Khamis, 12 Februari 2015

Mee Goreng Mamak..special punya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekali sekala memamak dengan mee goreng mamak pun best juga.

Mee Goreng Mamak
By: Azian Hassan.blogspot.com

Bahan
1 bungkus mee kuning
2/3 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
3 biji telur
2 keping tauhu yang telah digoreng dan dipotong dadu
Cucur bawang dipotong dadu ( campuran tepung gandum,kucai, garam dan 1 biji telur)
Ubi kentang rebus di potong 4 (kalau tak ada pun tak apa- semasa buat ni terlupa nak rebus ubi kentang)
Sayur – boleh guna sawi atau kobis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit kicap mee/ kicap biasa
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram

Cara membuatnya:

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan
Masukkan 2 sudu besar sos mee mamak ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Masukkan sayur dan gaul rata
Masukkan mee kuning dan segala jenis kicap, sos cili dan sos tiram
Gaul sebati  dengan menggunakan api yang besar
Perlahankan api dan buat lubang ditengah-tengahnya
Pecahkan telur dan biarkan sebentar
Kuatkan semula api dan gaul sekali dengan mee dengan tauhu, cucur dan ubi
Jika tak cukup sos mee mamak, boleh tambah lagi
Jika nakkan mee tersebut agak basah, boleh tambahkan air sedikit
Angkat mee dan hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, bawang goreng, daun bawang dan hirisan limau
Bahan-bahan: 2 kg mee kuning 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah 4 batang sawi (dipotong) 1 mangkuk kecil taugeh 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil) 2 biji telur 1 biji tomato (dipotong kecil) 60 gm isi udang dan isi ayam 1 cawan cili boh 2 sudu sos tomato 1 sudu kicap pekat 1 sudu kicap cair Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk hiasan: Hiasan: Cili merah (dihiris) Daun bawang (dihiris) Bawang goreng Limau kasturi Cara menyediakan: Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

8 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

mintak sepinggan cheqda :-)) lawan dengan ais limau sedap ni...

mardiana abu darin berkata...

Huhuhu...pagi pun buat sarapan mee goreng. Cuma bukan meet goreng mamak...tapi mee goreng version melayu*_*

cheq da berkata...

Yan..mai ch ni..

cheq da berkata...

Senang kan..xmau mkn nasi mkn mee..tak kira versi apa pun

norhidana miswan berkata...

lahai,.. sdpnyer, dana jns kalu bt boh bwg merah... versi akka bwg pth je ek... ohooo... blh try nih... tp dana takde sos mee mamak

chefgunawanjamil Obie berkata...

nice

cheq da berkata...

Tq

cheq da berkata...

cubalah..akak hari tu pun xletak sos mamak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...