Sabtu, 30 April 2016

Hari Anugerah Semekar 2016

Assalamualaikum w.b.t
Hari Anugerah ini telah pun disambut pada 22hb April yang lalu. Ianya telah pun dirasmikan oleh Ahli Parlimen CH iaitu Dato' G. Pananivel. Sememangnya meriah walaupun berlaku keterlewatan mulakan majlis. Persembahan pelajar pun tak kurang hebatnya bila Pengetua pun terkena sekali di akhir persembahan.


Ajk pentas dalam masa sebulan bertungkus lumus untuk mencantikkan dewan. Ajknya diketuai oleh Cikgu Nik Firdaus yg sememangnya berseni orangnya.


Majlis perasmian dan penyampaian anugerah kepada pelajar.


Persembahan pelajar yang terdiri pelbagai kaum menyerlahkan lagi majlis.





Bergambar bersama Tuan Pengetua yang cukup sporting orangnya.



Yang ini plak geng2 Cik Kiah bergambar sebelum majlis bermula. Harap tahun depan kalau tidak berpindah..lagi gempak la majlis ini.

Jumaat, 29 April 2016

Order 2016: Tempahan mini pecan heaven

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan mini pecan heaven dari Suhailah. Rakan sejawatan. Order utk mkn2 jea katanya.



Tq sebab order

Khamis, 28 April 2016

Order 2016: Tempahan daripada Cheq Sue

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan yg diterima dari Cheq Sue..teringin nk mkn kek katanya tp nk kan kek royal pistacio sahaja..yg lain tak mahu. Mungkin yg ni kena sangat dengan seleranya. Kek ini ditempah sempena 12 tahun merantau di CH.




Tq sebab order...

Rabu, 27 April 2016

Order 2016: Kek Birthday Munif

Assalamualaikum w.b.t
N3 ini pula berkaitan dengan order dari Member satu sekolah untuk anaknya. Kek ini diorder pada hari Jumaat untuk dibawa pulang ke kampung. Katanya anaknya cukup seronok dapat potong kek. Keknya adalah dalam 2 perisa iaitu oren dan pandan.




Deco simple miple jea dengan barang2 yang ada di rumah jea. Terima kasih sebab sudi order...
Alhamdulillah rezeki dariNYA...memang tak putus2 order dari customer.

Selasa, 26 April 2016

Order 2016: Tempahan daripada Ustazah

Assalamualaikum w.b.t
Kek seterusnya diorder oleh member seperjuangan untuk anaknya. Kek span pandan dengan peach filing. Deco utk kanak2 requestnya.




Terima kasih sebab sudi order...

Order 2016: Plain kek

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan dari mak cik cleanner. 2 biji kek coklat moist dan 2 biji kek minyak pelangi.



Terima kasih sebab mengoder...

Isnin, 25 April 2016

Order 2016: Tempahan dari Ringlet

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan cupcakes ini diterima dari kerani sekolah di sekolah suami untuk diberikan kepada guru2 dan pekerja di SK Ringlet sempena jamuan perpisahan disebabkan dia telah bertukar ke sekolah lain. Dia hanya minta suami uruskan sebab memandagkan masa dia tempah tu dia dah ke sekolah yang baru. Cupcakes coklat dengan simple deco.




Terima kasih sebab mengorder.

Ahad, 24 April 2016

Order 2016: Tempahan daripada Khor

Assalamualaikum w.b.t
Terima order dari rakan sejawatan..Khor Chew Ngan sempena dengan birthday anaknya yang ke-6.
Request mahukan kek coklat moist dengan strawberi.
Kebetulan 1 edible hello kitty masih ada terus Cheq Da tanya anaknya minat tak dengan hello kitty. Terus khor kata minat. Tu yang teredible di samping dengan buah strawberi.




Terima kasih sebab sudi order...

Jumaat, 22 April 2016

Kerepek Angku..

Assalamualaikum w.b.t
Tak sangka buah ni cukup popular dan musimnya hanya di Tahun Baru Cina. Kebetulan masa ke Mydin Mall Meru..terpandang buah angku ni..terus jea sambar. Beli pun tak banyak..just nk merasa orang kata.


Balik rumah dalam seminggu lebih jugalah terperuk dalam peti ais. Lepas tu baru google cam mana nk buat. Rupanya ramai jadikan kerepek. Siap ada yang berbisnes kerepek angku lg bila musimnya.


Cara Cheq Da senang jea..buang kulit..basuh dan slice dan goreng...bila dah masak...tabur garam jea. Bila makan..wow wow rasanya lemak-lemak gitu. Memang sedap..tak menyesal kalau buat banyak2 tau.



Nanti bila musim tahun depan...boleh buat lagi..beli byk2 cikit dan buat kudapan..memang best.
Nanti kekawang boleh cuba yea..

Order 2016: Tempahan daripada Makcik Pekerja sekolah

Assalamualaikum w.b.t
Kek yang diorder oleh Mak cik Cleaner sekolah. Pilihan kek coklat moist.



Terima kasih sebab sudi order. Deco ala serabut cikit sebab masih tengah meloya dan kepeningan lagi.

Khamis, 21 April 2016

Order 2016: Kek Kahwin lagi

Assalamualaikum w.b.t
N3 tempahan lagi...kek kahwin order dari Kak Asmat untuk kenduri adiknya di sungai Koyan. Kek coklat moist pilihannya. Selain itu..Kak Asmat turut mengorder 50 biji mini hokaido cake.





Terima kasih sebab sudi lagi order dengan Cheq da.

Rabu, 20 April 2016

Order 2016: Kek utk Program Guru Penyayang

Assalamualaikum w.b.t
Lupa plak bila tarikh program guru penyayang
Mgkn dalam bulan 2 rasanya. Kek ini telah diorder oleh kaunselor sekolah untuk sambutan program guru penyayang di sekolah. 2 biji tujuannya untuk meraikan guru2 dan pelajar yang lahir dalam bulan tersebut bersama2 memotong kek sewaktu pelancarannya.







Kek pilihan ada kek span oren dan pandan tp Cheq da gabungkan sebiji kek ini dengan gabungan 2 perisa tersebut. Dengan oren filling dan juga fc topping. Mmg suka sangat kalu dapat deko bunga2 ini..
Tq kepada Kak lia sebab sudi mrngorder...

Selasa, 19 April 2016

Pembantu Peribadi saya

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini berkongsi n3 mengenai oven indusri satu tray yg saya beli awal tahun lepas. Bukan apa kalu nk bakar roti mudah la cikit sebab dapat bakar dlm kuantiti yg byk. Mmg bercadang nk berbisnes roti di hujung minggu. Sempat elok ambil order..terlekat plak..so sepanjang 2 bln lbh jgk tak menguli dan sentuh oven ini.


Kini rasa kemualan tu dah beransur kurang. So hujung minggu lepas dah start meroti balik. Uli pun tak banyak. Paling banyak pun dalam 2 kg tepung jea. Customer plak dalam kalangan cikgu2 jea. Di samping itu..order kek tetap on cam biasa kalu ada permintaan. Nk kata penat..mmg la penat bila bekerja sambil berbisnes tp orang kata bila dah minat tu..kepenatan tolak tepi.
Cheq da beli oven ini dari di RC Machinery cawangan Kelantan. Orang yang incharge berbangsa Melayu. Memang dah servey 2 3 tempat tp akhirnya kami pilih kedai ini. Harganya dalam RM 1700. Pengangkutan sendiri sebab kami nk angkut sampai di CH.
Free girt dapat 2 tray ini.
Balik2 jea dalam 2 minggu tak on sebab kakinta belum dibuat. Kaki dari besi tu suami bikin sendiri sebab semua alatan welding mmg ada.
Tak sangka terletak elok jea kakinya.


Ini adalah antara jualan cheq da..roti sarang lebah mini. Roti lain tak sempat snap gmbar.

Isnin, 18 April 2016

Order 2016: Carrot Cake

Assalamualaikum w.b.t
Order dari Lily untuk birthday suami dan anak perempuannya yg berkongsi tarikh yg sama. Permintaannya ialah carrot cake dengan cream cheese fosting.




Deco simple2 jea...tq untuk order

Order 2016: Tempahan kek kahwin

Assalamualaikum w.b.t
Kek yg diorder oleh Puan Suhailah untuk kenduri kahwin anak pengasuhnya. Kek ini untuk dipotong masa bersanding. Request nk biasa2 jea katanya.
Pilihannya ialah kek coklat moist dengan filling coklat cream dan ganache. Sebenaranya tempahan ini dah lama.





Terima kasih sebab sudi mengorder...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...