Sabtu, 9 November 2013

Coklat oh coklat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog MKS ni.
Nampaknya hari berganti hari..penghujung tahun dah hampir ke penghujungnya untuk menutup tirai 2013.
Rasa semacam sekejap sahaja masa berlalu. Banyak pahit manis,suka duka yang telah dilalui sepanjang tahun ni. Alhamdulillah tempahan untuk tahun ni juga semakin bertambah. Muga para customer berpuas hati dengan sentuhan cheq da ni yea.
Ok lah sebenarnya n3 pada hari ni adalah berkongsikan coklat yang dah agak lama rasanya Cheq da membuatnya. Coklat yang dibuat ini dihadiahkan kepada Kak Mai yang telah berpindah ke Perak. Tak tahu nak bagi apa sempena dengan pepisahannya. Lagi sepanjang dalam masa 3 bulan dia ke SMK Kampung Raja dia kerap kali menumpang Cheq da ke sekolah.




COKLAT
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat
daripada blog:kak ita masam manis(resepi asal coklat oreo)

Bahan
300 gm coklat susu kompaun
sedikit badam yang telah dipanggang terlebih dahulu

Cara
Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag
Tuangkan dalam acuan separuh
masukkan badam
Lapiskan kembali dengan coklat
Tunggu sehingga keras
keluarkan dari acuan

**hiasan cheq da panas coklat putih dan sapukan atas coklat tadi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...