Alhamdulillah dah pun hari ke-10 kita menjalankan ibadat puasa. Tuan tanah plak lesu tanpa n3 di bulan yang mulia ini. Mana tak nya berpuasa di kampung selama seminggu menyebabkan badan keletihan. Buka puasa hanya air sahaja yang dipandang. Kini dah hampir 5 hari berpuasa di CH..air hanya 2 hingga 3 gelas sahaja pelengkap dari berbuka hingga bersahur.
Hari ini baru berkesempatan masukkan satu resepi sambal kentang dengan ikan bilis. Google resepi dari Che Nom..apa lg tu rasanya resepi yang boleh dicuba untuk hari ini. Cukup lah sekadar 2 lauk dan nasi bagi Cheq Da dan suami berpuasa. Nk lebih2 plak memang tak de orang yg nk makan.
Sambal kentang ikan bilis
Ditulis oleh : Che' Nom
- Masa:
- Penyediaan: 10 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 30 minit
Bahan-Bahan:
- 3 biji kentang
- 1 mangkuk ikan bilis
- 3 ulas bawang merah, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 sudu kecil sos tiram
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- gula secukup rasa
- sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:
- Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
- Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
- Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
bertambah-tambah nasi ni......
BalasPadammmg layan mkn sambal kentang gini time sahur or berbuka kak
BalasPadamfavourite akak ni ..sedap buat ratah2 ..
BalasPadam