Rabu, 8 Ogos 2012

Ayam masak India...

Ayam masak india versi cheq da...sebenarnya lauk ni dah lama buat masa potluck kat sekolah tapi biasa la masuk nak share n3..resepi asalnya cheq da tak tahu la plak tp menu ni cheq da dapat daripada ibu cheq da...macam biasa cheq da selalu buat bahan2 dia anggaran jea dengan jumlah ayam yang ada...masa ni cheq da untuk 2 ekor ayam...so resepi hari ni pun just bagi bahan2 nya la yea...agak2 sendiri...campak2 dah pun siap..he3


AYAM MASAK INDIA
resepi: ibunda Jasmah

Bahan2...
1.Ayam..
(suka hati nak buat banyak mana-potong kecil2)
2. bawang Merah-dimayang
3. bahan putih-dimayang
4. Halia-dimayang
5. Rempah kari ikan
6. daun kari
7. sedikit kepala santan
8. lada kering yang diblender
9.kicap
10.garam,gula (secukup rasa)
11.minyak untuk menggoreng
12. Lada merah sebagai hiasan

Cara2nya:
1. Ayam digoreng terlebih dahulu...gaulkan terlebih dahulu dengan sedikit garam
2. Bahan2 tumisan-masukkan bawang merah,putih dan halia-goreng sampai wangi dan garing
3. masukkan lada kering dan rempah kari ikan-kacau sampai naik minyak/rempahnya masak
4.masukkan kepala santan,garam dan gula,kemudian masukkan ayam..goreng cam biasa
5. setelah masak dan rata masakkannya masukkan daun kari dan kicap...kacau sampai masak
6. Setelah masak...boleh la dihidangkan..



2 ulasan:

  1. sedapnya tgk...mkn nasi panasx2 ni memang berselera ni:)

    BalasPadam
  2. salam syawal. lama dah tak jalan-jalan blog.. sedap nampaknya tambah tengah lapo blm makan tgh..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...