Rabu, 30 Oktober 2013

White Chocolate Macadamia cake...for baba

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya dah lama menenti untuk membaking kek ni..untuk makan2..cuma menanti hari yang bahagia sahaja.Ini kerana masa duk lihat teknik membuatnya di blog Kak Azlita Masam manis stepnya cam susah jea..tapi bila dah buat sendiri,agak kepenatan jugak la yea nak menyiapkannya.
 Lagipun  kacang macadamia ni mahal jugak harganya. Kacang ni plak dah lama dah beli cuma tunggu masa jea membakingnya. Masa buat kek ni memang terlintas nak suprisekan seseorang..
maklumlah asyik duk buat kek yang ditempah sahaja,sedangkan kek birthday anak-anak dan baba sendiri jarang dibuat dan kalau buat pun ala kadar sahaja.


 WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE
Oleh: Azlita Aziz masam manis

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk



SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata 

KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti


 Apa macam panjang tak kaedah penyediaannya...lotih makk tau..hehe tapi kek ni memang sedap tambah2 bila dah keluar dari peti sejuk...nyaman jea tekak merasainya. Masa buat surprise,kek ni dibawa ke KFC sebab malam 2 sempena dengan birthday baba,kami sekeluarga makan di sana, baba sangat terkejut dan dia ingat cheq da buatkan kek yang ditempah...pe2 Happy Belated Birthday Baba..


2 ulasan:

  1. wah, Nampak sedap la kek tu..Tengok cara buat macam rumit juga ya..

    BalasPadam
  2. Berpeluh jgk..kejap2 kena tgk stepnya tkt salah

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...