mashed potato homemade rasa sedap aje... |
ubi kentang yang sedia dibeli di supermarket...goreng jea.. |
coslow belasah jea jagung manis+carrot+kubis+mayonis |
Black Pepper Chicken Chop
Bahan-bahan ( 2 orang )-buat untuk 3 orang
oleh: aeeda78-my resepi
*UNTUK DIPERAP*
- 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 cm halia (cincang)
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar madu
- garam secukup rasa
- *SOS BLACK PEPPER*
- 1/2 botol sos lada hitam
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 3-4 cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam/gula secukup rasa
Cara-cara
- gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
- selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
- balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
- lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
- tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
- caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
Mashed potato-by yani (my resepi)
Bahan-bahan ( 2~3 orang )
- 2 biji ubi kentang
- 1 sudu besar butter
- 3~4 sudu besar susu segar
- sedikit garam
- sedikit parsley-dicincang(optional)
Cara-cara
- Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
- Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
- Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
- Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan