. Nak cari kat ch ni memang tak dapat lah jawabnya. dalam pada itu juga,masyarakat asli ni biar betul nak tempah sampai cam 2. Tapi bila cheq da tgk kad yang diberikan itu,anak nya kahwin dengan orang ipoh tapi tak tahu la asli ke tak???. Maereka ni boleh dikatakan sudah moden la yea.

yang kat atas ni adalah kek yang lapisan yang paling atas,kek span coklat
kek yang ni plak lapisan yang kedua ialah cheesecake dengan blueberry filling

Yang ni plak lapisan yang paling bawah iaitu kek blueberry
Pemandangan dari atas ketiga2 kek


Tema untuk kek yang diorder adalah pink-ungu,jadi cheq da banyak kali jugak google untuk dapatkan idea untuk kek kahwin cam ni. maklumlah first time buat kek cam ni,harap tuannya suka la yea. Cuma cheq da tak dapat nak kongsikan yang tingkatnya coz cheq da minta dia pasangkan sendiri tiangnya. Cara untuk memasangnya plak cheq da siap tulis cara dan langkah untuk memasangnya satu persatu. Ini untuk pastikan agar dia boleh  mengikuti langkah tersebut dengan baik. maklumlah dah bayar biarlah boleh kelihatan cantik.

Dalam pada itu juga, dia juga turut menenmpah cupcakes,jadi cheq da buatkan kek coklat dan toppingkan dengan fresh cream tema yang sama. Dia minta buatkan 20 sahaja tapi cheq da cukupkan jadi 25 untuk bagi kat dia sebagai sagu hati kerana menempah dengan cheq da. pe2 pun terima kasih cheq da ucapkan kepada yang menempah dan juga kepada suami kerana banyak menolong untuk menyiapkan kek ni.


Sabtu, 27 April 2013

Selamat Hari Lahir Nurin dan Hazim

Bertemu kembali dalam n3 hari ni. Hari ni ngomol plak mengenai sambutan hari lahir anak buah cheq da yang diadakan pada cuti semester pertama hari 2. Agaknya sudah lama cuma belum bersempatan nak uploadnya. Jamuan makan2 ni dibuat kerana kebanyakan semua adik beradik cheq da pulang ke kampung pada cuti ni. Jadi kakak yang ke6 iaitu ibu kepada 2 orang kanak2 ni merancang lah nk buat makan2 sempena birthday kedua2 anaknya serentak. Tugas cheq da cam biasa buat kek la. kali cheq da buatkan kek coklat moist kerana budak2 ni suka makan kek coklat.Selain untuk kuah yong tau fu plak cheq da sediakan jugak. Yang mi hun plak kerah tenaga kakak yang ketiga,manakala ayam plak diperap dan digoreng oleh kakak yang ke6. 




Memang la seronok sekali sekala duk makan cam ni kan. Selalunya family cheq da cam ni la kalu semua balik pasti ada apa saja yang kami rancangkan. Maklumlah masing2 duk jauh dan kalu masa raya pasti ada jea family yang tak cukup balik kg. Yang seronok bila anak2 buah ni sibuk nak makan2 sampai berebut2,padahal yang ada banyak sampai tak habis dimakan.


 kla 2 jea perkongsian untuk hari ni...

Khamis, 25 April 2013

Ayam sumbat bonda...

Assalamualaikum dan selamat tengah hari...
tak ada masa nak ngomol panjang2 coz sekarang adalah waktu rehat cheq da kerana tak ada kelas.
Jadi n3 hari ni adalah menayangkan resepi bonda tercinta iaitu ayam sumbat bonda. ayam ni sangat famous dalam family cheq da...tanya jea mak saudara,anak saudara,sepupu sepapat semuanya tahu.
Sebenarnya resepi ni pernah cheq da kongsikan dalam my resepi,jadi cheq da copy kambali dalam blog ni sebab buat ayam untuk makan tengah hari 2 minggu lepas...dah lama sebenarnya..k layan yea



bahagian dalam ayam


Ayam sumbat Bonda
Menu asal: My Bonda-puan jasmah omar

Bahan-bahan ( satu keluarga-bergantung saiz ayam )

