Lama rasanya tak berblogging. Pada n3 yg lepas Cheq Da ada menyatakan bahawa anak lelaki cheq da sakit sebab bengkak kaki. Rupa-rupanya belum cukup 24 jam n3 terakhir dipublish. Anak pula dikehendaki masuk wad kerana jangkitan kuman disebabkan kakinya yg terus membengkak. Deman plak tak turun2..jap jap panas badannya.
Sebenarnya tak tahu kakinya yg bengkak terkena apa
Hari isnin baru perasaan kakiNya dah ada kesab warna merah. Masa 2 cheq da tak ambik pusing la takut yg tak serius. Tapi malam2 asyik deman jea sampai nk tido pun tak boleh. Selepas tak tahan tgk dia cheq da whatappskan gambar ubat sebab hari selasa 2 suami bawa anak ke klinik swasta. Doktor sana plak just kata alegik dan bg ubat gatal jea. Selepas tgk gmbar ubat tersebut lah kakak yg nurse 2 minta terus jumpa doktor supaya doktor boleh bg antibiotik katanya. Apa lg lèwat puk 4 baru la dapat ke hospital.Gambar kat atas 2 plak selepas kena admit ke hospital..cheq da dibawa ke kecemasan untuk dicheck sekali lg. Selepas tengok kakinya dah dipasang jarum untuk dimasukkan antibiotik tp kaki yg berbalut 2 tak sakit yg sebelahnya yg sakit. Selepas doktor minta plak untuk xray kakinya takut kakinya ada patah atau tidak.
Inilah rupa kakinya selepas 2 jam ke wad. Masa ni tempat bengkak 2 merah sangat dan terasa sangat panas dan hila ditekan keras seperti papan. Agaknya sebab ni lah adik tak boleh nk tido dan deman tak kebah2. Tempat ditanda 2 nk diukur bengkaknta berapa cm.Kesian tengok anak bila cam ni dan tak habis2 cheq da berdoa dan mengharapkan haziw tak apa2. Bila dah dimasuk antibiotik dia bertambah ok dan dah boleh tidur pada malam pertama kami bermalam di hospital. Ternyata nurse2 di hospital ch ni baik2 belaka dan banyak membantu cheq da untuk uruskan si haziq ni.
Ni bila dah kena deman terpaksa la lap2 kan badannya dengan air supaya hilang panasnya. Keadaannya tak tentu kejap deman kejap tak. Biasanya tengah malam start la deman sampai ke pagi. Nurse plak xberhenti masukkan antibiotik dalam 3 jam sekali. 3 hari ubat antibiotik ini dimasukkan secara berterusan supaya keadaan menjadi semakin elok.
Masa ni kira dah ok sedikit sebab dah terasa kot ubat antibiotik 2. Rasanya sebab sebenar mungkin disebabkan gigitan serangga yg agak berbisa. Kalu tak tak jadi begini. Gambar di atas 2 adalah hari kedua berada di hospital. Masa ni dah boleh main2. Tgk anak dah ok sedikit rasa gembira sedikit hati cheq da.
Masa ni plak baru lepas mandi. Hari ke2.. Tengok kaki pun dah semakin surut. Tp ubat antibiotik masih diteruskan. Nampak ceria bila dah mandi sebab adik suka sangat mandi dan kasi wangi2 la sebab nti doktor nk datang melawat.
Yang plak bila dah boring pi la plak ke Taman yg ada dalam wad tersebut supaya kanak2 tak boring dan boleh bermain2. Biasanya yang suka datang di sini si kakak. Bila datang jea terus nk main di sini.
Gambar yang kat atas ni dah masuk hari ke3 dah. Ternyata selepas diberikan antibiotik.kakinya dah semakin surut dan bertambah ok. Tapi masih lg deman jd nurse2 pun selalu bagikan ubat demam sebab bila dah demam tak leh nk blk ke rumah plak.
Masih lagi hari ke3. Si kakak selalu melawat adik di sini. Terima kasih juga cheq da ucapkan kepada yg sudi datang melawat anak kami 4 hari berada di wad kanak2 di hospital ch ni.
Gambar ni plak selepas bangun tidur hari yang ke4. Dah terasa sihat. Malam 2 plak tak demam langsung dan jarum pun dah dibuka tp ubat masih diteruskan.
Memang tak sedap la kot ubatnya sebab tgk adik selalu nk mkn ubat kena pegang sampai 2.3 orang.
Hari ni juga mandikan adik awal dalam pukul 8 sebab doktor janji nk bg blk hari ni. Terlepas rass seksa duk di hospital ni..he3.
Yang ni plak gambar sebelum nk blk. Tunggu nurse siapkan borang nk bw blk rumah. Alhamdulillah walaupun belum sihat sepenuhnya tapi ubat masih diteruskan di rumah. Hari ni plak adik dah bertambah ok dan kakinya pun dah semakin surut. Peringatan buat cheq da agak sentiasa mengawasi anak2 dan kalu dah tgk sesuatu yg pelik cepat2 la bawa anak jumpa doktor. Keadaan ni juga menyebabkan cheq da akan berhati2 memilih klinik swasta sekiranya anak2 ada masalah kesihatan.
Oklah ni sajalah untuk n3 pada hari ni.
Salam maulidur Rasul buat semua dan selamat bercuti.
Slm Cheq Da. Harap haziq dah sehat sekarang. Memang kena byk sabar bila jaga anak di hosp. ni. Bila dah balik rumah rasa lega sgt kan?
BalasPadam