Selasa, 7 April 2015

Perhentian Island Resort (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambungan part 2 di hari kedua kami di sini. Apa yang menyeronokkan bangun seawal dingin hari dan bersiap2 untuk minum pg. Ianya bermula seawal jam 7.00 pg hingga pukul 10.00 pagi. Paling menarik banyak menu yang ditawarkan. Pendek kata tak payah bawa bekal pun tak pe. Turun awal pagi air surut..maka..boleh berenang renang sampai ke tengah lautan..Subahanaallah cantik sungguh kejadian alam milik yang maha esa ini.



Dalam duk berenang renang..si afiq jumpa timun laut a.k.a gamat. Tak sangka first time jumpa..geli geleman nk pegangnya. Lepas dibawa daratan sekejap lepaskan ia semula di tempat tinggalnya.


Check..kami dah sampai di sini...


Pantai di perhentian island resort ini juga merupakan pilihan untuk snorkeling..kelihatan bot-bot singgah di sini mengikut trip masing-masinh. Untung kami dapat snorkeling sepuasnya di hadapan resort ini.


Peace dari kakak...masa ini kami mengambil trip untuk melihat hidupan laut di tempat yang lain. Sewanya utk satu trip ini..dewasa rm40 dan kanak-kanak bawah 12 rm25..Tiga tempat telah dibawa oleh pemandu dan pembantunya.



Tak dapat gsmbarkan keseronokkan bila dapat melambung-lambung di atas air...nasib speed bot..tak la pening..



Tempat pertama yang dibawa adalah merupakan tempat yang agak dalam..serang sejuk dibuat..cheq da turun sekejap bergantung di tali bot nk lepas memang tak berani sebsb terlalu dalam. Anak-anak buah dan suami seronok sampai tak tahu naik.



Si Aishah leka dengan ikan yang mengikutnya..Aishah ini baru jea darjah 4 tp mengalahkan mak saudaranya.



Tempat yang ketiga di Jeti Taman Laut..tempat yang kedua di pesisiran pantai..kami sempat main air dan sempat juga melihat orang sedang berlatih nk menyelam untuk dptkan lesen.


Si Haziq cam biasalah..salah satu cara nk selamatkan dirinya dari dibawa masuk dalam air..paling selamat ialah tidur jea la...sabar jea la dengan si Haziq ni...



Memsng puas hati kakak cheq da yang seorang ini dapat berenang..cheq da pun masih takut nk tenggalam csm depa ini..duk jea ambil gambar mereka..nantikan hari last kami di sini dalam part 3 yea.

6 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

wah syoknya cheqda. tang main ikan tu besttt budak2 kalau dgn air mmg suka sngt ni..

chefgunawanjamil Obie berkata...

bestnye,,,
memang chatek views kat sane..
gamat tu unik..
snorkling lagi tu cheq da

iryanty ahamad berkata...

seronoknya budak2 tu...sesekali bercuti..hilang stress kan cheq da

cheq da berkata...

Memang seronok

cheq da berkata...

Cantik chef..

cheq da berkata...

Betul..betul..betul..waktu ni berlambak kertas periksa belum ditanda..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...