Cream Cheese Roll...
oleh: Yani (My resepi)
Bahan-bahan ( 8 biji )
- 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
- 230g tepung roti
- 20g tepung gandum
- 30g butter
- 20g gula
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil dry yeast
- -----------------------------------
- *krim
- 80g cream cheese
- 20g gula
- 100ml fresh cream/whipping cream
- telur
- chocolate rice secukupnya
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh. ON.
- Bila dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10-15 minit.
- Sementara tu, sediakan krim. Pukul semua bahan-bahan untuk krim sehingga jadi krim yg lembut. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
- Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
- Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. Kemudian sejukkan.
- Bila roti dah sejuk. Bolehlah paipkan krim ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat rice.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan