Rabu, 25 Februari 2015

Kari Ayam simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekali kala makan kari ayam dengan keropok papadom sedap juga kan.
Kongsi resepi kari ayam simple dari Cheq da.





Kari Ayam
by: Cheq da

Bahan2 utk 4-5 orang
1. Setgh ekor ayam potong ikut citarasa
2. Bawang merah 9-10 biji
3. Bawang putih 4 ulas
4. Seinci halia
5. Dua sudu besar serbuk kari ayam + 1 sudu teh cili giling
6. Santan 250ml yg pekat...boleh campur air utk kepekatannya
7. Dua biji ubi kentang
8. Hiasan 1 biji buah tomato dan bendi
9. Sedikit minyak utk menumis
10. Garam dan gula
11. Sedikit gula melaka
12. 4 sekawan

Cara
1. Mayang bawang merah,putih dan halia
2. Tumiskan bahan tersebut dgn sedikit minyak dan sekali dgn 4 sekawan Sampai naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg telah dicampurkan dgn cili giling yg telah dicampur dgn sedikit air
4. Tumiskan lagi sehingga naik minyak dan masukkan juga sedikit gula melaka.
5. Masukkan kentang dan juga ayam...gaulkan sekejap
6. Masukkan plak santan dan biarkan mendidih dan kentang empuk.
7. Masukkan tomato dan juga bendi.
8. Sedia untuk dihidang.

8 ulasan:

Najib Ariyan berkata...

terima kasih... saya mungkin akan habiskan ayam kat dalam peti sejuk tu nak buat kari nampaknya... sedap tu.. boleh tahan...

Nooriah Abdullah berkata...

selamat malam cheqda,amboii malam2 dok tayang kari la pulak, kakmoor dah nak berlabuh tirai ni hahaha kari simple macam mana pun tetap sedap jugakkk

norhidana miswan berkata...

dana suke ngn kari ayam cheqda bg nih, simple je kari nyer... dana suke boh bendi dlm kari... jd makin pekat...nyum3

cheq da berkata...

Pandai masak rupanya najib..cubalah

cheq da berkata...

Baru smpat nk update komen kak noor...bz dgn sukan sek

cheq da berkata...

Bendi jea cheq da mkn lebih..hihihi

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

simple kak che da? kalau akak dapat makan gini pun cukup heavenn..

cheq da berkata...

Hihihi..buat bahan simple kak..so letak jea simple..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...