Khamis, 22 Mei 2014

Kerabu Ayam bersama mangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih lagi berkongsikan resepi masakan dari family. Terbaru kerabu ayam bersama2 dengan magga merupakan resepi kak leen cheq da. Dia plak dapat menu ni dari kawan2 tempat kerjanya. Balik minggu lepas kebetulan ada buah mangga...terus dia kata nk buat benda ni..jom tgk


Mula2 kena gorengkan ayam terlebih dahulu. Caranya pukul telur dan celupkan ayam di dlm telur. Salutkan dengan tepung kfc segera dan salutkan pula dengan breadcrumb. Goreng sampai garing. Potong ayam kecil2 mengikut saiz yg dikehendaki.


Yang ini pula tauhu. Sama juga dengan ayam potong tauhu dan goreng sehingga garing.



Mangga disagat seperti di atas. Buah mangga yang kakak cheq da buat ini sudah agak masak. Jadi rasanya kurang la cikit. Kalu yang agak kurang masak lagi sedap.


Campurkan kesemua barangan ini dengan bawang merah yang dimayang dan serai yang dimayang.


Tambahkan pula buah tomato untuk membangkitkan selera.


Campuran ini pula dicampurkan pula sos cili thai..sebenar kalu guna yg sos thai yg betul2 dari thai cap ayam lagi sedap. Sos jenama lingam ni agak manis.


Ini lah dio kerabu mangga bersama2 ayam...bila dah mkn pasti ingin tambah dan tambah lagi.
Selamat mencuba

1 ulasan:

  1. Perghhh terliur akak tengok petang hari ni cheq da .. nampak sedap tu ada ayam goreng lagi :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...