Rabu, 31 Disember 2014

Pelabuh Tirai 2014...Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini genap 31.12.2014 merupakan hari terakhir di Tahun 2014. Terlalu banyak kenangan,baik dan buruk kehidupan yang dilalui sepanjang tahun ini.
Rasanya penghujung tahun ini amat hebat dengan bencana alam yang tidak henti2 menghujani bumi Kelantan. Walaupun saya tidak di tempat mereka tetapi terasa juga sebabnya ianya masih melibatkan ahli keluarga dan sanak saudara sendiri yang terkena. Cheq da cuma terkandas dalam 5 hari di Kampung Limau Kasturi kerana tidak dapat balik di rumah mentua kerana jalan yang dilimpahi air dan arusnya deras. So kami membuat keputusan untuk ke rumah sepupu suami di Limau Kasturi. Esokkannya air setinggi 10 kaki telah menutupi jalan dan kami hanya mampu berdoa supaya air dapat surut dengan cepat. Alhamdulillah hari kelima air mulai surut dan jalan ke Jeram Tekoh sudah boleh dilalui. Anda boleh bayangkan hampir kesemua penduduk di Limau Kasturi kehilangan harta benda kerana tidak mampu diselamatkan dalam masa  yang singkat kerana air naik terlalu cepat.

Pengalaman mentua kepada sepupu yg lain yg tinggal di jalan ke Limau Kasturi terpaksa lari menyelamatkan diri ke atas bukit kerana tidak mampu bertahan dengan air yg mengganas. 3 malam berada di atas bukit dengan terputus hubungan dengan orang lain. Nasib juga malam tersebut kami tidak bermalam di situ. Kalau tak tak tahu lah nasib kami.


Ini adalah bebeapa keping gambar yg Cheq Da snap di atas jambatan Limau Kasturi dalam hari ke4. Stesen kereta api dan juga kereta api turut tenggelam.



Ini plak gambar banjir yang dialami oleh abang sulung cheq da yg tinggal di kawasan Taman Harmoni di Bandar Baru Tanah Merah.
Setakat ni rumah tak boleh dibersihkan sepenuhnya lagi dan semua barangan tidak dapat diselamatkan. Namun kita semua kena dengan redha dengan musibah ini.
Apa yang boleh disyukurkan kebetulan kak ipar dan anak2 buah ke Kuala Lumpur untuk melawat ibunya di sana.




Kapal terbang sentiasa berlegar2 di kawasan tersebut untuk bantuan keselamatan.

Pada 28.12.2014..cheq da terpaksa blk ke kota bharu untuk menghantar anak buah yg mengikut cheq da ke CH utk urusan pt3. Masa tu tersangkut plak di bandar Guchil kuala krai kerana paras air masih tinggi. Nasib kami membawa hilux dan ada orang bagitau ada jln kampung yg boleh dilalui dengan menggunakan 4X4. Trek laluan kampung yg tidak pernah dilalui amat gementar bagi cheq da anak beranak. Nasib lah suami pandai dan pernah masuk jalan hutan cam tu. Dalam hati tak putus2 berdoa agar dapat selamat. Dengan bantuan orang kampung yg menebas jalan dan membaiki mana yg patut kami terasa amat terharu. Alhamdulillah kami selamat sampai.



Lebih kasihan bila melalui kawasan banjir di Manek urai dan sepanjang laluan dari gm ke kuala krai...banyak orang yang berada sepanjang jalan kerana rumah masih ditenggalami air.
Kami juga bersyukur dapat memberi bantuan kepada sekumpulan Mercy yg membantu bekalan ubatan untuk ke Pejabat Tanah Kuala Krai. Hampir 5 orang dan muatan belakang hilux dipenuhi oleh bekalan ubat.

Ini lah yang Cheq da dapat kongsikan pengalaman cheq da yang lalui semasa dilanda musibah ini.
Alhamdulillah juga pada 24.12 yg lepas juga telah menyambut anniversary yg ke8. Tidak ada sambutan cuma tukar2 hadiah saja yg kebetulan 21.12 tempoh hari kami turut ke Ipoh. Cheq da harap cheq da akan kekal bahagia hingga akhirnya. Paling gembira bila hadiah yg dah lama diidamkan diberikan suami. Tambah2 sebab ada offer sempena hujung tahun.