  • satu ekor ayam-tak perlu potong
  • bahan tumis..
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • rempah kurma-secukup rasa untuk bahan tumisan ini
  • 3 biji telur-direbus dahulu dan dibuang kulitnya
  • 1/2 hati dan pedal ayam-dipotong kecil
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit minyak untuk menumis dan 1 kilo minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. ayam dibersihkan tanpa dibuang bahagian kulit dekat leher dan bawah ayam...biarkan seekor macam cara nak buat ayam golek dan toskan
  2. masakan kurma pedal dan hati ayam
  3. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang dan halia yang dihiris sampai naik bau
  4. dah agak2 garing,masukkan serbuk kurma dan kacau sampai masak...campurkan serbuk kurma dengan sedikit air terlebih dahulu
  5. masukkan santan dan pedal serta hati ayam..gula dan garam secukup rasa dan masak sampai agak2 kering seperti masak rendang
  6. masukkan telur dan kacau rata..biarkan sejuk seketika
  7. ambil ayam dan sumbatkan bahan2 tadi ke dalam ayam
  8. jahit bahagian leher dan bawah ayam 2 dengan kuat..kalu boleh jangan bagi isi yang disumbat tadi terkeluar semasa menggoreng...guna benang warna yang terang
  9. goreng dalam minyak yang dipanaskan dan pastikan api slow untuk memastikan ayam td masak sepenuh
  10. dah masak bolah dibuka kembali benang tersebut dan haruslah dipotong..
  11. sedia untuk dihidangkan..ni gambar yang sudah dipotong-potong dan sedap dinikmati bersama dengan sos


terima kasih dan selamat mencuba

Rabu, 24 April 2013

Kek Birthday Hadirah...

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali..Nampaknya memang dah lama sesangat cheq da tak update kanm blog ni. Almaklumlah kerja banyak. Tambahan pula cuti minggu lepas plak,cheq da sekeluarga plak pergi makan angin ke kuala Lumpur dan ke Nilai 3 untuk mencari barang2 perkahwinan adik Cheq da yang bakal diadakan selepas raya nanti. Sebenarnya memang lama lagi tapi masa tak de kerja ni boleh la ke sana dulu kan tgk2 apa yang perlu dibuat dan dibeli.


Sebenarnya n3 untuk malam ni adalah berkaitan dengan kek birthday yang diorder oleh kak noli sempena dengan hari lahir anak perempuan bongsunya iaitu Hadirah 4 tahun. Sambutan yang dibuat adalah agak besar-besar jugak la juga coz kak noli menempah 4 biji kek yang mana setiap satunya seberat hampir 3 kg.


Untuk keempat-empat biji kek ni,request juga dari kak noli supaya cheq da buatkan design yang sama dan kek plak dalam 4 perisa yang berbeza2. Kek yang dibuat adalah kek span strawberi dengan filling strawberi,kek span oren dengan filling oren,kek span coklat dengan filling blueberry dan kek span pandan dengan filling buah peach. Design plak katanya nak yang kartun2 coz kek pun untuk kanak-kanak. Idea kek ni pun banyak kali cheq da google dalam blog kekawang untuk dapatkan idea. Akhirnya ni jea yang mampu dihasilkan.

Masa nak delivery kek ni ke kak noli,cheq da kebetulan nak balik ke kampung,dia plak jamuan kat kantin sekolah,jadi senang la sehala sahaja. Harap dia gembira la yea dan terima kasih kerana masih lagi sudi dan tak jemu2 menempah dengan cheq da...tq

Khamis, 18 April 2013

Kek lapis Asam manis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Masih lagi berada di sekolah kerana ada aktiviti sukan dan permainan pada hari ni. hari ni plak turn cheq da datang untuk perjumpaan bola jaring. Jadi sementara masih ada masa,cheq da upload kan gambar kek lapis masam manis yang dah lama cheq da buat untuk makan2 dan menerima tempahan daripada kak noli. 




Rasa kek ni memang sedap dan banyak kali cheq da buat. Menerima tempahan pun cheq da gunakan resepi ni. Mintak halal yea kak fida.

  ♥Kek Kukus Velvet Hawflakes

oleh: Kak fida(my resepi)

 Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
  7. Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
  8. Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
  9. kek lapis choc kukus...

Isnin, 15 April 2013

Haziq after 7 month...

N3 kedua malam ni plak,saja jea nk tayang anak cheq da yg ke2 ni,haziq...dah 7 bulan dah semalam...montel dan sungguh montel sampai dah rasa tak larat nak dukung...




si Haziq  menyusu badan jea,kalu susu botol 2 macam kena paksa sikit..cian jgk kt pengasuhnya kalu cheq da terpaksa balik lambat dari sekolah. Sekarang ni plak pantang lihat cheq da,pasti menjerit nk mengikut,agak2 dah kenal kot rupa umi dier ni yea...pe2 moga cepat besar dengan sihat dan selamat segala2nya...

Order order...

Assalamualaikum dan selamat malam. 
N3 pertama malam ni adalah mengenai order daripada pelanggan juga pada minggu lepas. 
Kira minggu lepas order penuh la yea. Cuma minggu cheq da just terima order kek kawin jea,yang lain plak rasa macam tak sempat untuk menerimanya. Jadi untuk malam ni kita layan yea gambar2 kek cheq da yang diambil dengan kamera cap ayam milik suami tercinta...



