Selasa, 12 November 2013

Mee Hailam tangkap leleh...

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Masih lg berbicara tentang mee.Kali Cheq da cuba plak mee hailam. Bukan kalu duk makan mee goreng jea..muak la jgk kan. Sememangnya kalu dah sesi malah masak dan jika ada urusan sekolah tiba di rumah pun dah lewat,maka hidangan seperti ini lah menjadi sasaran cheq da. Nasib la suami dan anak2 mudah berkira tentang makan ni. Untuk resepi ni,masih lagi  mengambil resepi dari my resepi. Namun,untuk kandungan tepung jagung sememngnya cheq da kurangkan sukatannya coz tak nak kasi pekat..apa2 pun masih lagi sedapppp...kebanyakkan bahan yang ada dalam resepi tak dimasukkan semuanya tapi untuk panduan pengunjung blog ni,cheq da copykan semuanya..
Selamat mencuba dan terima kasih kepada penyumbang resepi raihanna..


Mee Hailam Tangkap Leleh

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500gm mee kuning (dicelur dan ditoskan)
  • *1 biji bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *sedikit halia
  • *4 tangkai cili kering(rendam ngan air panas supaya kembang)
  • *semua bahan2 di atas di blender sehingga hancur.
  • Baby Corn
  • 1 batang Carrot (dipotong mengikut citarasa)
  • Fishcake dan fish ball jika suka
  • Sedikit Kobis
  • 2 biji tomato dipotong 4
  • 2 tangkai sawi
  • 4 sudu besar sos tiram
  • kicap secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung (dbancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
  • air rebusan daging ( didihkan 500 gm daging bersama2 dengan 700 ml air..kemudian asingkan daging)
  • air rebusan sotong dan udang (didihkan 300 gm udang +sotong bersama2 400 ml air... kemudian asingkan udang + sotong)
  • bahan2 hiasan seperti cili hidup,daun bawang,daung sup,limau kasturi dan bawang goreng

Cara-cara

  1. 1. Tumis semua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan fish ball,fish cake dan daging yang direbus tadi. Tumis sehingga kecut sedikit.
  3. Kemudian,masukkan air rebusan daging dan air rebusan udang + sotong tadi.
  4. Masukkan pula kicap secukupnya,sos tiram dan lada hitam...
  5. Bila dah mendidih, baru masukkan sayur2 tadi seperti babycorn,carrot dan kobis.
  6. Kemudian masukkan udang + sotong dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Akhir sekali masukkan tomato dan sawi... Biarkan sehingga kuah mendidih dan likat... Rasa garam...kemudian boleh la dihidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur..
  8. Hias dengan cili hidup yang dihiris, daun bawang + daun sup + limau kasturi.. serta taburkan dengan bawang goreng.. Siap untuk dimakan...



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...