Jumaat, 2 April 2021

Miang Pla Pao Homemade

 Assalamualaikum w.b.t

N3 kedua pada tahun ini..

Menu ini sebenarnya dah lama dibuat..kes ikan talapia yang dibeli fresh dari Temerloh..

Jenuh memikir mak masak apa..kita bikin miang pla pao la..kebetulan anak-anak cheqda memang suka sangat dengan ikan talapia yang digoreng garing.

Bersama menu ini..cheqda sediakan sos hijau dan sos merah..semuanya main campak-campak jea.

Sos hijau menggunakan dau ketumbar, cili hijau, sedikit cuka, garam serta gula yang diblender.

Manakala sos merah plak, cheqda campak jea apa yang ada..campuran sos cili,sos tomato..hirisan lada dan daun ketumbar.


Pelengkap kepada set ini, cheqda bikin sekali vietnam spring roll sebab malam tu memang tak makan nasi. Kira tambahan kepada  menu yang ada.

Ikan talapia ini plak memang tak berbau langsung sebab fresh dari sungai Temerloh..bila siang ikan untuk mengelakkan hanyir ikan..perlulah basuh bersama air beras, garam.asam limau dan juga asam jawa. Cheqda juga turut cuci bersama dengan air tepung sebelum dibilas dengan air bersih.

Selepas ikan akan diperap seketika dengan bawang putih, halia, garam dan sedikit secukup rasa yang ditumbuk dan disapu pada ikan. Sewaktu nak menggoreng ikan, lumurkan ikan dengan sedikit tepung jagung untuk mengelakkan ikan melekat semasa menggoreng. Minyak haruslah dalam keadaan panas sewaktu menggoreng dengan api yang sederhana.

Sos merah dan sos hijau sebagai perasa kepada menu ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...