Ahad, 23 November 2014

Daging Black Paper

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam bila dah tiba di rumah adik ipar di Kajang..adik ipar yg accident tempoh hari dah pun ok dan boleh di bawa pulang. Keadaannya bertambah sihat.,cuma terbatas pergerakkannya sebab tulang utama pahanya yg putus terus diganti dengan besi di kedua2 belah. Cheq da harap abe chik (panggilan) tabah menghadapi ujian hidup. Doktor sarankan 6 bulan ini,dia tidak dibenarkan byk bergerak.

Oklah berkongsi menu hari ni iaitu daging black paper yg dah agak lama terselit di draf. Cheq da lebih suka masak daging cam ni berbanding goreng biasa.




Daging black paper
by: Cheq da

Bahan
1. Setengah kilo daging dihiris
2. 3 sudu besar sos tiram
3. 4 sudu kicap manis
4. Sedikit lada hitam....ikut suka
5. Garam
6. Gula
7. Bawang besar 1 labu dihiris
8. Capsicum merah dah hijau
9. Sedikit serbuk secukup rasa
10. Minyak utk mengoreng
11. 2 ulas bawang putih ditumbuk

Cara
1. Daging yg dihiris td diperapkan dengan sos tiram, bawang putih,kicap,garam,gula,lada hitam.
2. Perapkan bhn tersebut selama sejam atau setengah jam.
3. Goreng sampai masak dan masukkan bawang besar dan capsicum td dan goreng sekejap
4. Sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba

2 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

ratah2 je pun sodap niii ^_^

aishah nin berkata...

Sedapnye kak. Thanks sharing resepi! Memang kena cuba ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...