Ahad, 15 Februari 2015

Pau Kukus Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pau kukus simple...intinya cheq da buatkan inti kelapa gula melaka. Bila teringin apa2 pun simple jea...layan. 


Pau kukus simple
 Bahan-bahan:
  •     3 sudu minyak masak
  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 sudu yis mauripan
  •     2 sudu susu pekat manis
  •     1 sudu gula
  •     1/2 cawan air suam
  •     sedikit garam

Cara-cara:
  1.  Masukkan yis, air suam dan gula  kedalam satu  bekas. Kacau dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Ketepikan.
  2. Gunakan bekas lain masukkan tepung gandum, susu pekat minyak masak dan sedikit garam. kacau seketika.
  3. Masukkan campuran yis tadi. Uli hingga menjadi doh, kemudian bentukkkan bulat.
  4. Biarkan hingga doh naik. Tutup dengan plastik.
  5. Leperkan doh, masukkan inti. Biarkan dia mengembang lagi.
  6. Kukus pau tersebut selama 10 minit. Siap

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

inti paste kacang masih ada macam nak buat jugak pau, tengok pau cheqda cam sedapppp ja ni

iryanty ahamad berkata...

yan suka juga buat pau ni..selalu buat lebih untuk sejuk beku..nak makan tinggal kukus je...tapi pau inti kelapa tak pernah pas buat...tak jadi2 intinya..tak tahu knp :-((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...