ni la gaya sebelum bermula acara larian...control ayu g2.. |
Salam dan selamat malam untuk semua. Hari ni hari yang agak mengejutkan kami di sekolah kerana 2 orang pentadbir sekolah iaitu GPK 1 dan GPK Koko terpaksa ditukarkan ke sekolah lain kerana alasan atas keperluan perkhidmatan. Bagi cheq da memang la terasa kehilangan mereka kerana sewaktu mula2 cheq da ditukarkan ke sekolah ini,mereka berdua merupakan orang yang mudah untuk berunding,tambahan plak bidang cheq da sebagai setiausaha peperiksaan banyak memerlukan bimbingan dan dorongan mereka dalam semua aspek yang diperlukan.
Jadi berbalik kepada n3 pada hari ni,iaitu merentas desa di peringkat sekolah adalah acara terakhir bagi Puan Hasnah atau lebih dikenali sebagai kak nah dalam kalangan kami menguruskan acara sukan peringkat sekolah. Jasa beliau amatlah la besar kerana sewaktu beliau menguruskan bidang koko ni,banyak kejayaan yang dikecapi oleh sekolah kami. Jadi terasa la kehilangan mereka sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata2.
pelepasan PB oleh setiausaha sukan sekolah |
Acara merentas desa ni telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu
pada 1 Februari, ini kerana merentas desa di peringkat daerah akan
diadakan pada hari Selasa iaitu esok bertempat di Ringlet kerana pada
tahun ni SMK Ringlet telah menjadi tuan rumah. Apa yang cheq da harapkan
agar semua pelajar yang terpilih dapat menyumbangkan pingat untuk
sekolah.
bila dah penat berlari...apa lagi..jalan la plak |
Untuk tahun ni,memandangkan su sukan pun baru,check point untuk cheq da
jaga adalah berbeza dengan tahun2 yang lepas. Tahun ni cheq da dapat
checkpoint yg agak sibuk kerana berada di simpang 3 yang memerlukan
banyak kawalan,kalau tak jadi betul2...alamatnya?????????sepertimana yg
kita tahu jalan cameron highlands berbukit2 dan penuh dengan kenderaan
yang keluar masuk. Pada pagi 2 jugak kawasan yang cheq da awasi ada plak
pasar pagi..jadi jenuhlah nak kawal kenderaan yang keluar masuk dan
pelajar yang berlari kerana mereka ni tau nak menang sahaja. Tapi semua
berjalan dengan lancar dengan bantuan kak rini,khairul,che mat dan
beberpa orang rela yang bertugas. Akhirnya ianya dapat dilaksanakan
dengan lancar dan baik.
ni la dia rumah BETA yang cheq da salah seorang guru penasihatnya |
Pada tahun ni rumah sukan cheq da iaitu rumah Beta telah memenangi
tempat ke2 dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah Sigma yang
memang kelas la pelajar2nya. Apa2 pun tahniah diucapkan kepada semua
yang telah berjaya menjayakan rentas desa pada tahun ni dan terima kasih
kepada kak nah atas segala usaha bersama2 dengan warga SEMEKAR...rindu
kami sentiasa bersama2 anda...
ni dah di dalam dewan untuk penyampaian hadiah |
oitttt....mana gambar aku? mentang2 le aku jaga dalam semak...
BalasPadam@Cheq Sue
BalasPadamgambar hang adalah 2 ketul kat padang tp tak leh nak upload..erorr
ada dalam pen drive