Sabtu, 25 April 2015

Sambal goreng ikan tongkol

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu ni sebenarnya cheq da buat sebab nk habiskan ikan tongkol yang cheq da beli dan cheq rebuskan.
Beli dua ekor so terbanyak la plak. Dah gulai sekali dan yang selebihnya duk fikir nk dibuat apa.
Cheq da google2 sampai terjumpa satu menu dari seberang..baca dan olah sendiri ikut citarasa kita.
Tu yang bagi nama sesuka hatiku.


SAMBAL GORENG IKAN TONGKOL
BY:CHEQ DA

Bahan
1. Ikan tongkol yg telah direbus dan dibuang tulang serta diracik2.
2. 5 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 sudu besar cili pes...nk pedas boleh lebih
5. Sedikit cili api yang dihiris
6. Sedikit garam dan gula
7. Sedikit kicap
8. Sedikit minyak

Caranya
1. Bawang merah dan putih dipotong dadu dan ditumis dengan sedikit minyak sampai naik bau.
2. Masukkan cili pes dan kacau.
3. Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan isi ikan tongkol dan kacau sebati.
5. Masukkan cili api yang dihiris dan goreng sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

****kalau ada resdung..boleh kurang makannya sebaba suami cheq da lepas mkn gatal la plak matanya..sebab mkn sampai tak ingat dunia.

3 ulasan:

mama 3farhanah berkata...

Sedapnya. Kalau tukar guna ikan sardin pun boleh jugak ni.

Nooriah Abdullah berkata...

tak payah fikir tulang cheqda dah buang senang sikit kan nk makan

iryanty ahamad berkata...

boleh cuba nie ceqda...tak ada mbazir..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...