Menu hari keempat pula cheq da nk tayang hari ini. Semlm ada la semangat cikit nk memasak tp masih dlm kategori simple mimpe.
Untuk hari keempat ini jugak dapat plak lauk dari kak siti selaku jiran baik cheq da.
Jemput2 a.k.a cekodok jagung ini teringin nk buat bila suami kak siti iaitu bagi 3 tongkol jagung madu. Ramuannya cheq da cuma bancuhkan jagung yg cheq da hiris halus dicampur dgn tepung gandum,sedikit garam dan digaul bersama susu segar sebab nk menghabiskan stok susu segar dlm ais box.
Sayur taugeh yg baki dibuat kerabu hari pertama puasa. Goreng jea bersama kicap dan fish ball.
Daging bakar sekadar pelengkap lauk yg lain.
Yang ini pula bila teringin sangat nk mkn yg pedas2.
Balik sekolah singgah di pasar beli timun jepun ni untuk dibuat ulam dan di mkn bersama sambal tempoyak. Suami minta maaf la memang xmkn tempoyak kalu dibuat cam ni.Rendang ayam menu dari kak ct.
Ini pula menu utama sebenarnya. Singgang daging ala cheq da.
Caranya: hiris daging dan basuhkan dgn bersih
Campurkan dgn air dan masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih.
Ketuk kan lengkuas dan masukkan sekali
2 keping asam keping
Tumbukkan sedikit ketumbar dan masukkan
Sedikit lada kering yg di mesin
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit budu kelantan tapi kalu tak nk letak pun tak pe
Rebus sehingga masak dan siap boleh dihidangkan.
Simple jea kan membuatnya.
Ini sahaja menu hari keempat...air pula susu HL perisa coklat dan air masak jea.
banyaknyer menu kak... semua nmpak sgt2 sedap.... singgang daging tuh mmg nmpak mabeles lah
BalasPadamlamanya tak buat singgang daging tu...sedap...
BalasPadamAssalamualaikum dan salam ramadhan... wah.. meriahnyer menu berbuka.. terliur dibuatnya... semua sedap n menyelerakan.. rajin masak macam2
BalasPadam