Teringin nak makan pizza....hehehe..memang la teringin. Ianya bermula bila cheq sue buat pizza dan bagikan kepada cheq da satu hiris. Pas makan 2 terus rasa tak puas makan. Balik rumah tengok barang semuanya cuma cheese jea tak ada. Telepon jea suami minta belikan keju. Lalu keluarkan breadmaker yang dah lama tak berfungsi 2 bekerjalah untuk melaksanakan pizza dapat disediakan. Oleh kerana malas nak buat sos yang selalu cheq da,cheq da sapu jea sos tomato dan cili..tabur plak benda alah2 untuk jadikan pizza ala2 seafood. Resepi cam biasa guna yang selalu guna iaitu resepi sedia ada dari dapur tanpa sempadan. Oklah layan pic yang dah lama masuk perut.
sungguh menyelerakan bila dapat menikmatinya puas2. Sedap bila dimakan panas2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan