Jumaat, 28 November 2014

Hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekadar perkongsian di hari Jumaat ini.
Perkongsian ini Cheq Da copy n paste jea...

Amalan terbaik pada hari Jumaat


Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?
Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;
1Mandi sunat Jumaat
Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)
2Membersihkan gigi dan memakai wangian
Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.
Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.
Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)
3Memperbanyakkan doa
Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)
Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.
Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)
4Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW
Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.
Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

Khamis, 27 November 2014

Jemput Malas ala Cheq Da

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apabila publish kan menu jamuan di rumah Kak Ct. Yana mtk resepinya. Sebenarnya cheq da main campak2 jea jemput malas ni. Cheq da ni sebenarnya suka memerhati apa yang orang lain masak. Selepas perhati dan tahu serba sedikit ramuan..cheq da balik olah la plak resepinya.
Oklah untuk memenuhi permintaan Yana...cheq da selitkan resepinya. Tapi yg ni agak2 jea yea.


Jemput malas
by: cheq da

Bahan
1. 500gm tepung gandum...(nk lbhkan pun boleh)
2. 2 labu bawang besar dihiris
3. Kangkung dihiris...agak2 kalau suka byk boleh letak byk
4. Sedikit carrot disagat
5. Lada besar merah..dihiris nipis..buangkan biji
6. Sedikit pewarna kuning
7. Sedikit garam
8. Air secukupnya
9. Minyak untuk mengoreng

Cara
1. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam mangkuk dan kalau sebati.
2. Masukkan air dan kacau. Adunan ini tidak boleh terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. Sedang2 saja.
3. Panaskan minyak. Masukkan satu senduk macam goreng cecodok biasa.
4. Bila dan masak dan potong kecik2 bila dah sejuk.

***Di sini cheq da turut buatkan popia dan potong kecik2. Campuran juga dengan daun salad dan juga timun batang serta fish ball supaya nmpk cam pesembur.

KUAH GULA MELAKA
by: cheq da

Bahan
1. Bawang putih 2 ulas
2. Air asam jawa dlm 1 cawan
3. Sedikit lada kering
4. Gula secukup rasa
5. Gula melaka dalam 3 ketul
6. sedikit kacang tumbuk
7. Sedikit minyak utk menumis
8. 1 sudu besar cuka

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang putih sehingga kuning
3. Masukkan sedikit lada kering
4. Masukkan air asam jawa
5. Masukkan gula melaka dan gula secukup rasa
6. Masukkan 1 sudu besar cuka
7. Kacau dan biar menggelegak
8. Sejukkan dan kuah akan menjadi sedikit pekat
9. Masukkan kacang tumbuk
10. Bolehlah dihidangkan dengan jemput malas tadi.

Selamat mencuba....



Rabu, 26 November 2014

Mee Hun Sarang Burung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama duk fikir nk buat mee hun ni. Selalu jugak duk tgk2 dlm blog kekawang, apa dio la mee sarang burung ni. Tapi bila goreng mee hun dan di makan dengan cara berkuah begini....ternyata memang sedap lah.



Kuahnya Cheq Da olah mengikut gaya Cheq Da sendiri. Buat kuah ala-ala lakna. Memang Cheq Da tak suka kuah yg pekat-pekat sekadar pekat sikit jea.


Mee hun sarang burung ni memang puas hati la..nti ada kelapangan boleh buat lagi.

MEE SARANG LADNA
Resepi asal - Alam Sari dan Ika Arah
dicuba oleh - zila4ever.blogspot.com

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.



kuah ladna - ika arah
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam-kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair - brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah

Selasa, 25 November 2014

Order 2014: Tempahan Kek Birthday Danish dan Sofia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni dah pun masuk hari terakhir kursus...tengah hari nti dah pun nk blk ch untuk mengawas exam plak. Oklah sebelum keluar bilik hotel hari ni, cheq da publish satu order yg dah lama dlm draf cheq da.


Kek span oren dengan oren filling dan deco untuk bebudak. Di tempah oleh sahabat Cheq da iaitu Kak Hayati utk birthday anak pertama tetapi terus tulis juga nama anak yg kedua takut bergaduh. Kak Yati ni dah byk kali jugs order dengan Cheq Da. Kalau nk lihat tempahan yang lepas boleh klik DI SINI.




Ini plak gambar daripada suami Kak Yati yang hantarkan gambar ni masa mereka tgh potong kek.
Terima kasih sebab selalu order.

Isnin, 24 November 2014

Bengkel perancangan peningkatan pendidikan dan pembelajaran abad ke21

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam dah start kursus untuk bengkel perancangan pendidikan dan pembelajaran abad ke21 bagi daerah Cameron Highlands di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.
Ianya akan berlansung selama 3 hari bermula 23hb hingga 25hb.
Cheq Da harap bengkel ini banyak memberi manfaat kepada peserta kursus.




Ini plak bilik Cheq Da...sebilik dengan cikgu dari SMK Ringlet. Harap Cheq Da dapat mengikuti kursus ini dengan baik...

Ahad, 23 November 2014

Daging Black Paper

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam bila dah tiba di rumah adik ipar di Kajang..adik ipar yg accident tempoh hari dah pun ok dan boleh di bawa pulang. Keadaannya bertambah sihat.,cuma terbatas pergerakkannya sebab tulang utama pahanya yg putus terus diganti dengan besi di kedua2 belah. Cheq da harap abe chik (panggilan) tabah menghadapi ujian hidup. Doktor sarankan 6 bulan ini,dia tidak dibenarkan byk bergerak.

Oklah berkongsi menu hari ni iaitu daging black paper yg dah agak lama terselit di draf. Cheq da lebih suka masak daging cam ni berbanding goreng biasa.




Daging black paper
by: Cheq da

Bahan
1. Setengah kilo daging dihiris
2. 3 sudu besar sos tiram
3. 4 sudu kicap manis
4. Sedikit lada hitam....ikut suka
5. Garam
6. Gula
7. Bawang besar 1 labu dihiris
8. Capsicum merah dah hijau
9. Sedikit serbuk secukup rasa
10. Minyak utk mengoreng
11. 2 ulas bawang putih ditumbuk

Cara
1. Daging yg dihiris td diperapkan dengan sos tiram, bawang putih,kicap,garam,gula,lada hitam.
2. Perapkan bhn tersebut selama sejam atau setengah jam.
3. Goreng sampai masak dan masukkan bawang besar dan capsicum td dan goreng sekejap
4. Sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba

Sabtu, 22 November 2014

Order 2014: Tempahan Red Velvet utk mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum turun ke KL...publish satu n3..ke KL untuk kursus RCA bg daerah Cameron Highlands selama 3 hari.
Untuk tempahan ini...rvc ini ditempah oleh mama iaitu pengasuh kpd adik dan kakak. Sempena hari lahirnya yg ke berapa pun tak tahu..hihihi




Terima kasih kerana sudi menempah..

Jumaat, 21 November 2014

Order 2014: Tempahan Anniversary Siti

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan kek anniversary dari rakan sekolah.
Mini chocolate indulgence...




Terima kasih sebab sudi tempah...

Khamis, 20 November 2014

Order 2014: Tempahan dari Prasekolah SK Ringlet

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alahai baru sempat ke udara..
Busy memanjang di hujung2 sesi persekolahan.
Sana sini pening dengan urusan kerja.
Pepe pun layan jea la order yg lalu yg ditempah oleh Prasekolah SK Ringlet...






Terima kasih kerana sudi order...

Sabtu, 15 November 2014

Meroti lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Macam biasa bila cuti2 kena publish n3 kan. Nasib dh ada dlm draf. Si Adik plak deman dah 3 hari.tak tido mlm di buatnya. Semlm plak ke Dewan Kg. Raja melihat persembahan Si Kakak. Pukul 11.30 baru sampai di rumah. Penat pun tak hilang lg maklumlah alone jea. Suami plak dapat peluang bercuti di Sarawak. Esok plak baru blk. Pah dapat plak msg adik ipar accident di KL..patah kedua2 belah paha..mangsa langgar lari. Dah lah kereta tu memotong sebelah kiri. Tak tahu cam na lg. Kena tunggu suami blk baru boleh turun tgk sekejap. Duk cerita2 dengan masalah gni cam tak masuk plak dengan n3 kali ni. Tak pelah belasah jea la.


Meroti lagi. Cheq da memang suka guna doh asas roti ni dan kita olah buat mcm2. Kali ni Cheq da buat roti manis. Saja2 tabur2 ceri, badam dan juga biji labu. Taburkan juga dengan gula castor nk suruh nmpk kilat2.



Cheq da kalau boleh roti cam ni...bila dh masak mkn panas konpom dlm 2 atau biji..hihihi...laju jea masuk mulut. Kepada sesiapa yg teringin nk buat boleh klik resepi DI SINI. Resepi kalau dah sama link jea la uea..

Jumaat, 14 November 2014

Order 2014: Tempahan Prasekolah SK Brinchang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempahan yang lalu..diterima dari Prasekolah SK Brinchang. Kek span pandan seberat 2.4kg untuk sambutan hari lahir.




Simple deco..hiasan buah-buahan jea..
Terima Kasih kerana sudi menempah.

Khamis, 13 November 2014

Kerabu Maggi Siam..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam Cheq Da dan hari ni plak anak plak yang tak sihat. Dua hari berturut2 pi klinik wong di Ch ni. Sekarang ni cuaca di CH ni tak menentu so bdk2 dan juga orang tua pun boleh kena deman. Kalau kita orang tua boleh lagi tapi kalau budak2 ni susah hati la sikit. Harap si Haziq dapat la sihat dlm sehari dua ni.
Oklah ngomol2 pasal2 anak2 ni...sebenarnya n3 mlm ni nk tunjuk kerabu maggi siam.


