Selasa, 19 November 2013

Roti Bun Kacang Merah Zack..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 
Apa kahbar??. Diharapkan semoga pengunjung di luar sana sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan hidayahnya.
Oklah untuk n3 kali ni,cheq da tampilkan pula bun kacang merah. Sebenarnya dah agak lama bun ni dibuat..rasanya dah hampir setengah tahun. Semalam duk tengok gambar2 yang ada..rupa-rupanya ada lagi n3 yang belum sempat diuplaodkan. Untuk resepi kali ni, Cheq da google dari blog ZackZachoes. Memang agak mudah untuk menyediakannya memandangkan Zack buat langkah step by step. Bun yang sangat sedap untuk dinikmati terutamanya ketika masih panas. Copy resepi yea Zack untuk tatapan akan datang. Untuk resepi ni Zack hanya membuatnya dalam separuh adunan tapi cheq da membikingnya dalam satu aduanan,jadi dapat lah dalam 12 biji bun ni.

ROTI BUN KACANG MERAH
oleh: Zack Zachoes
 
Bahan-bahan (10 - 12 biji)

Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour 
150 gram tepung halus/ tepung superfine
1 sudu teh garam halus 30 gram susu tepung 1 sudu teh bread improver (optional) 
1 sudu teh bread softener (optional) 
4 sudu teh yis kering
* Gaul bahan di atas hingga sebati

Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram. 

Bahan C:
40g butter
40g shortening
* Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Untuk glis:
Baki 1/2bj telur Gred A + sedikit susu segar/air


Cara Menyediakan Doh Roti:(yg ni cheq da masukkan dalam breadmaker
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit 4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram (ku buat 90g) dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.


Cara membuat bun bunga kacang merah:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan.
 3. Isikan dengan inti kacang merah (tak perlu leper sangat sebenarnya).
 4. Bungkuskan inti kacang merah.
5. Terbalikkan doh.
6. Alihkan di atas baking tray. Gunakan pisau tajam untuk belah bentuk bunga. Pastikan jangan sampai terbelah dua di bahagian tengah.

7. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
8. Glis permukaan doh dengan campuran telur+susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Atau cara membuat Red Bean Stollen:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.
 
untuk langkah2 yang lebih tepat boleh link ke SINI yea.

4 ulasan:

norhidana miswan berkata...

cantiknyer nampak bun tuh kak

cheq da berkata...


Akak buat tak der cantik sangat..he3 tapi sedap..boleh cuba nanti

Bbwana adienia berkata...

salam cheq da..

wow, cantik la rupa bun tu..menarik dan nampak sedap.sesuai sangat ni makan bun breakfast pagi2 ni..

cheq da berkata...

Memang sedap bun ni..tmbh2 cheq da sgt dgn kacang merah ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...