Isnin, 9 Februari 2015

Roti Sarang Lebah lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila tengok gambar roti sarang lebah ini...alahai sedapnya la..cuma nak membuat agak kemalasan cikit. Buat roti ini minggu pertama bulan Februari sebab kakak ipar sekeluarga bertandang ke rumah. Bangun pagi terus uli doh roti dengan breadmaker. Di samping siapkan makanan pagi yang lain, bolehlah tunggu dohnya siap. Kira2 satu jam setengah siap doh dan Cheq da terus gental bulat2. Buat dalam dua bekas sebab nak bagi dia buat balik Shah Alam. Resepi roti Cheq da masih gunakan doh yang biasa untuk buat roti. Entah lah memang dah serasi dengan rotinya yang sangat lembut. Cuma untuk sos butterscotch ini, Cheq da gunakan yang Kak Ina..Link klik DI SINI
Memang terbaiklah sos  butterscotch dari Kak Ina ini...lepas ni terus dengan resepi ini jealah. Bagi sesiapa yang berminat nak join kelas roti boleh contact Kak Ina ini terus yea.




RESEPI ROTI LEMBUT GEBU 
Copy dari: Mas Duniaku

Bhn2:

500 G TEPUNG HIGH PROTEIN

250 ML AIR SEJUK PETI

1 BIJI TELUR

30G G SUSU TEPUNG

80 G BUTTER @MAJERIN

1 SUDU KECIL GARAM

85GM GULA

1 PAKET YIS(11GM)



CARA:

MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.

MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.

DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.

BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..

MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2



Cara Mas ( Guna Mixer )  :

Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.

Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..

Uli hingga doh licin dan elastik...

Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.

Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.

Keluarkan roti dan sapu marjerin..

Sedia dimakan..

untuk hiasan di atas roti ini...boleh taburkan almond flakes, biji labu dan juga bijan hitam

10 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

salam cheqda, lapar ni tengok roti sarang lebah malam2 ni nak seketoiii

iryanty ahamad berkata...

meleleh leleh butterscotch..selalu makan roti gardinear ( tak tahu betul ker tak ejaannya
:-P ) butterscotch

Qaseh Vee berkata...

selalu uli roti guna tangan je . senang bila ada read maker ... yg meleleh tu buat terliur ...

Rina Audie berkata...

saus yang melelh sungguh menggiurkan. mau dong yang masih hangat untuk teman minum teh...

norhidana miswan berkata...

mkn lak panas2 sodapnyer

cheq da berkata...

Kak noor pon boleh buat kak noor...kacang jea ni bg kak noor..hihihi

cheq da berkata...

Yea yg fresh lg sedap yan...cubalah uli tgn pon boleh

cheq da berkata...

Pemalas cam cheq da senang guna bread maker qaseh..hihihi

cheq da berkata...

Jgn lupa mencuba ibu rina

cheq da berkata...

Xtahan yg berketul2 masuk mulut dana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...