Kalau kome2 semua pernah pi Kelantan iaitu di RTC Tunjung...ada satu gerai jual maggi ni. Sebelum  harganya rm rm2.00 utk satu bekas polestrin yang kecik tu. Isinya tak de lah byk mana pun. Last Cheq Da masih selepas raya puasa hari tu disebabkan ramai tul manusia yg mengunjungi pasar Teman tu..terus barang yg dijual di situ naik harga. Manggi ni pulak jadi rm2.50...byk tul untung tp  orang tetap beli jugak sebab tak tau nk buat.


Kebetulan adik cheq da beli maggi siam perisa tom yam ni satu kotak maka Cheq da pun saja2 try buat..resepi ni sebenarnya diberi oleh isteri orang yang baiki rumah ibu Cheq Da. Dia ni orang sebelah sana lah..masa belum glamour dulu..maggi ni hanya boleh didapati dari sana dan dia siap beli untuk ibu Cheq da tp tak terbuat2 sampai expired.



Ini lah rupanya maggi siam utk buat kerabu maggi ni.
Yang paling sedap meenya kenyal dan xlembik. Masa adik beli di Rantau Panjang harga rm30 untuk 36 bungkus tp bila beli di pasar RTC di Tunjung dapat Rm28. Maka dibeli sampai 2 kotak. Satu kotak ditinggalkan di kampung.


Apa lagi..jom kita tgk resepinya.

KERABU MAGGI SIAM by Cheq da
utk mkn 5-6 orang

BAHAN
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5.1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm  bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Siap utk dihidangkan.

Selamat mencuba.


Rabu, 12 November 2014

Order 2014: YuWen 2 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima dari Puan Khor iaitu kawan satu sek dengan Cheq Da yang minta buatkan kek sempena ulangtahun ke2 anaknya iaitu Ywen. Setahun lalu pun cheq da ada buatkan kek untuk Ywen tp sambutan kali ni tak seperti tahun pertama. Kalau nk tgk citer yg setahun yang lalu boleh link KE SINI


Kali ni Pn Khor kata nk letak patung pocoyo untuk dihias atas kek. Dia minta Cheq Da carikan patung tp cari2 tak jumpa. Dia tak mahu yg fondant sbb takut tak tahan lama dan dia kalau boleh anaknya boleh main dengan patung tersebut. So untuk gantikannya cheq da tempah edible image pocoyo jea la. Gambar tu pun dia yg cari sendiri. Cheq da hanya menempah saja.



Pilihan kek kali ini ialah kek coklat indulgence seberat 3 kg. Jenuh jgk nk budjet sebab dia nk yang besar dan 4 segi senang nk potong katanya.



Selain itu juga.. khor juga turut menempah congo bars untuk mkn2. Congo bars ni telah dipotong siap2 untuk senangkannya.
Oklah tu jealah n3 di hari ni.

P/s: Cheq Da terpaksa mc hari ni kerana deman teruk dah 2 hari. Smlm terpaksa pi cucuk di klinik sebab tak tahan badan seram sejuk. Hai dh lama xdeman..kalu deman terus teruk.

Selasa, 11 November 2014

Order 2014: Tempahan Siti Amirah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek yang lama ditempah oleh kak ct semasa birthday anak yang lalu. Kalau tak silap dalam dua bulan yang lepas. Kek coklat moist. Sambutan juga agak besar. Mcm menu ada..nasi lemak,satay,laksa dan kuih muih yang lain.




Selain dari kek..kak ct jgk minta cheq da buatkan apa2 kuih untuk dijamu kepada tetamu...tak tahu nk buat apa last2 buat jemput malas kata orang klate dan juga agar2. Agar2 disiapkan mlm dan jemput malas tu plak cheq da siapkan selepas blk dr sek..dalam puk 3.00 ptg..jamuan plak dlm pukul 5. Sosnya plak telah dibuat mlm tu lg.




Ini lah variasi jemput malas ala cheq da...kalau penang diorang panggil pesambur..kat klate disebut cam tu.


Yang ini plak agar koktail ada campur susu cair dan buah koktail. Semua dah lama ada dlm stok. So ptg tu memang meriah dengan mknan sampai xlarat nk mkn.

Isnin, 10 November 2014

Order 2014: Tempahan Prasekolah SJK(C) Tringkap

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi pula tempahan dari prasekolah SJK(C) Tringkap.
Tempahan diterima oleh PPM nya yang mana suaminya merupakan staf di sekolah Cheq Da.
Kek span pandan 1.5kg dengan deco untuk berbudak...




Terima kasih sebab sudi order dengan Cheq Da.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...