Jumaat, 8 November 2013

Yu Wen Turns One...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
N3 untuk kali ni masih lagi dengan n3 tempahan. Kek kali ni diorder oleh Puan Khor Siew Fun selaku teman pengajar di sekolah Cheq da. Disebabkan Yu wen merupakan anak yang dah lama dinanti2kan oleh beliau setelah 13 tahun menanti cahaya mata yang kedua ni..beliau request nak kek fondant dan memberitahu cheq da sebulan awal dari tarikh lahir anaknya ni, namun disebabkan kurang pandai,cheq da tolak sebab tak reti nak mendeconya.Tambahan pula baru jea balik dari bercuti sempena raya haji..jadi mood kureng la sedikit. Selepas dia request plak nak kek princess dengan tema kuning dan hokaido dalam 60 biji. Yang 2 cheq da setuju sebab boleh la dideconya sebab dah biasa buat kan. Majlis hari jadi ni sangat la meriah,selepas dibuat jamuan untuk guru2 di sekolah,dia buat pula majlis di rumah umtuk jemputan kaumnya sahaja dan rakan2 serta teman2 seagama. Apapun terima kasih kepada Khor sebab masih sudi menempah.


 Kek vanila dan coklat digabungkan dengan filing blueberry dan fresh cream topping. Agak lambat juga mendeconya sebab nak memikirkan idea untuk kek ni. Tapi alhamdulillah Puan Khor suka dengan sentuhan yang simple jea bagi Cheq da. banyak lagi yang perlu diperbaiki dan perlu dipelajari untuk memastikan kepuasan pelanggan dan diri sendiri.



Seronok betul Yu Wen,kek birthday sampai 2 biji..bagi masyarakat Cina menurut Puan khor tahun pertama anak mereka sememangnya akan disambut dengan meriah. Untuk kek sahaja pun belanjanya mencecah sampai beribu katanya. Gambar2 ni ehsan daripada Fb Puan Khor.


yang ni plak hokaido yang telah disusun oleh para pelajar sekolah yang banyak membantu beliau sepanjang jamuan ni.

Terima kasih dan harap sudi menempah lagi.

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...