Selasa, 7 April 2015

Perhentian Island Resort (Part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selepas balik dari trip..semua kepenatan. Petang tu Cheq da keluar nk melihat sunset sebab di hari pertama tu tak keluar sebab tertido dengan Si kakak. Kak La kata kalau nk tido kat rumah pun boleh tido...di sini enjoy lah sepuas-puasnya.


Ini kolam renang yang berhampiran dengan bilik kami. Tapi kosong jea sebab ramai duk mandi laut. Kolam renang kat mana-mana pun dapat kan.


Ini antara gambar pemandangan pada waktu petang...pada waktu ini jarang orang mandi-manda sebab air dah pun mula pasang.


Bersebelahan dengan PIR ini ada juga resort tp dah lupa dah namanya. Kalau di waktu pagi boleh lihat anak-anak shark berenang-renang di sini.


Makan malam malam kedua..ada bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut. Makanan di sini semuanya sedap-sedap dan fresh.


Hari ketiga kami turun mandi lagi dan bersnorkeling...kami ini cheq da tak lepaskan peluang. Cheq da berenang sampai di tengah-tengah sebab air pun surut dan meriah dengan ikan-ikan bila kami bagi roti...seronok dapat tengok macam-macam ikan yang colourful.



Hari terakhir kakak masih tak berani di tengah pantau walaupun dipegang baba. Main di tepi-tepi jea. Muka pun cepat hangus walaupun dah pakai sunblock.


Setelah puk 10.00 pagi kami balik ke bilik dan nak bersiap-siap nk bertolak balik. Jam 11.00 pagi perlu check out dan ke jati untuk ke kambali ke daratan. Sempat berposing di hadapan resort.


Inilah family Cheq da semulanya.



In sha Allah panjang umur boleh datang lagi.


Bergambar lagi..sebelum di jeti.


Kira-kira setengah jam jam di jeti...perjalanan yang cukup selesa. Sesungguhnya Perhentian Island Resort sangat2 best...oklah trip untuk tahun, semoga bertemu di trip yang lain.
Lupa plak nk beli penyu ini sebagai kenang-kenangan..

4 ulasan:

  1. tahun depan leh beli penyu tu...:-))

    gambar laut waktu petang tu cantik...

    BalasPadam
  2. teringinnya kaknoor nak island resort tu bila lah agak nya ya cheqda..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...