Ahad, 5 April 2015

Aduhai Sambal Hitam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Salam di hujung minggu buat semua warga blogger. Nampaknya blog bersawang sudah berminggu. Bukan apa, masa rasanya terlalu singkat dari minggu ke minggu. Aktiviti di sekolah plak berlambak-lambak menyebabkan masa untuk menaipkan n3 agak terhad...(ayat orang yang malas sebenarnya)
Oklah berbalik kepada n3 pada hari ini...Cheq da nak tayangkan belimbing buluh sampailah dijadikan sambal hitam Pahang mengikut kefahaman Cheq da..maklumlah Cheq da pun bukan orang Pahang pun.


Kisahnya bermula, bila balik di kampung bulan 3 yang lalu..pokok belimbing buluh di belakang rumah kakak ini berbuah dengan lebat. Boleh tengok sendiri kan,sampai tak nampak daun..
Terasa geram sangat..ambil punya la ambil dapat satu baldi pun masih lagi banyak di atas pokok tu.


Cheq da tak la ambil satu pokok tu...nanti pengsan la plak nak merebusnya. Yang memang first time buat sebab mengikut kefahaman Kak Basimah iaitu bekas CC sekolah Cheq da katanya nak merebusnya memakan masa sampai berjam-jam. Sebab itu depa guna dapaur kayu. Cheq da tak larat nak jaga api so guna dapur ma..mungkin separuh tong habis kot..

Buah belimbing ini dibasuh dan dibuang tangkai yang dihujungnya. Cuci bersih-bersih..nak cuci pun satu hal juga sebab banyak sangat..hihihi

Yang dah siap dicuci, Cheq da letakkan dalam periuk yang agak besar...biar muat semuanya.
Taburkan sedikit garam..Ianya direbus tanpa air sampai bertukar warna dan air yang keluar dari rebusan tersebut kering balik.
 Semasa merebus, airnya akan keluar banyak cam ni la..nak rebus plak tak boleh air besar..kena kecik jea..kalau tak nanti hangus. Cheq da kacau juga buah ini, tapi kalau yang orang Pahang buat, depa rebus dalam tin dan tak kacau..sebab tu kalu tengok yang Cheq da buat agak hancur..yang kak Basimah pernah berikan cantik elok jea.


Yang ini, Cheq da toskan,buang cikit-cikit air yang masih berbaki. Dah siap cam ni, bolehlah disimpan dalam bekas dan kalau nak dibuat sambal itam...boleh diambil. Belimbing buluh bila dah cam ni boleh disimpan agak lama yea. Ini hasilnya selepas 4 jam direbus..tapi menurut Kak Basimah...kalau di Pahang sampai 8 jam pun ada..dia punya hitam buah yang direbus tu lagi cantik.

Ini proses membuat sambal hitam bermula...tumbuk pun tak lumat sangat...tapi cayalah memang sedap sampai kakak-kakak dan abang ipar yang merasanya masing2 copy resepi. Tak puas makan dengan nasi panas sampai bertambah-tambah.

Ini lah rupanya sampai hitam versi Klate Cheq Da..kalau nak tgk resepinya boleh LINK DI SINI.

3 ulasan:

  1. Aikkk... bakpo belimbing buluh mu ni hijau gelap? Hok aku cerah cikit....

    BalasPadam
  2. lebat nya buah asam belimbing tu...geram nak petik..besar2...kalau yan asam belimbing nie dibuat jeruk atau masak lemak

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...