Khamis, 7 November 2013

Chicken Chop..

Assalamualaikum..
menjamu selera dengan masakan western lg. Kali ketiga membuat homemade chicken chop tp kali ni cuba plak resepi aeeda78 dari my resepi. Masih setia lg dengan black paper kerana cheq da sukakan kepedasan sedikit berbanding dengan resepi mushroom. Bila pi ke ipoh..cheq da dah siap2 beli ayam yg dah buang tulang siap2 supaya senang nak membikingnya..rasanya lg puas hati makan di rumah berbanding makan di kedai..hiasan plak dengan baby carrot,kentang goreng dan kentang dadu yg cheq ds rebus dan dicampurkan dengan mayonis sebagai pengganti kentang putar...pe2 pun memang best..mohon copy resepi di sini yea.




 Black Pepper Chicken Chop  

      Bahan-bahan 
  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. 

2 ulasan:

  1. selalu mkn kedai je tak penah teringin nk mencuba bt sndiri ciken cop nih heheheh

    BalasPadam
  2. sedapnya makan chicken chop homemade..terliur la tengok..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...