Ahad, 9 Ogos 2015

Sambal Buah Kuini

Assalamualaikum dan salam sejahtera
First time buat sambal kuini..sbb masih musim di kampung..bonda bekalkan 3 biji buah kuini. So xtau pe nk buat. Kebetulan member di sekolah kata sedap dibuat sambal. Buat sambal pun google sana sini juga.
Last2 jumpa resepi ini. Memang sedap la..tambah senang plak tak payah nk tumbuk bagai..guna jea tupperware chooper turbo. Memang kerja xsampai 10 minit. Bila dah siap...bawa bekal ke sekolah. Masing2 angkut ke kantin sambil makan dengan nasi.
Sebenarnya kejadian sambal ini di bulan April lagi tp disebabkan terlampau rajin..tertangguh la plak.


Sambal Buah Kuini
oleh:Blog Home Sweet Home
Bahan:-
2 biji buah kuini yg masak kekuningan (kupas dan diracik2)
4 biji cili padi
3 biji cili merah
3 cm belacan - dibakar sedikit
2 sudu besar air asam jawa
garam secukupnya
sedikit gula
Cara Menyediakan:-
Kisar atau tumbuk (*kalu berani laa..takut terpercik je) kesemua bahan kecuali buah kuini. (akak masukkan juga 2 sudu besar kuini yang diracik semasa blend). Kemudian tuang ke dalam bekas dan gaul dengan buah kuini tadi. Seimbangkan rasa pedasnya..jangan menyengat sangat! Siap untuk dimakan bersama ulam dan nasi panas2...

9 ulasan:

  1. Salam singgah .. Sedapnya x pernah lagi buat sambal cam ni

    BalasPadam
  2. Meleleh air lior ni cheq da, mana nak cari kuini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah lah..kalau kat kg ada lah tp buahnya pun ikut musim

      Padam
  3. salam ceqda
    nampak sedap sambal nya berayaq sukaaa

    BalasPadam
  4. Buah kuini tu mcmna rupanya cheq da? Wana nak tengok..selalu dengar tentang buah kuini tp x tau mcmna..huhu

    Btw, Mmg Nampak Sedap sambal tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah kuini ni cam buah macang jgk..tp saiz lbh kecil sedikit..bau pun lg semerbak dr macang..tak tau la plak saintifik nya plaj

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...