Assalamualaikum dan salam sejahtera
Title pasal ladang anggur so n3 hari ni nak bercerita tentang ladang anggur yang terletak di Cameron Highlands. Kalau pembaca di luar nak tahu, di CH ini terdapat dua tempat sahaja yang terdapat penanaman anggur ini. Satu tempat di Bertam Valley dan satu tempat lagi di Blue valley. Anggur yang ditanam di CH ni hanya dapat dipetik 2 kali sahaja dalam setahun. Kali pertama adalah sekitar bulan Mac dan kali kedua sekitar bulan Julai nanti.
Teringat masa mula2 tahu pasal anggur ni tahun lepas, cheq da telah bersama2 dengan cheq sue ke tempat ni. Malangnya dah hbs musim cuma boleh tengok anggur yg baru nk berbuah sahaja. Nak tahu camana rasanya..rasanya tidak ubah seperti rasa anggur yang dibeli di pasar raya. Manis rasa dan kalau makan yang kecik rasanya teramat la manis tanbahan plak yg fresh dari ladang.
Bergambar dengan family..yea la bila sekali sekala ke sini..ambil la peluang ni kan. Mula2 masuk ke ladang terasa sangat teruja dengan buah anggur yg bergantungan ini.
Adik kakak dan juga Afiq tidak melepas peluang bergambar bersama.
Ini plak harga untuk sekilo anggur di ladang ini. Kalau beli banyak dapat la offernya.
Kami cukup lah sekilo sahaja belinya.
Ini plak view dari ladang tersebut. Biasanya pelancong tidak akan dapat mengetahui tempat sekiranya tidak diberitahu. Biasa tauke ladang akan naikkan signbord yg di atas 2 kalu ada buah yg boleh dituai.
Jadi kalau datang ke CH..boleh lah datang ke sini. Tp kena tunggu musim la yea.
alahai... bestnyer tgk buah anggur tuh tergantung2.... telan air liur nengok nyer
BalasPadamCheq da pun masa baru2 sampai teruja sgt
Padamsalam cheq da..
BalasPadambestnya tengok anggur yang sangat banyak tu..sangat fresh dan rasa macam nak petik masuk dalam mulut ni..heheh..
Taukenya p baik sgt bb sampai nk ambik gmbr..pun malu..over..hihihi
Padam