Rabu, 13 November 2013

Cencaru sumbat berlada...

Entry ke-250

Cencaru sumbat berlada

oleh:hanahoney 571 (my resepi)

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 ekor ikan cencaru (Bersihkan dan belah di belakang)
  • 15 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato (sederhana besar)
  • Garam, gula, serbuk kunyit dan serbuk perasa

Cara-cara

  1. Kisar cili kering, 1/2 biji bawang besar, bawang putih belacan, garam dan gula. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. 1 bahagian dicampurkan dengan sedikit air asam jawa, 1/2 biji bawang besar dan tomato (kedua-dua bahan ini dihiris)
  3. Kemudian sumbatkan di belakang ikan yg telah digaulkan dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak (Api jgn terlalu kuat supaya masak semua bahagian)
  4. 1 bahagian lg yg dikisar td di tumis di dalam minyak sehingga garing. Jika perlu, tambahkan garam dan gula.
  5. Tambahkan air asam jawa. Biarkan sehingga kering dan masukkan bawang besar yg di potong bulat. Kemudian, curah/tuang atas ikan td. Siap. 

2 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam cheq da..

nampak sedap..terliur la pulak..

mala berkata...

kat sini tak ada cencaru. setiap kali balik mak mmg dah tau anak dia mesti nak makan cencaru belah belakang :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...