Selamat tahun baru cheq da ucapkan kepada semua. Semoga tahun ni kita diberikan kehidupan yang lebih baik. Niat tahun 2015 hanyalah satu..dan semoga cheq da dapat menunaikannya. Biarlah ianya menjadi rahsia terlebih dahulu..In sha Allah Cheq da akan kongsikan kemudian.






Apam susu..sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mari mencuba apam susu yg sedap ni...hari tu masa naik untuk uruskan PT3...ada gap dalam 2,3 hari kat rumah..Cheq da buat apam susu. Tapi buat satu adunan,3 hari makan pun tak habis..boleh cuba dan kepada yg menyumbang resepi, terima kasih kerana sudi kongsi resepi.





APAM SUSU
Sumber : Fb Kak Rina'z Cookies

BAHAN-BAHAN
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR OVELLATE
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
1 CAWAN GULA CASTOR

CARA-CARA
1. MIXER TELUR,GULA,SUSU DAN OVELLATE SEHINGGA PUTIH,GEBU DAN KEMBANG.
2. MASUKKAN TEPUNG YG TELAH DIAYAK SECARA KAUP BALIK DGN SPATULA.
3. BAHAGI ADUNAN KEPADA 3,,WARNAKAN.
4.ISI DALAM LOYANG YG TELAH DISAPU DGN MINYAK.
5.KUKUS DGN API YG SEDERHANA SELAMA 30 MINIT-SEHINGGA MASAK...

Selasa, 30 Disember 2014

Order 2014: Tempahan Kek Birthday Xue Ying

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekarang masa untuk update blog amat terhad dengan keadaan banjir di Pantai Timur. Sedih mengenangkan mangsa2 ini. Macam Cheq Da walaupun hanya terperangkap dengan keadaan banjir ini tetapi bila mengenangkan nasib mereka yg lagi teruk..cheq da rasa bersyukur. Abang sulung cheq da juga turut menerima musibah ini dengan tenang walaupun rumahnya turut dilanda banjir aras kepala. N3 tentang banjir nti Cheq da cerita kemudian.

Oklah berbalik kepada tajuk.
Tempahan yang dterima di akhir tahun 2014. Ini merupakan tenpahan yang terakhir untuk tahun ini. Walaupun sibuk dengan kursus dan mengawasi exam..Alhamdulillah masih sempat buatkan kek permintaan Pn.Khor untuk anak perempuan sulungnya. Cuma ralat sebab tersalah faham, Cheq da tak buatkan satu lagi kek yg diminta..sepatutnya dia order satu carrot cake, satu coklat moist dan cupcakes 40 biji. Bila dah cam ni...terasa kesal la plak sebab tak check betul2. Disebabkan keknya diminta pada hari akhir persekolahan...Cheq da juga menolak 2 order dari SJKT Blue Valley. Yealah masa tak de..kena siapkan siapa yg order dahulu kan.




Sepatutnya 40 biji cupcakes ini akan dibuat semasa jamuan di rumah dengan satu coklat moist. Tiba2 pagi jumpa dia dan bgtau terlepas pandang dan akhirnya dia sempat tempah dengan kedai kek di Ch. Nasib jamuan pukul 7 malam.



Ini plak carrot cakes dengan cream cheese frosting untuk jamuan rakan2 di sekolah. Sambutan dibuat pada waktu rehat.
Terima kasih kepada Pusn Khor atas order beliau.

P/s: Doakan agar Pantai Timur akan reda dengan banjir ini. Cheq Da sendiri pun tak tahu nk ke CH..laluan jalannya antara jalan lojing ke Ch terputus dan runtuh terus..nmpknya kena cari alternatif lain. Nasib pihak pengurusan sekolah memahami dan menunda mesyuarat kali pertama 2015 pd 9hb Januari 2015 ekoran sesi persekolahan ditangguhkan seminggu.

Isnin, 29 Disember 2014

Order 2014: Tempahan Cikgu Amutha

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima tempahan dari Puan Amutha untuk makan2 bersama2 dengan pelajar yang menolongnya mengemasnya di akhir sesi persekolahannya.


Keknya adalah kek span oren dengan filing oren dan toping fc.
Beratnya dalam 1.5 kg.