                                          Tempahan mini cupcakes hokaido----50 biji semua


 yang ni plak bukan ditempah tapi baki yang lebih 2 cheq da buat dalam cup besar2 untuk makan makan     family





 
2 biji kek ni plak adalah kek coklat moist yang ditempah untuk birthday anak dan juga untuk ucapan terima kasih. Satu kek request nak ada kartun2 dan satu lagi Cheq da berani kan diri untuk buat ros dari ganache. Sebenarnya dah lam duk mengidam nak buat benda alah ni tapi asyik tak menjadi. Malam 2 tiba2 terlintas nak buat saja2 jea tiba2 plak menjadi. Alhamdullillah, ok la percubaan pertama..he3
Pe2 tq kepada yang menempah...

Sabtu, 13 April 2013

Variasi tempahan kek span...

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Hai nampaknya,pepagi benar cheq da postkan n3 hari ni. Bukan apa sejak 2 tiga hari ni tak menyempat-nyempat nak masukkan n3 yang baru.Order plak setiap minggu ada saja yang menempah. Kadang kala terpaksa menolak kerana kelewatan memberitahu,maklumlah cheq da bukannya buat bisnes 100%,ada juga tuntutan kerja yang mesti didahulukan.

Oklah n3 hari ni pasal order lagi la yea..banyak sangat gambar yang belum dipostkan,bila dah habis bolehlah masukkan n3 masakan plak...Kita pilih yang mana patut dulu la kan. Untuk kali ni cheq da postkan dulu kek-kek span yang telah diminta oleh customer. Adalah 2,3 yang mereka nak dan ada yang call last minute pun ada tapi kalu free boleh la dibuatnya.




 Ok yea untuk dua kek yang di atas ni diorder oleh cikgu sk menson dan juga cikgu anuar dari sekolah cheq da. 2 pun cheq da terima order tiba2 dari cikgu isteri anuar yang mahukan cheq da buatkan 1 kek birthday untuk anakanya yang kebetulan anaknya ni sama 1 tempat pengasuh dengan anak cheq da. jadi kek ni untuk dibawa ke tempat pengasuh la untuk di makan-makan.

Kek dengan ros tanpa tulisan ni plak diorder oleh cikgu nora dari sk menson. Dia minta buatkan kek untuk makan2 jea katanya,tak payah tulis apa2 tapi tengok kek ni macam janggal jea tak dok tulisan kan.

Kedua2 kek ni adalah kek span coklat dengan filling blueberry dan fresh cream.



Seterusnya kek yang ni plak adalah kek pak we dan mak we. Pak wenya plak abang kepada student cheq da yang tiba2 datang katanya boleh tak nak order kek cikgu?. Abang saya nak tempah dan terus jea nak bagi duit. Cheq da plak tak akan terima bayaran kalu kek belum dihantar. Untuk kek ni dia minta buatkan kek span pandan dan cheq da layerkan dengan peach filling dan toppingkan dengan rasa2 manggo filling. Mungkin dah lahir bulan April,nama pun ada April. Apa pun terima kasih kerana order.


 
Untuk kek ni juga agak tiba2 juga bagi cheq da kerana tiba2 GPK koko sekolah mengordernya masa cheq da tengah makan kat kantin. Mulanya datang nak tanya,ingatkan nak tanya apa,rupa-rupanya nak order kek untuk birthday anaknya keesokkanya. Katanya tak nak besar2,nak 3/4 kilo jea katanya. Jadi sedang elok la kerana kek ni +- ngam2 700 gm. kek span coklat ni plak sama menggunakkan filling blueberry . Delivery pun dekat dengan rumah jea,maklumlah kami tinggal berjiran. Dia sendiri yang pick up dari rumah cheq da sebab nak buat surprise untuk anaknya, yang pagi2 katanya dah berlinang air mata katanya hari ni hari jadinya. Harap leen ni seronok la yea.

Oklah 2 saja madah untuk kali ni. Order ni diterima sepanjang minggu lepas. Terima kasih kepada semua yang order dan jangan segan silu order lagi.

Rabu, 10 April 2013

Coklat Indulgence versi baru...




kali ni plak menerima tempahan daripada daripada kak tina yang nakkan kek indulgence versi bear. cheq da plak main sanggup jea...tgk la keknya comot jea..tambah2 kek ni plak mesti dipotong 4. Nasib la suami banyak menolong.


Walauapapun, cheq da menerima pujian untuk kek ni dan mintak buatkan buatkan kek ni untuk lain kali. Tapi cheq da kata tak mahu yang macam ni oz leceh jea nk menyiapkannya. pe2 terima kasih kepada kak tina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...