Selasa, 7 Oktober 2014

Aidil Adha 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nk cerita tentang hari raya korban yg disambut 2 hari lepas. Walaupun hari ni dah mula sesi persekolahan...terasa amat penat sebab sangkut jem sewaktu balik ke CH. Terasa amat malas hari ni.

Oklah cerita pasal raya ni..kami ni cheq da dan suami bersepakat nk korban 1 bahagian memandangkan dah dua tahun kami tak korban. Bila balik tempoh hari suruh ayah saudara suami carikan lembu. Family cheq da semua korban tahun ni cuma masing2 diam jea...tiba2 last minit baru nk korban. Selalu tumbang 1 ekor lembu untuk semua family tp tahun ni masing2 pilih lain2 tempat cuma cheq da dan dua kakak cheq da yang korban di tempat yg sama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.



Inilah lembu yang akan disembelih. Ketujuh2 orang yang korban hari tu cukup semua. Setelah selesai jual beli korban...lembu pun disembelih oleh ayah saudara suami.







Aktiviti melapah bersama2 secara bergotong royong.



Adik kakak pun teruja sebab kali pertama melihat orang sembelih lembu ni.
Selepas daging dibahagikan...cheq da buatkan nasi daging, sup tulang dan daging goreng utk mkn2 kat jiran2 dan daging2 pun dibahagi2kan juga.
Terasa penat sangat sebab cuti pun dua hari jea.
Apa2 pun terasa gembira kerana diberikan rezeki tahun ini untuk menunaikan acara korban ini.
Tahun ni giliran suami...In sha Allah tahun depan giliran cheq da pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...