Gambar ihsan dari Cikgu Amutha semasa jamuannya tempoh hari.
Terima kasih kerana sudi menempah.

Isnin, 22 Disember 2014

Order 2014: Tempahan Sjkt Ladang Blue Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry di pagi hari. Hari ini skan sibuk urusan pemberian keputusan pt3 di sekolah. Dari semalam pun dah bising dengan whatapps dari student tanya itu dan ini.Oklah sedikit info pepagi hari.

Alhamdulillah ni adalah tempahan terakhir yg diterima dari sekolah suami rakan cheq da ini. Tempahan yg dibuat seminggu selepas cuti sekolah terpaksa ditolak kerana tidak sempat dibuat kerana bersimbung dengan order lain dan juga kesibukkan dengan kursus dan juga mengawasi prperiksaan SPM.



Dua biji kek yang ditempah pada kali ini ialah kek coklat moist dan juga kek span oren. Untuk kek coklat moist...deconya dengan bunga2 yg telah siap dibeli.




Bagi kek ini..cheq da cuba buatkan bunga pony dan morning glory yg cheq da belajar masa join kelas steam buttercream. Kekok lg..dan bunganya masih nampak keras lg. Kalau dah byk kali praktis...barulah ok.


Sepanjang tahun ini..cheq da byk berterima kasih kepada cikgu Azizan yg telah byk memberikan rezrki kerana selalu menempah bagi pihak sekolahnya. Kalau nk tgk order yg lain boleh la ke order 2014 yea.



Seperti ni gambar yg dishare oleh beliau utk cheq da menambahkan koleksi tempahan.
Terima kasih kerana sudi order.

Ahad, 21 Disember 2014

Order 2014: Tempahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kongsi tempahan yang lalu dari cikgu sekolah suami.
Kek apa pun dah lupa...hihihi sebab dah lama sgt..pas tu masa ni ada lg 2, 3 order...pe2 layan jea





Tambah koleksi bunga2 dalam karya atas kek..
Terima kasih kerana sudi menempah.

Cucur Kembung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selalu jea duk tengok rakan2 blogger menanyang cucur kembung ni. Cheq da cubanya dah lama cuma sekarang baru nak post share kat sini. Rasanya lemak2 manis tapi kurang sambutan dari anak2. Nampaknya lepas kita cuba cucur yang boleh tarik perhatian mereka. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi ini. Cheq da pun dah lupa mana Cheq da tangkap resepi ini. 




Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Khamis, 18 Disember 2014

Musim tengkujuh 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim hujan tahun ni banyak melibatkan tempat dinaiki air. Kampung Cheq Da sendiri yang tidak pernah dinaiki air pun dinaiki.
Kebetulan pada 16hb..Cheq Da drive bersendirian dengan anak2 dan anak buah untuk bertolak ke Gua Musang. Suami plak menunggu di sana. Hajat di hati nk naik ke CH nk settle urusan PT3 yg akan diumumkan keputusannya pada 22hb nanti. Hujan sepanjang jalan mengingatkan Cheq Da supaya berhati2 memandu dengan 80km sejam sahaja.

Esoknya 17hb Cheq Da dan selamat sampai di CH dan settle kerja mana yang patut. Dapat msg dalam pukul 6.00 petang, kakak Cheq da yang kerja di Tanah Merah sangkut. Jalan ditutup untuk kenderaan ringan. Kesian betul...malam tu whatsapp group family riuh rendah dengan msg. Masing2 mengharapkan agar Cik leen dapat blk dengan selamat. Maklumlah perempuan dan keseorangan naik risau juga family kami. Akhirnya..dapat juga dia pulang ke rumah dalam jam 11 malam...tu pun berkat orang yang ada kat situ menyuruhnya dengan memandu menggunakan gear tinggi...yea la air dah mencecah satu tayar kereta. Kalau nk tunggu hujan berhenti memang tak balik la jawabnya sebab hujan lebat dan berhenti sekejap2. Cheq da share gambar2 yang di whatsapp oleh family dan kawan2 keadaan sebenar di kampung. Kawan2 yang terpaksa datang bertugas pun tak tahu la dapat naik ke tidak ke CH. Hampir kebanyakan jalan ditutup.


