Isnin, 1 Disember 2014

Go bang Maju Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah 3 hari sunyi tanpa n3. Bukan apa sibuk dengan urusan suami. Dari Jumaat hingga Ahad duk ulang alik naik kereta dari Ch ke Raub..dari Raub ke Gua Musang..dari Gm pula ke Temerloh dan kemudian balik semula ke CH. Hari ni plak dah last mengawasi exam SPM. Paper terakhir tadi ialah kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. So esok plak bergerak nk balik ke kampung setelah nk masuk dua bulan tak balik.

Oklah hari ni nk share kedai makan di Temerloh iaitu Go Bang Maju. Apa yang best di sini ialah patin masak tempoyak. Sebenarnya, Cheq Da kalau ke Temerloh..tak sah kalau tak pekena ikan patin ni. Restoran ini dibuka dari tengah hari sampai ke malam.



Lokasinya adalah berdekatan atau bersebelahan dengan jambatan Temerloh. Ada juga yg panggil restoran jambatan. Menu di atas hanya nasi yg sedia ada cam tu. Dipanggil nasi ulam beserta dengan sambal belacan. Kalau nk apa menu lain...layan diri jea. Kami hanya ambil 2 ketul ikan talapia goreng, semangguk ikan patin masak tempoyak dan juga telur dadar. Harganya pun boleh tahan la..nak-nak kalau ambil patin buah..mau nk beratus. Jadi kena pandai tanya dulu sebelum ambil.


Air kat sini memang terbaik la..cheq da order air jagung cincau...anak buah plak order air perasa yam..memang terbaik.



Kedai ini memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Kejap jea orang keluar masuk. Selain tu pais patin dan talapia pun ada. Harga cheq da tak pasti la plak.


Nasi ulam. Ada keropok sekali tu.


Si kakak pula penat sampai tertido..tak makan pun.
Nanti Cheq da kongsikan lagi tempat semasa kami ke Temerloh semalam.

10 ulasan:

  1. Alahai...sian dia..tertido kat meja makan...

    BalasPadam
  2. sian kakak sampai trtido..perut kosong nnt x mkn tu..akk nak cuba jgk la buat jagung cincau..biasa minum bandung cincau x de ice cream ..dappnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak perisa jagung jea ni kak zila..cincau tu dia campur dgn air susu..pah tu letak ais cream..sedap

      Padam
  3. nak kta kenyang tak makan pun si kakak tu kan, tapi sampai tertido lah pulak, selamat menjamu sleera cheqda ya pad ayg tak tido haha

    BalasPadam
  4. Letihnye dia smpi t'tdo.... smpi tmrlh xmkn patin tempoyak mmg xsahla jawabnye....^__^

    BalasPadam
  5. dgrnyer dh ada bukak cawangan kt kl kan... dana tak penah try lg, dana nih suke ikan patin tp tak la sampai hantu hehehe... tp kalu balik kerteh edy suke singgah mkn ikan patin kt rnr tu je hehehe... dana kadang ngendeng jgk

    BalasPadam
  6. Macam mini sunway lagoon. Banyak juga permainan dalam waterpark tu...

    Cuti sek memang anak-anak seronok la kan pergi tempat2 macam ni :)

    BalasPadam
  7. pergh, air dia... menggoda hati! hahaha...

    saya kalau x pekena ikan patin, memang x sah! sedap!! arhhh.. kempunan lak..

    akak, lepas ni, kalau boleh, listkan sekali erk harga2 dia berapa. senang orang nak tahu. hehehe..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...