Isnin, 21 Julai 2014

Kuih Gulung (ketayap)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila teringat nk mkn memang selalu kena buat kan. Bukan apa kalu yang dibeli kadang kala tidak mengikut citarasa kita. Disebabakan ada kelapa muda yg dibawa blk dari kg..maka godek lah resepi. Dulu kalau nk buat main bantai jea. Tapi sebab dah moden..google dulu resepi. Kuih ada lah salah satu menu berbuka cheq da. Tersangat puas hati.




Resepi Kuih Gulung (Ketayap)
Dapur Malaysia 
Bahan-bahan (kulit) – 20 biji

300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
  1. Untuk inti, panaskan air di dalam periuk. Masukkan gula Melaka dan cairkan.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga sekata.
  3. Untuk inti, boleh juga ganti gula Melaka dengan sirap dan gula untuk dapatkan inti berwarna merah.
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat. Biar sehingga masak. Terbalikkan (terlangkupkan) jika perlu.
  4. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  5. Siap untuk dihidangkan.

6 ulasan:

  1. cheq da..sedapnya nampak inti tu..mesti sedap tu..kelapa muda ye cheq da,,
    dirumah acik ni susah betul nak beli kelapa muda yang boleh buat inti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan blk ke kg kelapa yg sedang elok buat inti ni ada terus bw blk ke ch dan buat inti sebab teringin sgt nk mkn ketayap

      Padam
  2. sedap nih kak... nostalgia betul kuih ketayap nih,... tp tak penah bt walau sekali nyeh3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih ni byk org jual dana..nk mkn cikit beli jea..hihihi

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...