Ini gambar yang diwhatsapp oleh kakak yang kerja di Kb..kawasan area wakaf Che Yeh..
gambar pagi tadi.


Ini plak pekan kok lanas. Semalam dah ada kereta jatuh parit sebab tak nampak.



Ini plak kawasan besut atau setiu yg diwhatsapp oleh abang Cheq da.


Kawasan Tunjong...jalan dari rumah ke kota Bharu


Ini juga gambar whatsapp


Pusat beli belah bebas cukai Rantau Panjang.


Kawasan Pasir Puteh.

Tulah antara gambar yg Cheq Da terima. Tgk berita pun dah hampir 6000 orang rakyat Kelantan dan 7000 rakyat Terengganu telah dipindahkan ke pusat pemindahan. Harap lepas ini...keadaan semakin reda.


Sabtu, 13 Disember 2014

Kerabu Kaki Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampak gayanya dah berhari-hari tak update blog. Bukan apa, bahan yang dikongsi tak de...
Hari ni kebetulan buat kerabu kaki ayam so teringin la kongsi resepi ini.
Kebetulan stok kaki ayam memang banyak sebab saudara hari-hari bawa blk dari tempat dia kerja iaitu kontrak menyediakan makanan untuk student pondok selama 2 minggu. Jadi bila dah berlambak2 dalam peti tu mula lah duk fikir nk buat apa kan. Asyik duk buat sup jea jemu jugak kan.



Untuk kerabu ni, cheq da buat cara simple jea.

Kerabu Kaki Ayam
By: cheq da

Bahan
1. Kaki ayam dalam 20 ketul
2. 1 labu bawang besar
3. 3 ulas bawang merah
4. Sedikit daun sup dan daun bawang
5. 2 biji buah tomato
6. 5 sudu besar cuka
7. Sedikit garam
8. Sedikit gula
9. 2 sudu besar kicap sotong
10. Perahan dr 2 biji asam limau

Cara
1. Rebuskan kaki ayam sehingga empuk dan perisikan kaki ayam tersebut..buang tulang
2. Campurkan hirisan bawang besar, bawang merah,daun sup serta bawang dan juga buah tomato.
3. Satukan kesemuanya dalam satu bekas
4. Satukan bahan2 lain dalam bekas kecil kecuali asam limau.
5. Setelah kacau sebati cuka,garam,gula dan kicap sotong..masukkan ke dalam bekas kaki ayam tadi dan kacau sebati.
6. Akhirnya, masukkan perahan asam limau kacau lagi. Jika ada kekurangan rasa boleh la tambah sendiri mana2 yg patut yea.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

P/s: kalau nk lagi sedap boleh campurkan dengan cendawan putih yg kering dan rendamkan dlm air dan hancurkan masukkan dalam kerabu. Masa bust kerabu ni, cheq da tak ada stok cendawan putih tu.

Rabu, 10 Disember 2014

Kuah Rojak

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kuah rojak yang dah lama dibuat tp baru masukkan n3. Kuah rojak ni dibuat masa jualan Karnival Semekar 2014. Disebabkan termasuk dalam list nk jual rojak buah...maka kena lah buat sosnya sekali. Sebenarnya Cheq Da dah banyak kali guna resepi ni dan ternyata sedap.



SOS ROJAK

Sumber : Kak Zan Hulu Langat
dan chequesuechekgu


Bahan-bahan :
- kicap TAMIN 1 botol kecil *
- sos cili LIFE 1 botol *
- gula 2 kg
- gula merah 1 kg
- petis udang 1 bekas kecil
- cili api segenggam *
- 1 peket serbuk cili kering *
- sedikit air asam jawa 



Cara-cara :
- blend halus kicap, sos, cili kering dan cili padi
- masukkan dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang lain
- masak dengan api kecil 3-4 jam


P/s:Agak kemalasan menaip n3 sebab bercuti di kampung..so blog lambat la berupdate...

Sabtu, 6 Disember 2014

Biskut Semperit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tayang  biskut semperit yg cheq da masa raya hari tu. Buat dua adunan dapatlah dalam 4 botol. Biskut menjadi biskut yg wajib dibuat setiap tahun sebab anak buah dan kakak suka makan.



Kalau nk resepinya...kemudian yea sebab lupa nk salin dari buku resepi..kongsi gambar jea dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...