Selasa, 25 Februari 2014

Sotong celup tepung rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah masih lagi dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Untuk minggu ni,terasa seronok sedikit kerana dapat merehatkan diri dari aktiviti koko di sekolah. Jd bila di rumah banyak la plak menu yg hendak dibuat untuk mkn petang. Semalam goreng sotong celup tepung. Memandangkan ke pasar di kg tempoh hari,sotong plak murah,cheq da beli la 2 kilo untuk di bawa ke CH. Kalau di CH tak dapat la harga cam ni. Tambahan plak di rumah lebih sotong berbanding udang. Resepi google la. Bkn apa saja nk menambah koleksi.


Sotong Goreng Tepung 
oleh; Dapurmamasya 

Bahan A 
1/2 kg sotong potong bulat - basuh dan sejatkan 
1 biji telur 
4-5 sudu besar tepung Kentucky 

Bahan B 
2 sudu besar tepung beras 
2 sudu besar tepung Kentucky 

2 sudu besar tepung gandum 
1 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah 
secubit garam 

Minyak utk menggoreng - guna byk minyak 
Cara-cara 
Bahan A; gaul tepung dan telur rata2.Kemuduan gaulkan semua sotong kedalamnya. ketepikan. 
Bahan B; gaul rata semua bahan. 
Panaskan minyak. ambil sikit2 sotong yg telah digaulkan tepung (Bahan A) ,gaul lagi dlm Bahan B rata2 dan masukkan sikit2 ke dalam kuali . goreng sampai masak tp jgn lama sgt. juga jgn goreng byk2 sekaligus.


Terima kasih kepada dapur mamasya kerana sudi berkongsi resepi. Mohon copy di sini yea.

3 ulasan:

  1. aduhla sedapnyer nengok sutun tuh.... tp kan tkt nk grg sutun tepung gitu, tkt meletup2

    BalasPadam
  2. sedapnya... resepi simple dan cepat..

    BalasPadam
  3. salam cheq da..

    sama pula menu kita kan..kebetulan saya pun buat sotong goreng tepung ni..hehe..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...